Dengan melayari laman web ini, anda telah setuju dengan pengguna Cookie untuk terus menawarkan iklan dan promosi yang sesuai dengan minat anda, untuk melaksanakan statistik dan memudahkan perkongsian informasi mengenai rangkaian sosial. Untuk maklumat lebih lanjut, klik sini

Kids Teeth Cleaning - Oral Care for 2-10 Years Old

Tisu di dalam mulut kanak-kanak sangat lembut dan enamel gigi susu juga begitu sensitif. Apabila anak anda membesar dan mula makan pelbagai jenis makanan, sisa makanan mudah tersangkut pada gigi dan menyebabkan kaviti. Ia penting untuk memilih ubat gigi yang sesuai untuk menjaga kesihatan dental anak anda.

Tabiat Pemakanan Yang Betul

Kanak-kanak yang melebihi umur dua tahun sepatutnya berhenti menggunakan botol susu dan mula minum menggunakan cawan. Jangan biarkan mereka tidur dengan cecair di dalam mulut dan ajar mereka untuk makan secukupnya pada waktu pagi, tengah hari dan malam untuk mengelakkan pengambilan snek.

Ajar dan Bantu Anak Anda Untuk Menggosok Gigi Dengan Betul

Sambil mereka belajar menggosok gigi, otot dalam tangan mereka belum terbentuk sepenuhnya untuk memberus dengan efektif. Ibu bapa harus menggosok gigi bersama anak setiap malam untuk membantu dengan memerhatikan mereka dan mendongakkan dagu supaya dapat menggosok gigi dengan berkesan.

Ajar Kanak-Kanak untuk Menggosok Gigi secara Sendirian

Kanak-kanak di bawah umur 2 dan 6 tahun harus memilih berus gigi yang sesuai untuk mereka. Ajar mereka untuk menggosok gigi selepas bangun setiap hari dan sebelum tidur.

Gunakan Ubat Gigi Kanak-Kanak Yang Mengandungi Fluorida

Mereka boleh menggosok gigi menggunakan ubat gigi fluorida sebanyak saiz kacang sebaik saja mereka tahu meludah.

Jumpa Doktor Gigi Dengan Kerap

Pemeriksaan dental yang kerap menjanjikan penjagaan dan pembersihan gigi serta gusi yang sempurna. Kanak-kanak harus berjumpa doktor gigi untuk pemeriksaan oral sekurang-kurangnya sekali setahun.

Tabiat dental yang baik harus bermula sebaik saja gigi pertama muncul dari gusi. Formula Darlie Kids Care Berikan anak anda hadiah terbaik: gigi sihat dan senyman hebat!

Tip-tip Kesihatan Mulut
/
Kanak-Kanak
/
Kids Teeth Cleaning - Oral Care for 2-10 Years Old