Skip to main content

Gigi Sensitif

Berjaga-jaga dengan simptom gigi sensitif

Penyebabnya

Gigi sensitif biasanya disebabkan oleh dentin pada akar gigi yang terdedah akibat penyusutan gusi atau penyakit periodontitis. Dentin mengandungi sejumlah besar pori atau tiub yang menghubungkan bahagian luar gigi dengan saraf pada bahagian teras gigi. Tanpa perlindungan oleh enamel, tiub ini mudah terangsang oleh perubahan suhu atau jenis makanan tertentu.

Pernahkah anda alami rasa ngilu ketika meneguk teh ais atau merasa secebis bar coklat?
Pernahkah anda alami rasa ngilu ketika meneguk teh ais atau merasa secebis bar coklat?

Treatments

Kaviti

Restorasi (atau tampalan) boleh dilakukan

Penyakit Gusi

Doktor gigi boleh melakukan proses cucian lengkap pada bahagian tersebut

Dentin Terdedah

Terdapat beberapa jenis rawatan profesional dan di rumah yang boleo dilakukan untuk mengurangkan sensitiviti ini

Prosedur di Rumah

Gunakan Berus Gigi yang Lembut

Gunakan berus gigi yang lembut dengan ubat gigi yang kurang bahan pelelas

Berus dengan Betul

Berus gigi dengan betul dan jangan keterlaluan

Pilih Ubat Gigi dengan Teliti

1. Gunakan ubat gigi dengan formula istimewa untuk melegakan gigi sensitif
2. Gunakan ubat gigi berflourida tinggi (disyorkan oleh doktor gigi anda) untuk menguatkan permukaan gigi

Prosedur di Klinik

Varnis Berflourida

Ia boleh disapukan pada permukaan yang terdedah untuk menguatkan enamel serta dentin

Buih atau Gel Berflourida

Kedua-duanya boleh diletakkan di dalam ceper dan dipakai di dalam mulut selama 3-5 minit, membekalkan gigi dengan dos flourida yang tinggi bagi menguatkan gigi

Agen Pengikat

Bahan yang digunakan untuk mengekalkan restorasi pada gigi, boleh digunakan untuk menutup permukaan dentin dan melindunginya daripada stimulus yang menyebabkan sensitiviti

Bagaimana cara untuk mencegah gigi sensitif?

Kebersihan Mulut

Amalkan tabiat kebersihan mulut yang baik

Produk Pergigian

Pilih produk gigi yang mengandungi flourida dan gunakan ubat gigi yang dihasilkan untuk gigi sensitif

Elakkan Makanan Berasid

Kurangkan pengambilan makanan berasid

Cara Memberus

Elakkan daripada memberus dengan terlalu kuat dan kerap, serta gunakan berus gigi yang lembut