Dengan melayari laman web ini, anda telah setuju dengan pengguna Cookie untuk terus menawarkan iklan dan promosi yang sesuai dengan minat anda, untuk melaksanakan statistik dan memudahkan perkongsian informasi mengenai rangkaian sosial. Untuk maklumat lebih lanjut, klik sini
Persediaan wajib buat ibu yang bakal menimang cahaya mata

Persediaan wajib buat ibu yang bakal menimang cahaya mata

Essential preparations for expecting mothers

Sama ada ini kelahiran pertama mahupun kelahiran berikutnya buat anda, persediaan menyambut ahli baru dalam keluarga sememangnya penuh keterujaan. Biarpun debaran untuk melalui proses kelahiran semakin memuncak, namun persediaan rapi itu penting untuk memastikan segalanya berjalan lancar dan anda tidak panik kerana anda tidak tahu bila anda akan bersalin. Buat pilihan lebih awal selain dari menyenaraikan segalanya agar tidak ada yang terlepas pandang atau boleh sahaja anda dapatkannya dari dalam talian juga dengan bantuan orang sekeliling.

Keperluan boleh dibahagikan kepada dua yakni untuk bayi dan untuk ibu sendiri. Tidak dinafikan kita akan merasa bagaikan semuanya adalah keperluan. Pastikan produk yang dipilih sesuai untuk kegunaan bayi yang baru lahir kerana pada peringkat permulaan kulit bayi lebih sensitif. Ini merangkumi pakaian asas, lampin pakai buang, set penjagaan diri seperti mandian, bedak, losen dan minyak angin. Manakala buat si ibu, persalinan yang selesa, stoking, lampin bersalin, pakaian dalam juga barang penjagaan diri. Bergantung kepada di mana proses kelahiran pilihan anda, dapatkan nasihat dari staf hospital tersebut agar anda selesa sepanjang masa. Apabila tarikh bersalin semakin hampir, pastikan pakaian buat si bayi sudah dibasuh dengan pencuci anti alergen dan segala barang keperluan disimpan dalam beg dalam keadaan siap sedia.

Essential preparations for expecting mothers

Proses selepas kelahiran adalah sama penting untuk memastikan tubuh kekal segar dan selesa. Sama ada menjalani proses kelahiran secara semula jadi ataupun melalui teknik pembedahan, penjagaan yang rapi penting untuk keduanya. Hari ini ramai memilih untuk menggunakan khidmat confinement lady untuk memastikan tubuh terawat selain membantu para ibu dalam pengurusan bayi. Tambahan pula untuk mereka yang pertama kali, selain menghadiri kursus pra natal dan ante natal, bantuan tambahan tatkala mengaplikasi teknik harus ada agar si kecil dapat menikmati susu ibu. Jika anda tidak selesa dengan kehadiran orang asing di kediaman, pertimbangkan juga untuk mendaftar di pusat perawatan khusus untuk ibu berpantang yang sudah banyak tersedia hari ini. Teknik pantang yang betul penting namun pastikan anda mendapatkan nasihat mengikut kesesuaian tubuh badan.

Essential preparations for expecting mothers

Perkara yang turut menjadi kegusaran setiap ibu yang baru bersalin adalah proses menurunkan berat badan. Waktu berpantang jika dirancang dengan baik mampu memberi peluang untuk anda menghilangkan berat badan sekali gus melalui pemilihan menu yang tepat dan bersesuaian. Kini banyak pilihan menu dan khidmat penyediaan yang boleh dipilih untuk disesuaikan dengan selera anda. Paling penting menu perlulah memenuhi keperluan nutrien tubuh kerana ia akan dikongsikan bersama bayi melalui susu ibunya.

Tip-tip Kesihatan Mulut
/
Lain-lain
/
Persediaan Wajib Buat Ibu yang Bakal Menimang Cahaya Mata