Peraduan Detik Emas Bersama Darlie - Terma & Syarat
Peraduan Detik Emas Bersama Darlie – Terma & Syarat
Penganjur & Kelayakan
- ‘Peraduan Detik Emas Bersama Darlie’ [“Peraduan”] dianjurkan oleh Hawley & Hazel Marketing (Malaysia) Sdn Bhd, Malaysia (Pendaftaran No. 198301010293 (105656-T)) [“Penganjur”] dan terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas pada permulaan tempoh Peraduan dengan MyKad yang sah [“Peserta”]. Dengan menyertai peraduan ini, peserta dianggap telah memahami dan bersetuju untuk terikat dengan terma dan syarat Peraduan ini. Hadiah akan diberikan mengikut dan tertakluk kepada terma dan syarat-syarat ini.
- Individu dari kumpulan-kumpulan berikut tidak layak untuk menyertai Peraduan ini:
- Kakitangan pihak Penganjur [termasuk syarikat-syarikat berhubung dan bersabit] dan ahli-ahli keluarga terdekat mereka [anak-anak, ibu bapa, adik-beradik, termasuk suami-isteri]; dan/atau
- Perwakilan, kakitangan, pekerja dan / atau agensi perkhidmatan pengiklanan dan/ atau promosi Penganjur [terdapat juga syarikat-saham bersekutan dan berkaitannya], dan ahli keluarga terdekat mereka (anak-anak, ibu bapa, adik-beradik, termasuk suami-isteri).
- Individu yang mempunyai hubungan rapat dengan kakitangan Penganjur [termasuk syarikat-syarikat berhubung dan bersabit]
Tempoh Peraduan
- Peraduan ini akan bermula pada 01 Ogos 2024 "00:00:001" dan berakhir pada 30 September 2024 "23:59:59" ["Tempoh Peraduan"]. Penganjur berhak untuk mengubah, melanjutkan, menggantung atau menamatkan tempoh Peraduan pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu. Semua penyertaan yang diterima di luar tempoh Peraduan akan dibatalkan secara automatik.
Penyertaan dan Kelayakan Peraduan
-
Untuk menyertai Peraduan, peserta mesti membeli produk Darlie bernilai minimum RM20 dan ke atas dalam satu Resit rasmi asal di mana-mana kedai/ outlet Rakan Niaga yang mengambil bahagian di Malaysia. [Sila rujuk kepada “Kedai/ Outlet Rakan Niaga”].
Senarai Kedai/Outlet Rakan Niaga yang mengambil bahagian- Semua Kedai/ Outlet Rakan Niaga Darlie (Seluruh Negara Malaysia)
- Stor Rasmi Online Darlie (Lazada & Shopee)
- Hanya dengan pembelian produk Darlie bernilai minimum RM20 dan ke atas dalam satu Resit rasmi asal dari mana-mana Kedai/ Outlet Rakan Niaga yang mengambil bahagian di Malaysia (dengan Resit rasmi asal yang sah dikeluarkan dalam tempoh Peraduan) dianggap sebagai penyertaan yang sah dalam Peraduan ini ["Bukti Pembelian"]. Setiap penyertaan dalam Peraduan akan menjadi milik Penganjur selepas penerimaan oleh Penganjur.
- Peserta perlu mengemukakan penyertaan mereka melalui WhatsApp ["Penyerahan / Mod Penyertaan"]
- Bagaimana untuk menyertai:
- Setiap penyertaan mesti dilengkapi seperti berikut:
- Pembelian produk Darlie bernilai minimum RM20 dan ke atas dalam satu Resit Rasmi asal dari mana-mana Kedai/ Outlet Rakan Niaga yang mengambil bahagian di Malaysia. Resit rasmi asal mesti disimpan kerana pemenang akan diminta untuk memberikan bukti pembelian apabila dihubungi.
- Jawab soalan:
Peraduan Detik Emas Bersama Darlie mengandungi hadiah melebihi RM60,000 untuk dimenangi. Betul atau Salah - WhatsApp resit rasmi asal jelas kepada 016-208 4021 bersama-sama dengan butiran peribadi anda yang lengkap; Nama Lengkap, empat digit terakhir Nombor MyKad anda dan Jawapan kepada soalan.
(Contoh: Sofia Bt Adel, 5522, Betul/ Salah).
- Penganjur berhak untuk meminta Bukti Pembelian (Resit Rasmi asal ) untuk pengesahan dan penebusan hadiah. Peserta diminta untuk menyimpan semua resit rasmi asal (sebagai Bukti Pembelian). Kegagalan membuat sedemikian akan mengakibatkan pembatalan kemenangan hadiah / kehilangan kelayakan untuk menebus hadiah.
- Hanya bayaran jumlah terakhir akan diterima dan diambil kira bagi resit rasmi bercetak/ bertulis dalam sistem jualan/ invois pembelian dengan kod promosi, baucar diskaun dan/ atau selepas potongan mata ganjaran ahli.
- Penyertaan Peraduan yang lengkap dengan Bukti Pembelian yang sah dan jelas (Resit Rasmi asal) yang akan dihantar melalui WhatsApp pada masa yang sama atau serentak dengan butiran peribadi akan dianggap sebagai penyertaan yang sah.
- Penganjur tidak akan menghantar sebarang pengesahan untuk penyertaan yang diterima melalui WhatsApp.
-
Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan tetapi setiap SATU (01) resit rasmi asal hanya layak untuk SATU (01) penyertaan.
-
Setiap Satu (1) resit rasmi asal dengan pembelian minimum RM20 dan ke atas nilai produk Darlie layak untuk SATU (1) penyertaan sahaja.
Contohnya :- Satu (1) Resit rasmi asal dengan RM20 nilai produk Darlie = Satu (1) Penyertaan sahaja
- Satu (1) Resit rasmi asal dengan RM40 nilai produk Darlie = Satu (1) penyertaan sahaja
- Penambahan pembelian kuantiti produk yang diperlukan dalam satu resit rasmi asal tidak akan menambahkan bilangan penyertaan.
-
Setiap Satu (1) resit rasmi asal dengan pembelian minimum RM20 dan ke atas nilai produk Darlie layak untuk SATU (1) penyertaan sahaja.
