Pernahkah anda tertanya-tanya: "Mengapa gigi saya masih kelihatan kekuningan walaupun saya menggosok gigi dua kali sehari?" atau "Bolehkah penskalaan atau penggilap menjadikan gigi saya lebih putih?"
Gigi kuning dan gigi bernoda adalah dua keadaan yang sangat berbeza. Jika anda mempunyai masalah gigi kuning, aksi memberus gigi setiap hari dan lawatan kerap ke doktor gigi itu saja tidak cukup untuk menyelesai masalah itu. Di sebaliknya, gigi bernoda adalah keadaan yang boleh diperbaiki dengan penskalaan dan penggilap gigi. Kami telah menyenaraikan punca-punca perubahan warna gigi, dan juga rawatan berbeza yang boleh anda dapatkan bagi membantu anda memahami dengan lebih baik tentang mengapa gigi kuning dan bernoda boleh berlaku.
Apakah punca gigi kuning?
Mengapa gigi anda kekuningan dan bernoda, dan apakah puncanya? Perubahan warna gigi mempunyai tiga punca utama: noda ekstrinsik, noda intrinsik dan penuaan fisiologi.
1. Noda Luaran/Ekstrinsik
Gigi bernoda disebabkan oleh kotoran ekstrinsik. Noda ekstrinsik akan biasanya mengendap pada permukaan enamel, iaitu lapisan paling luar gigi yang keras. Pengambilan minuman berpigmen kuat seperti kopi, teh, minuman ringan berwarna gelap dan wain dengan kerap dan berlebihan boleh mengakibatkan gigi berubah warna. Minuman-minuman itu mengandungi tanin, dimana sisanya mudah melekat pada permukaan gigi dan mencemarkan enamel.
Noda ekstrinsik yang dihasilkan oleh tembakau (rokok) sering mengakibatkan gigi keperangan/kekuningan juga. Terdapat juga satu bentuk noda ekstrinsik pada gigi yang biasa ditemui pada kanak-kanak yang dikenali sebagai pewarnaan bakteria kromogenik, dimana ia berpunca daripada kebersihan mulut yang tidak baik.
2. Noda Dalaman/Intrinsik
Gigi kuning disebabkan oleh noda intrinsik. Pewarnaan intrinsik berlaku pada lapisan dalam gigi apabila agen penyebab noda dapat menembus permukaan enamel dan berkumpul di dalam lapisan enamel dan dentin di bawahnya. Kotoran gigi intrinsik secara lazimnya lebih kekal dan lebih sukar untuk ditangani berbanding kotoran ekstrinsik.
Salah satu punca gigi kuning yang utama adalah trauma pergigian. Ini termasuk penggunaan jenis antibiotik tertentu (terutamanya tetrasiklin), kecacatan perkembangan apabila gigi terbentuk di dalam tulang, pendedahan berlebihan kepada fluorida dan penyahmineralan struktur gigi akibat penjagaan kebersihan mulut yang tidak bagus.
3. Kemelesetan Gusi
Kemelesetan gusi adalah keadaan di mana tisu gusi yang mengelilingi gigi semakin kurang dan mendedahkan akar gigi. Kemelesetan gusi boleh berlaku kepada semua tidak kira umur walaupun anda menjaga gigi anda dengan baik. Perkara utama ialah memahami apa yang boleh menyebabkan kemelesetan gusi.
Kemelesetan gusi boleh dipunca oleh:
I. Penyakit gusi
II. Memberus gigi dengan terlalu kuat atau menggunakan berus gigi dengan bulu keras
III. Trauma pada tisu gusi disebabkan oleh gigi palsu yang tidak sesuai atau kecederaan sukan pada gigi dan tisu penyokongnya
IV. Gigi bengkok yang berada di luar kedudukan ideal
Apakah rawatan untuk gigi bernoda atau kuning?
Terdapat 2 jenis perkhidmatan pemutihan profesional yang ditawarkan oleh doktor gigi. Untuk ketahuan anda produk pemutihan kegunaan rumah dan prosedur pemutihan di klinik dua-dua dianggap sebagai "produk dan perkhidmatan profesional", jadi anda tidak perlu risau.
1. Kit Pemutihan Rumah Profesional
Kit pemutihan rumah profesional mengandungi dulang yang dibuat khas untuk sesuai dengan struktur gigi anda dan gel pemutihan yang diperlukan. Apabila doktor gigi anda menetapkan rawatan ini, mereka sendiri akan menyesuaikan dulang yang sesuai dengan gigi anda untuk memastikan keselesaan pada gigi anda bagi mengelakkan kecederaan kimia seperti gel pemutih secara tidak sengaja bersentuhan dengan gusi anda. Gel pemutih biasanya mengandungi 10% hingga 38% karbamid peroksida dan tempoh memakai adalah mengikut kepekatan yang digunakan (1). Anda disyorkan untuk sentiasa meminta nasihat doktor gigi anda sebelum memakai kit pemutihan rumah.
