Skip to main content

Kebersihan Dental untuk Kanak-Kanak berumur 10 Tahun ke Atas

Penjagaan gigi dewasa harus bermula supaya senyuman kekal putih bersinar. Gigi dewasa yang baru tumbuh mungkin tidak keras dan terbentuk dengan kalsium, mungkin akan menyebabkan kaviti, kekurangan mineral dan pembentukan kesan.

Galakan daripada Ibu Bapa

Sebagai remaja, ibu bapa harus menggalakkan anak mereka untuk menjaga gigi dengan betul. Ajar mereka pemflosan gigi setiap hari dan berus gigi pada waktu pagi dan malam. Inilah masa untuk mereka belajar tentang kebersihan oral sempurna mengurangkan risiko kesan gigi, nafas berbau, gigi reput dan banyak lagi.

Tunjukkan Contoh Yang Baik

Anak-anak harus mencontohi ibu bapa untuk teladan. Jadi jika anda menjaga kesihatan oral, mereka akan mengikuti jejak dan nasihat yang diberikan akan dipatuhi.

Sediakan Variasi Produk Penjagaan Dental

Lengkapkan rumah dengan pilihan produk penjagaan oral yang bervariasi supaya mudah bagi anak-anak mendapatkannya. Tunjukkan pada mereka cara penggunaan yang betul untuk menarik minat.

Gantikan Snek Bergula dengan Buah dan Sayur-Sayuran

Jika mereka belum ada tabiat memakan snek, mereka tidak akan mahu makan snek yang mengandungi pewarna tiruan, aroma, gula dan bahan lain yang merosakkan gigi.

Akibat desakan rakan sebaya, ada remaja yang mahu mula merokok atau memakai perhiasan oral. Jika nampak anak merokok, jangan menjerit pada mereka. Ajar mereka tentang risiko merokok dan masalah oral yang berkait supaya mereka tahu kesan daripada perbuatan mereka.


Wajah kanak-kanak yang tersenyum disayangi oleh semula. Dengan formula Darlie Kids Care Kami sentiasa bersama dalam usaha melindungi kesihatan dental anak anda.
Jom dapatkan Ubat Gigi JOLLY JUNIOR 10+ Years, pilihan terbaik untuk Kanak-Kanak berumur 10 tahun dan Gigi Dewasa yang Tumbuh.
Tip-tip Kesihatan Mulut
/
Tips Penjagaan Gigi Untuk Kanak-Kanak
/
Kebersihan Dental untuk Kanak-Kanak berumur 10 Tahun ke Atas