- Resit yang dihantar untuk penyertaan tidak boleh digunakan untuk lebih daripada satu peraduan. Jika dibuat sedemikian, penyertaan akan dibatalkan. Sebagai contoh, resit yang digunakan untuk menyertai Peraduan A tidak boleh digunakan semula untuk Peraduan B, C, D atau mana-mana peraduan berikutnya yang dikendalikan oleh Penganjur.
- Setiap peserta hanya layak untuk memenangi SATU (01) hadiah sepanjang tempoh Peraduan.
- Hadiah tidak boleh dipindah milik dan tidak boleh ditukar kepada sebarang hadiah lain.
- Peraduan hadiah adalah sah ditawarkan pada asas pertama datang, pertama berkhidmat dan / atau sementara stok masih ada.
- Pemenang perlu menunjuk bukti identiti dan Bukti Pembelian (Resit Rasmi asal) semasa atau sebelum menerima/menebus Hadiah Peraduan untuk tujuan pengesahan dan pemeriksaan. Resit rasmi asal yang diubahsuai/ tidak jelas/ tidak lengkap/ berulang/ salinan/ tidak boleh dibaca akan dianggap tidak sah dan kemudian akan secara automatik terbatal dari Peraduan ini.
- Penganjur berhak untuk menggantikan mana-mana hadiah dengan barangan yang sama nilainya pada bila-bila masa mengikut budi bicara mutlak mereka tanpa notis terlebih dahulu. Semua hadiah tidak boleh dipindah milik, diserah hak, ditukar, tidak boleh dikembalikan dan tidak boleh ditukar kepada hadiah lain/ wang atau ditebus oleh Peserta dalam apa-apa bentuk lain atau cara lain daripada yang ditetapkan oleh Pihak Penganjur.
- Hadiah diberikan berasaskan “keadaan sedia ada.” Hadiah hendaklah digunakan/diambil atas risiko Peserta sepenuhnya dan Penganjur sama sekali tidak memberi sebarang jaminan mahupun menanggung sebarang liabiliti berhubung dengan Hadiah setakat yang dibenarkan di bawah undang-undang. Sekiranya apa-apa isu timbul daripada penggunaan hadiah yang telah dimenangi, Penganjur atau agensi tidak akan bertanggungjawab. Oleh itu, pemenang dikehendaki untuk berhubung dengan pembekal hadiah terlibat.
- Semua penyertaan mesti diterima melalui WhatsApp sahaja; apa-apa bentuk penghantaran lain tidak akan diterimakan.
-
Pemenang Peraduan akan dipilih berdasarkan yang berikut:
- Penyertaan Peraduan yang lengkap, Bukti Pembelian yang sah dan jelas (Resit Rasmi asal) yang dihantar melalui WhatsApp pada masa yang sama atau serentak dengan butiran lengkap peserta; Nama Lengkap, empat digit terakhir nombor MyKad anda dan Jawapan kepada soalan.
(Contoh: Sofia Bt Adel, 5522, Betul/ Salah). - Jawapan yang betul kepada soalan mesti diberikan
- Memberikan Bukti Pembelian yang sah dan jelas (Resit Rasmi asal) yang menunjukkan produk, nilai pembelian, nombor invois atau cukai, tarikh dan nama kedai/ outlet. Resit yang diubahsuai dengan/ tidak jelas/ tidak lengkap/ berulang/ salinan/ tidak boleh dibaca akan dianggap tidak sah dan kemudian akan dikecualikan secara automatik untuk Peraduan ini.
- Penyertaan Peraduan yang lengkap, Bukti Pembelian yang sah dan jelas (Resit Rasmi asal) yang dihantar melalui WhatsApp pada masa yang sama atau serentak dengan butiran lengkap peserta; Nama Lengkap, empat digit terakhir nombor MyKad anda dan Jawapan kepada soalan.
Pemenang akan dipilih dengan cara berikut:
-
Peraduan:
- Setiap penyertaan yang sah akan diberikan nombor siri.
- Penyertaan yang sah dengan bilangan siri berulang 67 sehingga nombor siri 4489 akan menjadi pemenang Hadiah Saguhati yang dipilih.
- Nombor siri Hadiah Saguhati: 67, 134, 201, 268 ... 4489.
- Pemenang Hadiah Utama akan dipilih daripada penyertaan yang sah dengan bilangan siri berulang 400 sehingga nombor siri 3200
- Nombor siri Hadiah Utama: 400, 800, 1200, 1600, 2000, 2400, 2800, 3200.
- Pemenang Hadiah Eksklusif akan dipilih secara rawak oleh sistem computer daripda penyertaan yang sah.
Pemilihan pemenang untuk Hadiah Eksklusif akan dipilih dahulu.
Pemilihan pemenang untuk Hadiah Saguhati akan dipilih selepas pemenang Hadiah Eksklusif telah dipilih.
Pemilihan pemenang untuk Hadiah Utama akan dipilih selepas pemenang Hadiah Saguhati telah dipilih.
Sekiranya penyertaan Peraduan yang diterima tidak mencukupi untuk memudahkan pemilihan pemenang bagi SEMUA Hadiah yang ditawarkan , Penganjur berhak untuk membatalkan hadiah yang selebihnya kerana penyertaan yang tidak mencukupi tanpa notis terlebih dahulu.
Keputusan Penganjur mengenai semua perkara yang berkaitan dengan Peraduan termasuk pengadilan dan pemilihan pemenang adalah muktamad, mengikat dan tidak boleh dipertikaikan oleh Peserta, dan surat-menyurat, pertanyaan, rayuan, aduan atau bantahan tidak akan dilayani.
Penganjur berhak untuk mengkaji semula, menunda, menangguhkan cabutan hadiah dan tarikh pemberitahuan tanpa notis terlebih dahulu.
