Dengan melayari laman web ini, anda telah setuju dengan pengguna Cookie untuk terus menawarkan iklan dan promosi yang sesuai dengan minat anda, untuk melaksanakan statistik dan memudahkan perkongsian informasi mengenai rangkaian sosial. Untuk maklumat lebih lanjut, klik sini

Bagaimana Merawat Nafas Berbau pada Kanak-kanak?

Artikel
/
Penjagaan Oral Kanak-kanak
/
Bagaimana Merawat Nafas Berbau pada Kanak-kanak?

Apabila nafas anak mula berbau, ibu bapa mula risau mengapa nafas berbau ini tidak dapat hilang dari anak mereka. Lebih merisaukan, nafas berbau dikaitkan dengan kebersihan oral kanak-kanak: menggosok dengan salah dan minum susu sebelum waktu tidur. Oleh kerana kanak-kanak mungkin terlalu kecil untuk menunjukkan perasaan mereka, nafas berbau mungkin tanda yang kanak-kanak tersebut tidak sihat.

Terdapat bermacam cara untuk merawat nafas berbau untuk kanak-kanak. Ibu bapa boleh merujuk petua di bawah:

1. Jangan Meletakkan Benda di Dalam Mulut

Apabila gigi susu mula tumbuh, bayi akan meletakkan puting, jari, mainan dan tuala ke dalam mulut. Jika barang-barang ini tidak bersih dan belum di nyahkuman akan ia akan menghasilkan pembiakan bakteria jika dihisap dengan kerap dan mengeluarkan bau yang busuk.

2. Mengekalkan Kebersihan Oral

Selepas gigi muncul, pastikan anak anda menggosok gigi dua kali sehari, sekali pada waktu pagi dan sekali lagi pada waktu malam. Kekalkan kebersihan oral pada umur 6 bulan kerana risiko pengumpulan plak, kaviti dan pelbagai masalah dental lain yang penyebab nafas berbau busuk. Sebagai ibu bapa, periksa jika mereka telah menggosok gigi dengan sempurna dan lidah juga bersih sebelum waktu tidur.



3. Berkumur Menggunakan Air

Jika terdapat sisa makanan di celah gigi atau di dalam mulut, bakteria akan mula membiak dan menyebabkan nafas berbau. Cebisan makanan kecil yang tersangkut pada hidung bayi akan mereput dan berbau busuk serta harus dikeluarkan oleh doktor gigi atau doktor pediatrik. Kanak-kanak harus berkumur dengan air selepas waktu makan untuk mencairkan kesan daripada susu atau mengeluarkan sisa makanan. Berkumur dengan sempurna sangat penting dilakukan setiap malam sebelum waktu tidur.

4. Jauhi Makanan dengan Bau Kuat

Tanda-tanda nafas berbau pada orang dewasa selalunya kerana minat mereka terhadap makanan berbau seperti bawang merah, bawang putih dan penggunaan tembakau. Sama juga seperti kanak-kanak. Jika mereka mengambil makanan dengan kandungan gula yang tinggi dan tidak menjaga kebersihan oral, bakteria akan membiak menyebabkan nafas berbau.



5. Elakkan Tekak Kering

Orang dewasa dan kanak-kanak harus minum air yang banyak untuk pastikan tekak sentiasa lembap. Bakteria membiak di dalam tekak yang kering dan menyebabkan bau busuk. Di samping mengeluarkan sisa makanan, apabila kita minum air yang banyak ia menghasilkan air liur serta membantu menjaga kebersihan mulut. Apabila kanak-kanak mengalami hidung tersumbat, mereka mungkin akan tidur dengan mulut ternganga yang akan menyebabkan tekak kering. Ibu bapa harus sentiasa memeriksa kesihatan pernafasan anak mereka.