Skip to main content

Dasar Kuki

Dasar Kuki

Kami menggunakan kuki dan teknologi yang sama di laman web kami. Notis ini memberikan maklumat kepada anda tentang cara kami menggunakan kuki dan bagaimana anda boleh mengawalnya.

Dengan menggunakan laman web ini (termasuk laman web yang dikendalikan oleh kami dan yang berkaitan), anda bersetuju dengan penggunaan kuki seperti yang dinyatakan dalam notis ini. Secara khususnya, anda bersetuju dengan penggunaan kuki analisis, pengiklanan dan fungsi bagi tujuan-tujuan yang dinyatakan di bawah.

Jika anda tidak bersetuju dengan penggunaan kuki ini, sila rujuk bahagian ‘Cara mengawal atau memadam kuki’ untuk langkah seterusnya.

Apa itu kuki?

Kuki ialah fail kecil yang dimuat turun ke komputer atau telefon anda apabila anda melayari laman web. Kuki membantu laman web mengenal pasti peranti anda semasa lawatan semula. Ia menjalankan pelbagai fungsi seperti membolehkan anda melayari halaman dengan lebih cekap, mengingati pilihan anda, dan secara keseluruhan meningkatkan pengalaman pengguna. Ia juga boleh membantu memastikan iklan yang anda lihat dalam talian lebih sesuai dengan minat anda.

Apakah jenis kuki yang digunakan?

Kami menggunakan lima jenis kuki utama di laman wab ini, iaitu ' Kuki Diperlukan ', ' Kuki Fungsi ', ' Kuki Prestasi ', ' Kuki Pihak Ketiga ', dan ' Kuki Penyasaran atau Pengiklanan '. Jadual berikut memberi maklumat lanjut mengenai setiap kategori serta tujuan penggunaan kuki tersebut:

  • Kuki Diperlukan. Kuki ini penting untuk memastikan laman web kami berfungsi dengan baik. Ia membantu anda melayari dan menggunakan ciri-ciri asas seperti troli beli-belah. Tanpa kuki ini, sesetengah perkhidmatan mungkin tidak berfungsi. Contohnya, kuki ini akan ingat maklumat yang anda taip jika anda kembali ke halaman yang sama.
  • Kuki Prestasi. Kuki ini mengumpulkan maklumat tentang cara anda menggunakan laman web kami, seperti halaman yang paling kerap dilawati, tempoh masa yang dihabiskan di laman web, serta isu teknikal yang mungkin berlaku (contohnya mesej ralat). Kuki ini juga digunakan untuk memaklumkan rakan kongsi berkaitan sekiranya anda datang dari laman rakan kongsi, dan sama ada anda membeli atau guna perkhidmatan kami. Ini membantu kami menambah baik laman web.
  • Kuki Fungsi. Kuki ini mengingati pilihan anda (seperti nama pengguna, bahasa, atau lokasi anda) bagi memberikan pengalaman yang lebih peribadi. Ia juga menyimpan perubahan yang anda lakukan seperti saiz teks, fon, atau elemen lain di laman web. Selain itu, kuki ini menjejak produk atau video yang telah anda lihat supaya tidak dipaparkan semula, serta membolehkan anda bermain permainan dan berinteraksi melalui ciri sosial seperti blog, ruangan sembang, dan forum.
  • Kuki Penyasaran atau Pengiklanan. Kuki ini membantu memaparkan kandungan dan iklan yang lebih sesuai dengan minat anda. Ia juga mengurangkan jumlah iklan yang sama dan menilai keberkesanan kempen pengiklanan di laman kami dan di laman pihak ketiga. Kuki ini mengingati bahawa anda telah melawat laman web kami, dan maklumat tersebut mungkin dikongsi dengan pihak lain, termasuk pengiklan dan agensi kami. Ia juga mungkin berkait dengan fungsi laman yang disediakan oleh pihak ketiga.
  • Kuki Pihak Ketiga. Kami bekerjasama dengan rakan kongsi yang mungkin menetapkan kuki bagi pihak kami semasa anda melawat laman web ini. Ini membolehkan mereka menyampaikan iklan yang disesuaikan dalam laman mereka sendiri seperti, Facebook. Kami akan cuba mengenal pasti kuki ini agar anda boleh membuat keputusan sama ada ingin menerimanya atau tidak. Kami juga menggunakan rakan kongsi untuk fungsi tertentu seperti video YouTube. Jika anda masih menerima kuki walaupun telah menolak kuki kami, ini mungkin kerana anda memberi kebenaran terus kepada pihak ketiga. Dalam kes sebegini, anda perlu menarik balik kebenaran anda terus di laman web pihak ketiga berkenaan.

Cara mengawal atau memadam kuki

Kebanyakan pelayar internet ditetapkan untuk menerima kuki secara automatik. Anda berhak untuk memilih sama ada ingin menerima kuki atau tidak. Buat masa ini, kami tidak memberi respons kepada isyarat "jangan jejak" daripada pelayar. Kami akan jelaskan cara anda boleh menggunakan hak ini seperti berikut:

  • Anda boleh tukar tetapan pelayar untuk menghalang kuki laman web kami daripada disimpan di komputer atau peranti mudah alih anda. Untuk melakukan ini, sila ikut arahan yang diberikan oleh pelayar anda (kebiasaannya terletak di bahagian “Bantuan”, “Alat” atau “Edit”). Menutup kuki atau kategori tertentu tidak akan memadamkan kuki tersebut secara automatik — anda perlu memadamkannya secara manual.
  • Anda juga boleh melaraskan tetapan agar pelayar anda menolak semua kuki daripada kami atau hanya daripada pihak ketiga. Anda juga boleh menarik balik persetujuan terhadap penggunaan kuki dengan memadam kuki yang telah disimpan.
  • Cara untuk ubah tetapan dan mengurus kuki berbeza mengikut jenis pelayar. Jika perlu, sila rujuk panduan pelayar anda. Untuk maklumat lanjut tentang kuki, sila layari www.allaboutcookies.org.

Namun, sila ambil maklum bahawa jika anda memilih untuk menolak kuki, anda mungkin tidak dapat menggunakan sepenuh fungsi laman web kami, seperti:

  • Anda mungkin tidak dapat mengakses bahagian tertentu dalam laman web atau menerima maklumat yang diperibadikan semasa melayari laman web kami.
  • Jika anda menggunakan peranti yang berbeza (seperti komputer, telefon pintar, atau tablet), pastikan setiap pelayar di semua peranti diselaraskan dengan pilihan kuki anda.
  • Sebarang komunikasi, iklan dan tawaran daripada kami mungkin kurang sesuai dengan minat dan keperluan anda.

Harap maklum bahawa jika anda memilih untuk mengurus pilihan kuki, satu kuki akan disimpan pada peranti anda bagi merekodkan tetapan tersebut. Jika anda memadamkan kuki, tetapan ini juga akan terpadam dan perlu ditetapkan semula.

Kuki yang telah ditetapkan sebelum ini

Jika anda telah memadam satu atau lebih kuki, kami masih boleh menggunakan maklumat yang dikumpulkan sebelum itu. Walau bagaimanapun, kami tidak akan lagi menggunakan kuki yang telah dipadamkan untuk mengumpul sebarang maklumat baru.

Hubungi kami

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Polisi Kuki ini, sila hubungi kami melalui saluran berikut:

Alamat: L4-3, 4th floor, Wisma Kemajuan, No.2, Jalan 19/1B, 46300 Petaling Jaya, Selangor Malaysia

Nombor telefon: 1800-22-3275

E-mel: hhdataprivacy@darlie.com