Hadiah yang akan diberikan:
- Hadiah Peraduan: Jongkong Emas Habib
- Hadiah Utama : 8 x Jongkong Emas 10g Habib bernilai RM4,100
- Hadiah Saguhati : 67 x Jongkong Emas 1g Habib bernilai RM410
- Hadiah Eksklusif
- Hadiah Eksklusif Guardian: 10 x Baucar Guardian bernilai RM500
- Hadiah Eksklusif Lotus’s: 10 x Baucar Lotus’s bernilai RM500
- Hadiah Eksklusif TF Value-Mart: 20 x Baucar TF Value-Mart bernilai RM100
- Hadiah Eksklusif Mydin: 20 x Pemenang layak menyertai Cabaran Supermarket Sweep *Sila rujuk kepada Lampiran A untuk Peraturan & Regulasi bagi Cabaran Pasaraya Besar Mydin Sweep
- Hadiah Eksklusif NSK dan Ahli Dali Program: 20 x Baucar Habib bernilai RM100 *Sila rujuk kepada Lampiran B untuk Ahli-ahli Dali Program
Perlucutan Kelayakan
Penyertaan berikut akan disingkirkan:
- Penyertaan yang tidak jelas, tidak lengkap, berulang, salinan, tidak boleh dibaca, tidak betul/ sah atau salah; dan / atau
- Penyertaan yang melanggar Terma dan Syarat, mana-mana undang-undang dan /atau peraturan yang berkuat kuasa.
Selain itu, Penganjur berhak untuk melucutkan kelayakan mana-mana Peserta yang:
- menjejaskan, telah atau cuba menjejaskan perjalanan Peraduan dengan pemalsuan, penipuan atau perdayaan; dan / atau
- tidak layak atau tidak dapat mengemukakan bukti kelayakan untuk mengambil bahagian dalam Peraduan apabila diminta untuk pengesahan oleh Penganjur.
- Sekiranya perlucutan kelayakan berlaku selepas Hadiah diberikan, Penganjur berhak untuk menuntut pemulangan Hadiah atau bayaran nilainya daripada Peserta yang lucut kelayakan.
Liabiliti & Tanggungjawab
- Semua kos dan perbelanjaan yang ditanggung dan/atau timbul daripada Penyertaan dalam Peraduan, termasuk tanpa terhad kepada caj telekomunikasi, rangkaian, Khidmat Pesanan Ringkas (SMS), pos dan semua caj lain sedemikian dan perbelanjaan sendiri yang mungkin dibelanjakan oleh Peserta semasa atau berhubung dengan Peraduan hendaklah ditanggung oleh Peserta.
- Bukti penghantaran Penyertaan bukan bukti penerimaan, dan Penganjur tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap sebarang Penyertaan yang lewat, hilang, rosak dan/atau Penyertaan yang tidak diterima. Penganjur tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kesilapan, ketinggalan, gangguan, pemotongan, kerosakan, kelewatan, kegagalan operasi atau transmisi, kegagalan talian komunikasi, kecurian atau kemusnahan, capaian tanpa izin, atau perubahan komunikasi pengguna atau ahli, atau sebarang masalah atau gangguan teknikal terhadap sebarang rangkaian atau talian telekomunikasi, sistem komputer dalam talian, pelayan atau penyedia perkhidmatan, peralatan komputer, sistem, perisian, kegagalan e-mel atau penerimaan Penyertaan disebabkan oleh masalah teknikal atau kesesakan lalu lintas di internet. Peserta bertanggungjawab untuk memastikan bahawa Penyertaan Peraduan mematuhi semua peraturan, terma dan syarat-syarat Peraduan, dan bahawa peryertaan adalah mengikut format/ bentuk yang dikehendaki oleh Penganjur.
- Dengan menyertai, anda memberi kebenaran kepada Penganjur untuk memproses data peribadi anda yang disediakan untuk tujuan seperti yang dinyatakan.
- Penganjur mempunyai hak untuk memilih pihak ketiga ["Agensi"] untuk memproses data peribadi pembeli.
- Penganjur hendaklah mengambil langkah-langkah yang diperlukan untuk memastikan bahawa data peribadi pembeli dilindungi. Agensi juga akan mematuhi langkah-langkah pencegahan yang sama.
- Dengan menyertai Peraduan ini, semua peserta bersetuju untuk melindungi, melepaskan dan tidak mempertanggungjawabkan Penganjur, syarikat pegangan, anak syarikat atau syarikat berkaitannya, agensi-agensi, kakitangan, pegawai, para pengarah, ejen, penaja dan/atau wakilnya daripada, sebarang dan segala kerugian, hak, tuntutan, tindakan dan kerosakan (termasuk kerosakan khas, tidak langsung dan lanjutan) yang timbul daripada atau ditanggung akibat Penyertaan Peserta dalam Peraduan, penerimaan dan/atau penggunaan mana-mana Hadiah, Penyertaan Peserta dan/atau persamaannya berkaitan dengan Peraduan atau pelanggaran Terma dan Syarat.
- Semua kos dan perbelanjaan yang ditanggung dan/atau timbul daripada Penyertaan dalam Peraduan, termasuk tanpa terhad kepada caj telekomunikasi, rangkaian, Khidmat Pesanan Ringkas (SMS), pos dan semua caj lain sedemikian dan perbelanjaan sendiri yang mungkin dibelanjakan oleh Peserta semasa atau berhubung dengan Peraduan hendaklah ditanggung oleh Peserta. Penganjur tidak mempunyai kewajiban untuk menggantikan Peserta bagi mana-mana kos dan perbelanjaan yang timbul.
- Peserta mengakui bahawa penyertaan mereka dalam Peraduan adalah atas risiko mereka sendiri.
- Penganjur, syarikat pegangan, anak syarikat atau syarikat berkaitannya, agensi-agensi, kakitangan, pegawai, para pengarah, ejen, penaja dan/atau wakilnya tidak akan bertanggungjawab dan / atau berkewajiban kepada mana-mana Peserta sehubungan dengan:
- sebarang kegagalan untuk memenangi Hadiah dalam Peraduan, Hadiah yang rosak disebabkan oleh kecuaian, perbuatan dan/ atau penyalahgunaan Hadiah atau sebarang kerugian lain, kerosakan, kos, perbelanjaan, tuntutan, liabiliti, kecederaan, kematian, kemalangan yang dialami oleh Peserta semasa Peraduan atau yang timbul daripada atau berkaitan dengan penyertaan peserta dalam Peraduan dan/ atau Hadiah yang diberikan.
- sebarang penundaan dan/atau kegagalan dalam menerima dan menghantar Penyertaan sebagai akibat daripada kegagalan rangkaian, komunikasi, ISP atau gangguan sistem, gangguan dan / atau kegagalan yang dialami oleh Penganjur atau penyedia perkhidmatan telekomunikasi Peserta dan / ataupun yang berpunca daripada penyertaan atau muat turun mana-mana bahan dalam Peraduan.