2. Pemutihan Laser Dalam Pejabat Profesional
Prosedur pelunturan gigi dalam klinik gigi dikenali sebagai "pelunturan kuasa," dimana bahan kimia pekat seperti hidrogen peroksida digunakan untuk mencerahkan warna semula jadi gigi anda. Proses ini tidak membahayakan struktur gigi. Biasanya, sebuah cahaya plasma biru akan digunakan untuk mengaktifkan gel, mempercepatkan proses dan memutihkan gigi dalam separuh masa (2). Apabila anda memilih rawatan dari klinik seperti pelunturan kuasa, gigi anda akan kemungkinan lebih tinggi untuk berubah menjadi putih kerana kegunaan peroksida yang lebih pekat dan cahaya plasma biru.
Namun, rawatan gigi kuning di klinik yang dilakukan oleh doktor gigi itu kosnya lebih tinggi. Oleh itu, kebanyakan doktor gigi akan cadangkan produk dari kaunter. Ia membuatkan pemutihan gigi mudah dan berpatutan untuk semua orang. Walau bagaimanapun, anda perlu memberi usaha dengan lebih untuk memastikan produk itu berkesan untuk gigi.
3. Produk Pemutihan Gigi Dari Kaunter
Salah satu produk yang anda biasa boleh temui di farmasi ialah whitening strips (strip pemutih gigi). Whitening strips adalah jalur plastik lutsinar yang sangat nipis yang disalut dengan gel pemutih berasaskan peroksida. Masa memakai akan berbeza-beza, bergantung pada kekuatan peroksida. Kesan awal sering dilihat dalam beberapa hari, dan biasanya bertahan selama dua hingga tiga bulan.
Ubat gigi pemutihan lebih mampan berbanding dengan penyelesaian lain. Ini kerana:
• Ubat gigi untuk gigi kuning mengandungi bahan pelelas lembut yang boleh menghilangkan kotoran ekstrinsik yang terdapat pada permukaan.
• Ubat gigi pemutih juga boleh mencerahkan warna gigi sebanyak kira-kira satu ton. Biasanya, doktor gigi menasihati penggunaannya sebagai protokol penyelenggaraan untuk mengekalkan warna gigi anda yang putih.
• Ubat gigi pemutih juga mencegah pewarnaan luaran selepas menjalani rawatan pemutihan profesional.
Ubat pemutihan rumah yang popular seperti arang, baking soda dan pudina limau telah digabungkan dengan ubat gigi untuk gigi kuning dipasaran. Anda boleh mengucapkan selamat tinggal kepada campuran DIY yang selalu bersepah. Penjagaan senyuman cerah tidak pernah semudah ini. Enzim ialah bahan terkenal yang meningkatkan kecekapan pembersihan pelbagai jenis produk (3), termasuk ubat gigi dan ubat kumur (4). Maka, ubat gigi yang mengandungi enzim adalah pilihan lain yang boleh anda pertimbangkan.
Kesimpulannya, gigi yang berubah warna tidak membawa kemudaratan kepada kesihatan tetapi boleh menjejaskan senyuman dan keyakinan diri anda.
Sebelum memilih rawatan untuk memutihkan gigi anda, jangan lupa untuk berjumpa dengan doktor gigi anda untuk penilaian dan nasihat yang tepat. Ia juga penting untuk ingat bahawa walaupun rawatan gigi kuning profesional boleh memutihkan gigi anda tetapi kesannya akhirnya akan pudar. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk sambung menggunakan produk kegunaan rumah seperti ubat gigi pemutih. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang gigi anda, lawati blog kami sekarang.
Sumber Rujukan:
- Marshall, K., Berry, T. G., & Woolum, J. (2010). Tooth whitening: current status. Compendium of continuing education in dentistry (Jamesburg, N.J. : 1995), 31(7), 486–508.
- Al-Maliky M. A. (2019). Clinical Investigation of 940 nm Diode Laser Power Bleaching: An In Vivo Study. Journal of lasers in medical sciences, 10(1), 33–36. https://ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC6499584/.
- Olsen, H. S., & Falholt, P. (n.d.). The role of enzymes in modern detergency. Journal of Surfactants and Detergents. https://link.springer.com/article/10.1007/s11743-998-0058-7.
- Aehle, B. E. D. W., Aehle, D. W., & Division, G. A. D. (2007, October 12). Industrial Enzymes. Wiley Online Library. https://onlinelibrary.wiley.com/doi/abs/10.1002/9783527617098.ch5.