Skip to main content

9 Petua Untuk Gigi Yang Lebih Putih

Senyuman ialah haluan yang mengikat segala-galanya dan memainkan peranan penting dalam membuat kesan pertama yang baik. Tahukah anda bahawa rahsia di sebalik senyuman menawan adalah gigi putih yang sejajar, dan adakah anda tahu bahawa sebenarnya terdapat cara putihkan gigi yang anda boleh amalkan di luar masa lawatan doktor gigi anda? Selain bergantung sepenuhnya pada rawatan pemutihan gigi profesional, berikut adalah beberapa petua gaya hidup yang boleh menjadikan gigi anda kelihatan lebih putih.

1. Kekalkan Kebersihan Mulut Pada Setiap Masa


Memberus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari adalah cara terbaik untuk mengekalkan kebersihan mulut yang baik. Kenapa? Kerana memberus gigi akan menghalang plak daripada membentuk. Plak adalah lapisan putih berkrim dan kusam pada gigi anda, biasanya disebabkan oleh tabiat memberus gigi yang tidak baik. Lama kelamaan, plak itu akan mengumpul mineral daripada air liur anda lalu mengeras menjadi bahan kuning yang dipanggil tartar, yang akan menutupi gigi putih anda dan membuatkannya kelihatan kuning.

2. Bilas Mulut Anda Sebersih-bersihnya Selepas Minum Minuman Berwarna Gelap


Minuman seperti kopi, teh dan wain merah mengandungi tanin, iaitu bahan yang menyebabkan warna melekat pada gigi anda dan meninggalkan kesan kuning tidak diingini. Cara hilang gigi kuning yang mudah tetapi berkesan adalah dengan membilas mulut anda dengan teliti. Anda juga boleh memberus gigi untuk mengeluarkan tanin, tetapi pastikan untuk menunggu sekurang-kurangnya 30 minit selepas mengambil minuman tersebut.

Ini kerana selepas mengambil makanan dan minuman berasid, gigi ada akan lebih terdedah dan memberus terus boleh menjadi lebih bahaya kepada enamel gigi.

3. Gunakan Straw Apabila Minum Minuman Berwarna Gelap


Menggunakan straw atau penyedut minuman adalah kaedah yang mudah dan berkesan untuk mengelakkan pewarnaan kerana akan mengurangkan sentuhan minuman dengan gigi hadapan anda. Cara ini lebih berfaedah dan berkesan jika apabila anda mengambil minuman manis atau berasid kerana ia mengurangkan kemungkinan kerosakan gigi dan hakisan! Inilah salah satu tips putihkan gigi yang mudah tetapi efektif.

4. Masukkan Lebih Banyak Sayuran Dan Buah-buahan Dalam Diet Anda


Sayur-sayuran dan buah-buahan mengandungi kandungan serat yang lebih tinggi, dan memerlukan pengunyahan lebih banyak untuk memecahkannya. Dalam proses itu, lebih banyak air liur dihasilkan yang akan membantu membersihkan sisa makanan, membersihkan rongga mulut anda dan memastikan gigi anda kekal putih berkilat. Tambahan lagi, buah-buahan tertentu seperti nanas dan betik mengandungi enzim proteolitik yang boleh melarutkan protein yang menyebabkan penampilan kekuningan pada gigi anda (1), maka ini boleh dijadikan cara putihkan gigi semulajadi

5. Dapatkan Penampilan Kulit Sawo matang yang Sihat


Terdapat sesuatu yang tidak dapat dinafikan mewah tentang kulit sawo matang, bercahaya dan senyuman putih berseri. Anda boleh menarik semua perhatian kepada senyuman cantik dan berseri anda itu bila mendapatkan dos pendedahan matahari yang sihat. Selain daripada pergi ke pantai untuk ‘tanning’, anda juga boleh melakukan senaman di luar pada waktu petang. Cara putihkan gigi ini sangat bagus kerana bukan sahaja boleh membantu gigi kelihatan lebih putih apabila anda telah mencapai warna kulit coklat yang sihat, tetapi juga membuat anda lebih sihat.

6. Pilih Warna Gincu Yang Sesuai


Seterusnya, tips putihkan gigi menggunakan alat solekan. Gincu memainkan peranan penting pada penampilan gigi anda, sama seperti cara kulit sawo matang membantu mencipta kontras antara kulit dan gigi. Rahsia solekan gincu bagi cara putihkan gigi semulajadi adalah pada warna gincu yang anda pilih.