- sebarang kesilapan (termasuk kesilapan dalam pemberitahuan kepada pemenang Peraduan), kegagalan, gangguan, penghapusan, kecacatan, kelewatan dalam operasi atau penghantaran, kegagalan jalur komunikasi, pencurian, pemusnahan, pengubahan atau akses penyertaan yang tidak sah, atau penyertaan yang hilang atau tertunda sama ada timbul atau tidak semasa operasi atau siaran sebagai akibat daripada fungsi server, virus, bug atau sebab-sebab yang lain di luar kawalan Penganjur.
- Penganjur, ejen, penaja dan/atau wakilnya tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk menunaikan mana-mana kewajipan mereka berhubung dengan Peraduan dan Terma dan Syarat jika mereka tidak dapat berbuat demikian disebabkan keadaan di luar kawalan mereka dan dalam keadaan sedemikian mereka tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk membayar pampasan kepada Peserta dalam apa cara sekalipun.
Kriteria Penilaian
Keputusan Pihak Penganjur adalah muktamad. Sebarang surat menyurat, pertanyaan, rayuan, aduan dan/ atau bantahan tidak akan diterima atau dilayani.
Pengumuman Pemenang Peraduan
- Senarai Pemenang akan diumumkan / dimaklumkan melalui telefon, WhatsApp, e-mel atau mana-mana media lain yang dianggap sesuai oleh Penganjur atau pihak ketiga dalam tempoh 60 Hari selepas Peraduan berakhir.
- Sekiranya Hadiah dimenangi, semua hadiah mesti ditebuskan dalam tempoh 2 bulan dari tempoh pemakluman/ notifikasi. Penganjur tidak akan melayan sebarang permintaan untuk penundaan tempoh penebusan. Jika tidak, hadiah akan dihantar kepada pemenang melalui syarikat kurier yang diarahkan dalam tempoh 90 Hari selepas Peraduan berakhir.
- Penganjur berhak untuk membatalkan kelayakan peserta yang tidak mematuhi prosedur penebusan hadiah seperti yang ditentukan oleh Penganjur.
- Penganjur berhak melantik pihak ketiga untuk mengendalikan proses pengesahan pemenang Peraduan dan untuk tujuan penghantaran hadiah.
- Semua panggilan atau sesi hubungan mungkin dipantau dan dirakam untuk tujuan penyimpanan rekod, latihan dan tujuan jaminan kualiti sama ada oleh Penganjur atau pihak ketiga yang dilantik.
Pengiklanan
Dengan penerimaan Hadiah Peraduan, Pemenang dianggap kebenaran kepada Penganjur dan agensi-agensinya untuk menggunakan nama dan / atau gambar-gambar peserta bagi tujuan publisiti, pengiklanan dan /atau pemasaran tanpa sebarang notis dan / atau pampasan.
Perubahan Terma & Syarat
Penganjur berhak untuk mengubah, memindah, memadam atau menambah Terma dan Syarat Peraduan ini tanpa notis terlebih dahulu pada bila-bila masa dan Peserta terikat kepada perubahan tersebut.
Pengantungan
Penganjur juga berhak untuk membatalkan, mengubah atau menangguhkan Peraduan ini dalam kes keadaan yang tidak dijangka di luar kawalan yang munasabah.
Undang-undang Perlindungan Data Peribadi 2010
Notis di bawah Seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“PDPA”) kepada pengguna Hawley & Hazel Marketing (M) Sdn. Bhd.
Pengguna yang dihormati,
Di bawah PDPA, terdapat beberapa syarat yang mengawal pemprosesan data peribadi anda sebagai individu (“individu”). Ia memaklumkan individu tentang hak-hak anda di bawah PDPA, termasuk tindakan yang boleh diambil oleh Individu untuk melaksanakan hak-hak tersebut dan akibatnya, dan secara khususnya: -
- Bahawa kami ["Penganjur"] mengumpul data peribadi Individu daripada Penyertaan Peraduan dan pemilik jenama Darlie [Hawley & Hazel Marketing (Malaysia) Sdn. Bhd.] sebagai rakan niaga diberi kuasa untuk memproses data peribadi anda seperti yang dinyatakan dalam T&C ini;
- Data peribadi individu dikumpulkan / diproses untuk tujuan Peraduan dan pemasaran
- Pengesahan identiti Individu
- Memaklumkan Individu jika Individu adalah peserta yang dipilih;
- Melaksanakan urusan Peraduan;
- Tujuan promosi, pemasaran dan / atau pentadbiran;
- Statistik dan Pentargetan Semula: melaksanakan analisis data dan statistik anonim dan lebih kerap memaparkan iklan yang relevan kepada Individu apabila Individu melawat laman web lain;
- Tujuan lain seperti yang dikehendaki mengikut undang-undang, termasuk tetapi tidak terhad kepada prosedur mahkamah, siasatan jenayah atau pendakwaan atau apabila diperintahkan oleh mana-mana pihak berkuasa yang berwenang;
- Individu berhak untuk mengakses dan membetulkan data peribadi Individu;
- Data peribadi individu dikongsi kepada Agensi / Penganjur yang dilantik untuk tujuan pemprosesan;
- Data peribadi yang diminta daripada individu hanya akan digunakan untuk tujuan yang dinyatakan;
- Data peribadi yang diminta adalah wajib dan maklumat yang tidak lengkap, akan menyebabkan penyertaan Individu terbatal;
- Sekiranya Individu telah disahkan sebagai Pemenang, sebarang perubahan kepada data peribadi individu harus dimaklumkan kepada Penganjur;
- Pemindahan Data Peribadi kepada Pihak Ketiga
- Dengan menyertai Peraduan ini, Individu bersetuju bahawa Penganjur boleh memindahkan data peribadi Individu kepada pihak ketiga dan anak syarikat Penganjur, di antaranya pihak ketiga tersebut dan / atau anak syarikat kami mungkin terletak di luar negara Individu, untuk melaksanakan tujuan yang dinyatakan dalam Terma dan Syarat ini tanpa notis selanjutnya.
