Anda mempunyai sepasang mata yang cantik, kulit yang licin dan bersinar, muka yang lawa tetapi gigi kuning… mesti anda tak berani nak senyum sewaktu berfoto. Selain menggunakan kit pemutihan gigi yang lain, perkara paling mudah untuk dilakukan adalah menggunakan mekap untuk memperbaiki senyuman anda.

Fokus pada Warna Bibir
Ramai wanita tidak suka mekap tebal. Tapi jika anda tak suka bersolek, sekurang-kurangnya pakailah gincu! Bibir menjadi titik fokus pada muka. Pakai warna yang menyerlahkan gigi anda. Pilih merah, merah jambu, atau warna pelam untuk menjadikan gigi kelihatan lebih cerah.
Blusher Adalah Kawan Baik Wanita
Ia boleh memperbaiki warna kulit. Jika digunakan dengan betul, ia dapat menyerlahkan kontur muka untuk kulit kelihatan sihat dan senyuman lebih menawan.
Warna Rambut
Kelihatan hebat dari atas. Jika warna rambut sama dengan pakaian tetapi senyuman tak menawan, habislah rosak gaya anda. Jika anda mempunyai gigi kuning, pilih warna rambut yang gelap. Hasilnya, senyuman akan menjadi lebih manis.