Ditapis mengikut matlamat kesihatan pergigian
Topik Popular Lain
How to Have Whiter Teeth?
Rawatan pemutih gigi semakin mudah dan senang digunakan sejak beberapa tahun ini. Tak perlu lagi ke pejabat doktor gigi sedangkan anda boleh lakukan di rumah. Berikut adalah beberapa produk dari atas kaunter farmasi bagi mereka yang mahu menjimat duit tanpa perlu berjumpa doktor gigi.
Produk Tanpa preskripsi
Pilih teknik pemutihan yang anda inginkan. Jangan lupa untuk membaca segala arahan dengan betul dan pastikan anda mengingati perkara penting. Ini termasuk untuk penggunaan patch pemutih gigi, pendakap gigi khas, gel pemutihan gigi, ubat gigi dan pembasuh mulut.
Patch pemutih gigi mengandungi bahan aktif untuk diletakkan terus ke gigi. Gunakan hingga 3 minit untuk 2 kali sehari dalam tempoh 2 minggu.
Bahagian atas dan bawah pendakap mulut khas mengandungi bahan aktif pemutih. Pendakap tersebut harus dipakai untuk 30 hinga 60 minit sehari dalam tempoh 5 hingga 10 hari.
Gel pemutih gigi perlu diletakkan ke atas permukaan gigi. Ia akan mengambil beberapa hari bergantung kepada jenis gel.
Ubat gigi yang mengandungi peroksida mengurangkan masa lekatan bahan aktif di gigi.
Kesemua produk pemutihan gigi di atas bernilai lebih murah berbanding lawatan ke doktor gigi dan apa yang ada di pasaraya atau farmasi.