- Maklumat dan data peribadi Individu disimpan dan dikekalkan di [pangkalan data elektronik, kemudahan, pelayan dan pelayan cadangan Penganjur, syarikat berkaitan, dan / atau pihak ketiga yang dibenarkan oleh Penganjur] yang mungkin terletak di luar negara Individu, di mana perlindungan undang-undang dan standard keperluan keselamatan mungkin tidak setara dengan yang disediakan oleh dan diwajibkan secara sah oleh undang-undang dan peraturan yang berkenaan di negara Individu. Individu dengan ini bersetuju dengan pemindahan,penyimpanan, penyelenggaraan dan pengekalan semua maklumat dan data Individu di pangkalan data elektronik, , kemudahan, pelayan dan pelayan sandaran yang ditentukan oleh kami, yang terletak di luar negara Individu untuk tujuan yang dinyatakan dalam Terma dan Syarat ini.
- Sekiranya Individu mempunyai sebarang permintaan (termasuk Penarikan Diri), pertanyaan atau komen mengenai perlindungan data peribadi atau amalan kami, sila e-mel kepada [hhdataprivacy@darlie.com].
- Untuk maklumat lanjut mengenai pengumpulan dan pemprosesan data dan isu-isu yang berkaitan, sila meneliti laman web kami https://www.darlie.com.my/en/corporate-info/privacy.
Am
Sekiranya terdapat mana-mana peruntukan dalam terma dan syarat-syarat ini yang ternyata tidak tepat atau tidak boleh dikuatkuasakan , maka ketidaktepatan tersebut tidak boleh menjejaskan peruntukkan-peruntukan yang lain yang tetap berkuasa dan kekal di dalam Terma dan Syarat ini.
Terma dan Syarat Peraduan hendaklah diertikan, ditadbir dan ditafsirkan menurut undang-undang Malaysia.
Lampiran A
Peraturan & Regulasi bagi Cabaran Pasaraya Besar Mydin Sweep.
- Pemenang yang Layak serta Rakan perlu memakai pakaian yang sesuai dan kasut yang bertutup semasa pertandingan Sweep bagi mengelakkan sebarang kemalangan/kecederaan.
- Pemenang yang Layak & Rakan perlu membawa sendiri beg kitar semula kerana Mydin/Pihak Penganjur TIDAK AKAN menyediakan beg selepas pertandingan selesai.
- Hak Pemenang yang Layak untuk mengambil bahagian dalam Pertandingan Cabaran Pasaraya Besar Sweep tidak boleh dipindah-milik dan setiap penyertaan Pemenang yang Layak dalam Pertandingan Pasaraya Sweep seterusnya tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan oleh Pihak Penganjur.
- Jika atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan seperti ketidakupayaan fizikal atau jatuh sakit pada Hari Pertandingan Sweep, Pemenang boleh memohon digantikan dengan ahli keluarga/rakan yang lain untuk mengambil bahagian bagi pihaknya. Pemenang perlu menghantar permohonan menerusi WhatsApp atau menelefon pihak Penganjur (di nombor telefon yang digunakan untuk menghubungi pememang) selewat-lewatnya pada 31 OKTOBER 2024 bersama bukti/alasan sah dan juga surat kuasa yang telah ditandatangani. Pihak Penganjur mempunyai kuasa mutlak untuk membenarkan/tidak membenarkan penggantian tersebut.
- Jika Pemenang yang Layak gagal berbuat demikian/gagal hadir pada hari Pertandingan Sweep, pihak Penganjur akan membatalkan kelayakannya serta-merta. Tiada sebarang pampasan atau sebarang aturan lain akan dibuat selepas Pertandingan Pasaraya Besar Sweep.
- Pemenang yang Layak serta Rakan perlu berada dalam keadaan yang sihat dari segi fizikal/mental dan secara keseluruhan dan tidak hamil untuk mengambil bahagian dalam Cabaran Pasaraya Besar Sweep.
- Jumlah kos keseluruhan hadiah (barangan runcit Sweep) dengan menggunakan satu (1) troli terhad kepada RM1,000 bagi setiap peserta.
- Kecuali dinyatakan sebaliknya, semua kos pengangkutan, kos peribadi dan/atau sebarang kos lain, yuran dan/atau sebarang jenis perbelanjaan yang ditanggung oleh Pemenang yang Layak dan Rakan berhubung Cabaran Pasaraya Sweep (sama ada untuk tujuan mengambil bahagian, menyertai atau menerima sebarang faedah atau hadiah daripada Cabaran Pasaraya Besar Sweep) atau untuk tujuan penebusan hadiah atau kos perjalanan berkaitan adalah tanggungan sepenuhnya Pemenang yang Layak serta Rakan, dan pihak Penganjur, serta sekutunya, ejen yang diberi diiktiraf atau agensi lain yang mengambil bahagian tidak menanggung sebarang tanggungjawab sama sekali bago kos/caj/yuran/perbelanjaan ini.
- Setiap Pemenang yang Layak dan Rakan hanya diberi tempoh lima (5) minit sahaja untuk berjalan sekitar kedai sebelum Cabaran Sweep dimulakan.
- Setiap Pemenang yang Layan dan rakan akan diberi satu (1) troli untuk diisikan dengan barangan runcit pilihan dalam tempoh lima (5) minit.
- Cabaran Sweep bermula dan berakhir dengan bunyi hon. Peringatan waktu akan diumumkan apabila tinggal 3 minit, 1 minit, 30 saat terakhir dan berakhir dengan kiraan detik 10 saat terakhir.
- Pemenang yang Layak dan Rakan boleh mengambil barangan yang terdapat di tingkat bawah KECUALI barangan mudaha rosak (seperti sayuran, daging, ikan, buah-buahan) termasuk barangan yang berada di belakang kaunter seperti susu formula.
- Barangan yang dipilih semasa Cabaran Sweep ini mesti mengandungi sekurang-kurangnya dua (2) produk Darlie. Semua barangan yang tersedia untuk Cabaran Sweep adalah terhad kepada tiga (3) unit bagi setiap SKU kecuali produk Darlie.
- Diingatkan supaya mengendalikan barangan rapuh dengan berhati-hati, sebarang barangan yang pecah akan dianggap telah dijual dan akan disertakan dalam barangan pilihan Pemenang yang Layak dan Rakan dalam Cabaran Sweep.
