Dengan melayari laman web ini, anda telah setuju dengan pengguna Cookie untuk terus menawarkan iklan dan promosi yang sesuai dengan minat anda, untuk melaksanakan statistik dan memudahkan perkongsian informasi mengenai rangkaian sosial. Untuk maklumat lebih lanjut, klik sini

Ubat Gigi Yang Manakah Sesuai Untuk Kanak-Kanak?

Banyak ibu bapa tak pasti ubat gigi yang manakah mereka harus beli untuk anak untuk kali pertama. Yang ada fluorida? Rasa buah? Dengan atau tanpa buih? Yang mana sesuai untuk telan? Yang manakah harus anda pilih? Berikut adalah beberapa jawapan kepada soalan am.

Patutkah Ubat Gigi Mengandungi Fluorida?

Jika seorang kanak-kanak tertelan ubat gigi fluorida, terdapat kemungkinan terjadinya gejala yang dikenali sebagai dental fluorosis di mana terdapat garisan putih dan bintik putih pada gigi dewasa. Jika jumlah ubat gigi yang digunakan tidak melebihi saiz kacang hijau (atau kacang pis) dan tidak ditelan, ubat gigi fluorida amat disarankan kerana ia mencegah kaviti.

Adakah Buih di Dalam Ubat Gigi Bermanfaat?

Ubat gigi berbuih membantu untuk menanggalkan tartar sewaktu memberus dan dikeluarkan dengan meludah. Walau bagaimanapun, jika ubat gigi tersebut terlalu berbuih, sisa yang tertinggal akan menstimulasi gigi dan ini tidak produktif. Kanak-kanak disarankan untuk guna ubat gigi yang kurang buih.

Adakah Membeli Ubat Gigi Jenama Asing Lebih Elok?

Tiada perbezaan yang ketara antara jenama lokal atau jenama asing. Perkara yang harus diambil kira adalah kualiti. Banyak jenama yang lama dikenali dan dipercayai. Jika anda suka menggunakan ubat gigi pilihan, jenama lokal atau jenama asing tidak penting. Yang penting proses menggosok selesa dan efektif.

Macam Mana Pula dengan Gigi Sensitif?

Kanak-kanak tidak seharusnya menggunakan ubat gigi sensitif. Secara amnya ubat gigi sensitif adalah untuk orang dewasa. Sila rujuk doktor gigi atau doktor untuk nasihat tentang penggunaan.

Perbezaan Di Antara Krim dan Ubat Gigi Gel

Kanak-kanak disarankan untuk menggunakan ubat gigi gel. Kerana ia dalam bentuk cecair, ia lebih mudah melarut pada permukaan gigi sewaktu menggosok. Pes gigi yang padu melarut dengan lambat dan kanak-kanak mungkin akan meludahkannya tanpa pemberusan yang betul.
Tip-tip Kesihatan Mulut
/
Kanak-Kanak
/
Ubat Gigi Yang Manakah Sesuai Untuk Kanak-Kanak?