Sebagai contoh, warna merah terang boleh membuat kekuningan gigi lebih jelas, manakala warna merah jambu atau ungu dengan nada rendah warna biru boleh mengatasi ton kuning, menjadikan gigi anda kelihatan lebih putih dan senyuman lebih cerah. Gincu berkilat pula dapat mengeluarkan rupa yang lebih muda, lalu mencipta ilusi senyuman yang lebih cerah.

7. Gunakan Jalur Pemutihan Gigi (Whitening Strips) di Kaunter


Jalur pemutihan gigi di kaunter adalah jalur plastik nipis dan lutsinar yang disalut dengan gel pemutih berasaskan peroksida yang boleh anda lekatkan pada gigi untuk mendapatkan warna gigi yang lebih putih. Ini merupakan cara memutihkan gigi dalam 1 hari. Untuk hasil terbaik, gunakan jalur pemutihan sehari sebelum hari penting anda kerana kesan jalur pemutihan lebih jelas pada hari berikutnya. Tetapi kesannya tidak akan kekal lama, jadi anda mungkin mahu menggunakan alternatif lain yang kurang menyusahkan sebagai cara hilang gigi kuning.

8. Gunakan Pemutihan Gigi Rumah


Pencarian cara semula jadi untuk membuat gigi kuning kelihatan lebih putih adalah perkara biasa bagi orang ramai kerana ia lebih berpatutan. Salah satu cara memutihkan gigi dalam 1 hari yang lebih popular ialah memberus gigi dengan baking soda dan serbuk arang aktif. Cara memutihkan gigi dengan baking soda biasa didengar dan diamalkan oleh ramai individu.

Kenapa baking soda dan serbuk arang?

Baking soda mempunyai sifat pemutihan semula jadi, dan ia adalah bahan pelelas ringan yang boleh membantu membuang kotoran paras permukaan pada gigi. Manakala, serbuk arang aktif adalah bahan yang mudah menyerap dan dipercayai mampu menyingkirkan bakteria di dalam mulut. Walau bagaimanapun, baking soda dan serbuk arang terdiri daripada bijirin yang halus dan kasar. Pastikan anda tidak memberus terlalu lama atau kuat semasa menggunakan cara memutihkan gigi dengan baking soda. Jika tidak ia boleh menyebabkan penipisan & kerosakan pada lapisan enamel – mengakibatkan gigi anda kelihatan lebih kuning dan juga boleh menyebabkan gigi sensitif atau sakit gigi pada masa hadapan.

9. Gunakan Ubat Pemutih Gigi Over-The-Counter


Jika anda sedang mencari penyelesaian jangka panjang dan berpatutan, ubat gigi pemutihan boleh sentiasa dipilih. Tersedia di kaunter dan di kedai seperti farmasi, pasar raya dan pasar raya besar, ubat gigi pemutih dirumuskan untuk lembut pada enamel gigi sambil menanggalkan kotoran dan memutihkan gigi. Paling penting, terdapat ubat gigi yang menggunakan bahan pemutih gigi berkesan seperti baking soda dan serbuk arang. Ubat gigi sedemikian menawarkan kesan pemutihan gigi sinergistik yang tidak mungkin dicapai dengan ubat pemutihan di rumah sahaja. Memandangkan kebanyakan ubat pemutih gigi mengandungi fluorida, memberus dengannya secara kerap juga boleh mineralisasi semula enamel gigi anda sambil melambatkan lusuhan gigi. Satu lagi bahan yang membantu memutihkan gigi ialah enzim semulajadi, dan disebabkan itu ubat gigi enzim sangat popular sekarang.

Reference:

Vejai Vekaash, C. J., Kumar Reddy, T. V., & Venkatesh, K. V. (2017). Effect of vital bleaching with solutions containing different concentrations of hydrogen peroxide and pineapple extract as an additive on human enamel using reflectance spectrophotometer: An in vitro study. Journal of conservative dentistry: JCD, 20(5), 337–340. https://doi.org/10.4103/JCD.JCD_197_17

Tip-tip Kesihatan Mulut
/
Pergigian
/
9 Petua Untuk Gigi Yang Lebih Putih