- Apabila hon terakhir dibunyikan, Pemenang yang Layak dan Rakan mesti menghentikan semua aktiviti Sweep dengan segera.
- Pemenang yang Layak dan rakan perlu kembali ke kaunter bayaran bersama troli yang mengandungi barangan yang dipilih. Selepas bunyi hon terakhir, semua barangan dalam troli tidak boleh ditukar, dialihkan dari dalam troli. Hanya barangan yang berada di dalam troli akan diambil kira.
- Jika jumlah kos barangan Sweep melebihi jumlah hadiah keseluruhan yang bernilai RM1,000, Pemenang mempunyai pilihan untuk mengeluarkan barangan lebihan dari troli ATAU membayar jumlah lebihan yang melebihi jumlah hadiah. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab untuk membayar perbezaan antara jumlah barangan Sweep dengan jumlah hadiah.
- Semua hadiah (barangan runcit) yang Berjaya diraih oleh Pemenang yang Layak dan Rakan semasa Cabaran Pasaraya Besar Sweep perlu dituntut daripada pihak Penganjur pada hari yang sama Cabaran diadakan. Sebarang hadiah yang tidak dituntut akan dibatalkan oleh pihak Penganjur.
- Semua resit akan disimpan oleh pihak Penganjur bagi tujuan audit. Tiada salinan resit akan diberikan kepada Pemenang yang Layak/Rakan.
- Sebarang pertikaian berhubung kualiti/waranti/syarat & terma barangan Sweep perlu diselesaikan di antara Pemenang yang Layak dengan peniaga/pembekal yang diiktiraf tanpa sebarang pembabitan pihak Penganjur. Darlie, sekutunya, pengarah, pemegang saham, pekerja dan agensi yang diiktiraf tidak bertanggungjawab terhadap sebarang pelanggaran kualiti/waranti/syarat & terma barangan tersebut.
- Pemenang yang Layak dan Rakan perlu bertanggungjawab/menanggung liabiliti sepenuhnya semasa Cabaran Sweep. Pemenang yang Layak dan Rakan perlu membayar pampasan sekiranya berlaku sebarang kerosakan. Pampasan tidak boleh diimbangi/dipotong dari jumlah hadiah.
- Pihak Penganjur, sekutunya, pengarah, pemegang saham, pekerja, agensi yang diiktiraf termasuk jurugambar, Ken Photographic, tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan, kerosakan, kecederaan dalam apa jua bentuk yang dialami oleh Pemenang yang Layak dan Rakan akibat daripada penyertaan Kempen/Cabaran Pasaraya Besar Sweep dan/atau penggunaan/salah guna barangan Sweep. Penyertaaan Cabaran Pasaraya Besar Sweep adalah di atas risiko Pemenang yang Layak dan Rakan sendiri.
Lampiran B
Ahli-ahli Dali Program
- BEE GAR TRADING SDN. BHD.
- EYRAH SMART RESOURCES
- HOME-U (M) SDN. BHD
- PANJI REZEKI SDN BHD
- PASARAYA KS CHU SDN BHD
- S L HIN ENTERPRISE SDN BHD
- SHARINOR ENTERPRISE
- SHARINOR ENTERPRISE
- SHARINOR ENTERPRISE
- U ALL MART (PASIR MAS) SDN. BHD.
- CHANG JIANG ENTERPRISE SDN BHD
- CK SUPERSAVE MART SDN BHD
- KEDAI UBAT NEW OASIS SDN BHD
- LOO CHE MING
- LR SURESH STORE
- PASARAYA BESAR SAKAN (KG GAJAH) S/B
- PASARAYA MINAT (KAMPAR) SDN BHD
- PERNIAGAAN ING ANG
- PERNIAGAAN SIN ING ANG
- PERNIAGAAN SIN YIN ONN
- PERNIAGAAN YIN ONN
- SIN CHEE SANG SDN BHD
- SIN YONG SEN ENTERPRISE SDN BHD
- SWEE HIN CHAN ( KUALA KANGSAR )
- V SEGAR MART (TG RAMBUTAN) SDN BHD
- YIN ONN (T. INTAN) SDN BHD
- YIN YIN MINI MARKET
- CHOP SWEE HIN CHAN (M) SDN BHD
- CHOP SWEE HIN CHAN (M) SDN BHD
- ON HING FUEL STATION SDN.BHD.
- SIN YONG HONG ENTERPRISE
- THINOGARAN A/L KRISHNAN
- THYE LOONG ENTERPRISE - KUALA KANGS
- V SEGAR MART SDN BHD
- NIRWANA HYPERMARKET SDN BHD
- NIRWANA HYPERMARKET SDN BHD(BATU 3)
- NIRWANA HYPERMARKET SDN BHD(JAYA GA
- NIRWANA HYPERMARKET SDN BHD(STAR CI
- NIRWANA MAJU SDN BHD-BATU HITAM
- NIRWANA MAJU SDN BHD-INDERA SEMPURN
- NIRWANA MAJU SDN BHD-KEMAMAN
- NIRWANA MAJU SDN BHD(J/GAMBANG)
- CHOP HONG HUAT
- NIRWANA MAJU SDN.BHD.(DUNGUN)
- NIRWANA MAJU SDN.BHD.(KTRG)
- PASARAYA MARANG
- PASARAYA SAMAMAJU (D) SDN.BHD
- PASARAYA SINAR MEGA(MARANG)
- PASARAYA XIRI SDN. BHD (GONG DATOK)
- PASARAYA XIRI SDN.BHD.(W/TAPAI)
- PERNIAGAAN SELESA
- POK ENG TIN ENTERPRISE SDN BHD
- SABASUN HYPERRUNCIT SDN BHD
- SABASUN HYPERRUNCIT SDN BHD (2)
- XIRI(K.BERANG) SDN. BHD(CAWANGAN MA
- XIRI(K.BERANG)SDN. BHD(CAWANGAN BUK
- XIRI(K.BERANG)SDN.BHD
- ZUA PERMAI TRADING
- ASTAKA SHOPPING CENTRE (MUAR) SDN.B
- BACHANG FAMILY STORE SDN BHD
- BATU BERENDAM FAMILY STORE SDN BHD
- BEST FRESH MART SDN BHD
- BUKIT RAMBAI FAMILY STORE SDN BHD
- CH PENGKALAN SDN BHD
- DUYONG FAMILY STORE SDN BHD
- FRESH N CONVENIENT RETAIL (MERLIMAU
- JASIN POINT
- JASIN POINT FAMILY STORE SDN BHD
- JASIN SHOPPING CENTRE SDN BHD
- KESIDANG FAMILY STORE SDN BHD
- KINI MART (M) SDN BHD
- KLEBANG FAMILY STORE SDN BHD
- M PARADE FAMILY STORE SDN BHD
- MASJID TANAH FAMILY STORE SDN BHD
- MLK MALL FAMILY STORE SDN BHD
- NIRWANA MAJU SDN.BHD. (SEGAMAT)
- NIRWANA MAJU SDN.BHD. (YAYASAN)
- PASARAYA HWA THAI SDN.BHD.
