Skip to main content

Nafas Segar Memberikan Kesan Pertama Yang Positif

Satu laporan kajian dari Filipina telah menunjukkan…

dalam 80% orang yang ditemu ramah yang mereka sanggup mencium orang yang berwajah biasa tetapi mempunyai nafas segar berbanding orang yang berwajah cantik atau tampan tetapi mempunyai nafas berbau. Bau mulut akan menakutkan pasangan manakala nafas segar akan menyemarakkan lagi momen romantik. Kesan pertama adalah sangat penting.

Di temu janji pertama anda, bagaimana caranya untuk meninggalkan kesan pertama yang baik dengan nafas segar? Berikut adalah beberapa petua untuk anda:

Sentiasa Waspada

Jika ia satu temu janji makan malam, berhati-hati dengan makanan yang mengandungi bawang putih atau daging. Bawang putih meninggalkan bau yang kuat di dalam mulut dan cebisan daging boleh tersangkut di celah gigi. Sisa makanan diuraikan oleh bakteria yang menghasilkan bau yang busuk. Anda tidak akan kelihatan dan berbau elok.

Bawa Dental Kit Anda

Ubat gigi dan berus gigi hanyalah sebahagian barang anda perlu bawa. Gula-gula getah atau pudina membantu menghilangkan bau tetapi kesannya sementara. Jika bau tersebut datang dari lidah, anda perlu mendapatkan bantuan profesional. Sementara itu, dapatkan berus lidah dari farmasi untuk membersihkan lidah dan gigi.

Pilihan Bijak

Jika anda terlupa membawa kit penjagaan dental, gunakan produk yang ada di luar sana untuk menjaga kebersihan oral. Gunakan pencungkil gigi yang ada di restoran untuk membuang sisa makanan. Makan snek seperti saderi, timun dan sayuran lain di parti koktail dan gunakan sebagai pembersih natural mulut dan minum air yang banyak. Gunakan bahagian belakang sudu sebagai cermin untuk cek diri anda. Yang penting sekali, adalah menggosok gigi selepas makan cara terbaik mengekalkan nafas segar.

Artikel ini adalah untuk tujuan mempromosi pemahaman topik kesihatan oral dan mempromosi pengetahuan yang relevan dan tidak patut digunakan sebagai pengganti nasihat daripada pakar, diagnosis atau rawatan. Jika anda mempunyai pertanyaan tentang masalah medikal atau rawatan, sentiasa dapatkan pendapat daripada doktor gigi atau pakar yang bertauliah.
Tip-tip Kesihatan Mulut
/
Whitening
/
Nafas Segar Memberikan Kesan Pertama Yang Positif