- PASARAYA MERLIMAU POINT
- SGU FAMILY STORE SDN BHD
- BEST FRESH MART SDN. BHD. (1252979-
- BIG SUPERMART SDN BHD BANDAR TUN
- BIG SUPERMART SDN BHD SRI GOMBAK
- BIG SUPERMART SDN. BHD.
- BIG SUPERMART SDN. BHD. (684872-M)
- MEGAH AMAN SDN. BHD. (1472740-D) TE
- MEGAH FRESH SDN. BHD. (1379305-T) B
- MEGAH SUPERMARKET (BANTING)
- PUSAT BORONG MATAHARI (KTP) SDN.BHD
- PUSAT BORONG MATAHARI (SHAH ALAM) S
- PUSAT BORONG MATAHARI (SHAH ALAM) S
- PUSAT BORONG MATAHARI SDN BHD (1095
- PUSAT BORONG MATAHARI SDN BHD (1095
- PUSAT BORONG MATAHARI SDN. BHD. (10
- PUSAT BORONG MATAHARI(SHAH ALAM) S/
- PUSAT PERNIAGAAN MATAHARI SDN. BHD
- ANGKASA MARKETING SDN BHD - PARIT R
- ANGKASA MARKETING SDN BHD-PT SULONG
- ANGKASA MARKETING SDN.BHD
- CHUAN AIK CASH & CARRY SDN BHD
- DEE SUPERMARKET SDN BHD
- EXCOWELL CORPORATION SDN BHD-TARGET
- HOE SOON (BP) SDN BHD
- MY MART GOLDEN GLOBE (PARIT BETAK)
- NIRWANA MAJU (BATU PAHAT) SDN.BHD.
- NIRWANA MAJU (TONGKANG PECAH) SDN B
- NIRWANA MAJU (YONG PENG) SDN BHD
- PASARAYA DIAN PANG CASH&CARRY S/B
- PASARAYA HOE SOON
- PASARAYA WELLWARD SDN BHD
- QIMART SDN BHD-2
- TARGET SUPERMARKET (AYER HITAM )SDN
- TARGET SUPERMARKET (BATU PAHAT) SDN
- TARGET SUPERMARKET (BUKIT BAKRI) SD
- TARGET SUPERMARKET (KLUANG) SDN BHD
- TARGET SUPERMARKET (PARIT RAJA ) SD
- TARGET SUPERMARKET (SRI KLUANG) SDN
- TARGET SUPERMARKET (TAMAN KLUANG PE
- TARGET SUPERMARKET SDN BHD
- TARGET SUPERMARKET SDN BHD - YONG P
- TARGET SUPERMARKET(BENUT)SDN BHD
- AL KHWAJA MAJU ENTERPRISE
- CHOP GUAN SENG
- CHUA KAH SENG SUPERMARKET SDN BHD
- EDARAN S.A.AL HABSHEE SD BHD
- EJ SAVEMART (GP) SDN BHD
- EJ SAVEMART SDN BHD
- ENG HAN CASH & CARRY SDN BHD
- HUP SOON TRADING & MARKETING
- KEDAI UBAT DAN RUNCIT HENG LONG -
- KHJ FRESH MARKET SDN BHD
- LITTLE GENIUS BABY PRODUCTS CENTRE
- LU MIAO (KULAI) SDN BHD
- LU MIAO CONSOLIDATE SDN BHD
- MACIZO ENTERPRISE (M) SDN BHD
- MIDAS MERGE SDN BHD
- MY MART GOLDEN GLOBE SDN BHD
- MY MIX MART SDN BHD
- OREN SUPER STORE SDN BHD
- PASAR MINI Q & Q
- KEDAI UBAT DAN SERBANIKA SOON TECK
- PASARAYA BS KUALA ROMPIN SDN BHD
- PASARAYA BS KUALA ROMPIN SDN BHD
- PASARAYA BS SDN BHD
- PASARAYA BS TANJUNG GEMUK SDN BHD
- PASARAYA CINWA SDN BHD
- PASARAYA EVERJOY (GP) SDN BHD
- PASARAYA EVERJOY (TUN AMINAH) SDN B
- PASARAYA EVERJOY SDN BHD
- PASARAYA EVERJOY SDN BHD
- PASARAYA HWA THAI SDN BHD
- PASARAYA HWA THAI SDN BHD
- PASARAYA HWA THAI SDN BHD
- PASARAYA HWA THAI SDN BHD
- PASARAYA HWA THAI SDN BHD
- PASARAYA HWA THAI SDN BHD
- PASARAYA HWA THAI SDN BHD
- PASARAYA HWA THAI SDN BHD
- PASARAYA HWA THAI SDN BHD
- PASARAYA HWA THAI SDN BHD
- PASARAYA HWA THAI SDN BHD
- PASARAYA JIASON (NUSA DAMAI) SDN BH
- PASARAYA JIASON (NUSA DAMAI) SDN BH
- PASARAYA JIASON SDN BHD -P8
- PASARAYA KINI SDN BHD
- PASARAYA KINI SDN BHD
- PASARAYA LU MIAO ENDAU SDN BHD
- PASARAYA LU MIAO ENDAU SDN BHD
- PASARAYA Q & Q
- TAI TONG TRADING CO - KELAPA SAWIT
- PASARAYA TITAH (KULAI) SDN BHD
- PASARAYA TITAH(KULAI) SDN BHD
- PASARAYA TITAH (KULAI) SDN BHD
- PASARAYA U-POINT SDN BHD
- SYARIKAT PERNIAGAAN BEE HUAT
- TARGET SUPERMARKET (KULAI) SDN BHD
- TARGET SUPERMARKET (PONTIAN) SDN. B
- PASARAYA TITAH (KULAI) SDN BHD
- UNIFIED VISION SDN BHD
- VALUE MEGASTORE SDN BHD
- ONE FAMILY 69 ENTERPRISE
- CERIA MART LAPAN LAPAN
- EDARAN MUTIARA KK S/B
- FRESH MART BRO & SIS SDN. BHD.
- JJ EKORIA SDN BHD (SP)
- KEDAI BORONG DIN CS (G)
- KITA FRESH & FROZEN MART SDN. BHD.
- KNH DIAMOND SDN.BHD.(TANAH MERAH)
- MAKRO UTARA SDN.BHD. (BEDONG)
- NFS AMG TRADING (ARAU)
- PASAR MINI DA AI
- PASARAYA ANEKA (GURUN) S/B
- PASARAYA ENG HENG BEE(SPG.EMPAT)
- PASARAYA K CERIA (PENDANG) S/B
- PASARAYA KAWAN KITA SDN BHD(GURUN)
- PASARAYA YAWATA (JITRA) S/B
- PEMBORONG PAK TAM SDN BHD
- PERNIAGAAN UBAT TEIK AUN HOE
- R.M.MUTAIYA TRADING SDN.BHD.
- SP HUA HONG SDN.BHD.
- SUPERMAS RETAIL SDN BHD
- CS BROTHER SDN BHD-BANGI AVENUE
- CS BROTHERS SDN BHD
- CS BROTHERS SDN BHD
- CS BROTHERS SDN BHD
- CS BROTHERS SDN BHD-CHERAS
- FOOK AN MEDICAL HALL
- G.U.S. (M) SDN BHD - GRAND UNION
- G.U.S. (SRI DAMANSARA) SDN BHD
- HANIFFA SDN BHD
- JUTARIA CASH & CARRY SDN BHD
- K/U & RUNCIT HONG NING DESA AMAN PU
- KEDAI UBAT & RUNCIT HONG NING SDN B
- KEDAI UBAT DAN RUNCIT FOOK SUN
- KEDAI UBAT DAN RUNCIT KIM LOY
- PASARAYA & UBAT HON MENG
- PASARAYA MEGAHERBS & FOOD SDN BHD
- PASARAYA MENG FATT
- PASARAYA SOON HUAT
- PASARAYA WAH FONG THK SDN BHD
- PASARAYA YAN SENG SDN BHD.
- SOON CHEONG MARINE PRODUCTS S/B
- STAR GROCER
- STAR GROCER SDN BHD
- STAR GROCER SDN BHD
- TS MAJU TRADING SDN BHD
- BEN MART TRADING SDN BHD
- BEN MART TRADING SDN BHD (PUDU)
- BEN MART TRADING SDN BHD (JINJANG B
- B FAMILY MART S/B
- BAHAU ZEMART SDN.BHD.
- G.U.S.(NILAI) SDN BHD
- KK FAMILY MART SDN BHD
- MANTIN ZEMART SDN BHD
- SENAWANG ZEMART SDN BHD
- SP ZEMART SDN BHD-CAW SIKAMAT
- CHOP HUAT KEE
- CHOP HUP LEE
- DAILY WHOLESALE & RETAIL SDN. BHD.
- DAILY WHOLESALE & RETAIL SDN. BHD.
- DAILY WHOLESALE & RETAIL SDN.BHD.(
- FOOK SIANG MINI MARKET
- HAI HUAT GROCERY (M) SDN BHD
- HOME MART FRESH & FROZEN SDN. BHD.
- HOME MART FRESH & FROZEN SDN. BHD.
- HOME MART FRESH & FROZEN SDN. BHD.
- JAYAMAS SUPERSTORE (RELAU) SDN BHD
- LS MART PASARAYA (SG DUA) SDN.BHD.
- LS MART PASARAYA SDN BHD
- LS MART PASARAYA SDN BHD (BM)
- LS MART PASARAYA SDN BHD (GSP)
- LS MART PASARAYA SDN BHD (PS)
- LS MART PASARAYA SDN BHD (SIMPANG A
- LS MART PASARAYA SDN. BHD. - SG PET
- LS MART PASARAYA SDN.BHD.
- MARCO POLO CASH&CARRY SDN. BHD.
- MARCO POLO CASH&CARRY SDN. BHD.
- MARCO POLO CASH&CARRY SDN.BHD
- MINAT(KULIM)SUPERMARKET SDN BHD
- MINAT(KULIM)SUPERMARKET SDN BHD
- PASARAYA 800 ZONKHAS SDN. BHD.
- PERNIAGAAN KIM FAR
- SERI DELIMA MINI MARKET
- SHEN TAR TRADING
- STALLION STAR MARKETING
- SUGO GARDEN SDN BHD
- WONDEFUL EXPRESS MART SDN. BHD.
- WONDERFUL SUPER MART SHOP SDN. BHD.
- WONDERFUL SUPERMARKET (PENANG) SDN.
- YAWATA (N.T.) SUPERMARKET SDN.BHD.
- ZEN VISTA SDN. BHD.
- ZEN VISTA SDN. BHD.
- MASLEE EXPRESS SDN BHD - DAHLIA
- MASLEE EXPRESS SDN BHD - PONTIAN
- MASLEE EXPRESS SDN BHD - PASIR GUDANG
- MASLEE EXPRESS SDN BHD -SETIA INDAH
- MASLEE EXPRESS SDN BHD - IDAMAN
- MASLEE EXPRESS SDN BHD - PEKAN NANAS
- MASLEE EXPRESS SDN BHD - KOTA MASAI
- MASLEE EXPRESS SDN BHD - AMAN
- MASLEE EXPRESS SDN BHD - TERATAI
- MASLEE EXPRESS SDN BHD - DESARU
- MASLEE EXPRESS SDN BHD - KEMPAS
- MASLEE EXPRESS SDN BHD - MOLEK PINE
- MASLEE EXPRESS SDN BHD - TAMAN DAYA
- MASLEE EXPRESS SDN BHD - B5