Skip to main content

Jalan-Jalan Cari Makan bersama Darlie (Peraduan Jun-Jul'26) - Terma & Syarat

Jalan-Jalan Cari Makan bersama Darlie (Peraduan Jun-Jul'26) - Terma & Syarat

Penganjur & Kelayakan

  1. 'Jalan-Jalan Cari Makan bersama Darlie (Peraduan Jun-Jul'26)' ["Peraduan"] dianjurkan oleh Hawley & Hazel Marketing (Malaysia) Sdn Bhd, Malaysia (No. Pendaftaran 198301010293 (105656-T)) ["Penganjur"] dan terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas pada permulaan tempoh Peraduan dengan MyKad yang sah ["Peserta"]. Dengan mengambil bahagian dalam Peraduan ini, peserta dianggap telah memahami dan bersetuju untuk terikat dengan terma dan syarat-syarat Peraduan ini. Hadiah akan diberikan mengikut dan tertakluk kepada terma dan syarat-syarat ini.

  2. Individu dari kumpulan-kumpulan berikut tidak layak untuk mengambil bahagian dalam Peraduan ini:
    • Kakitangan pihak Penganjur [termasuk syarikat-syarikat berhubung dan bersabit] dan ahli-ahli keluarga terdekat mereka [anak-anak, ibu bapa, adik-beradik, termasuk suami isteri]; dan/atau
    • Perwakilan, kakitangan, pekerja dan/atau agensi perkhidmatan pengiklanan dan / atau promosi Penganjur [termasuk syarikat-syarikat bersekutu dan berkaitan], dan ahli-ahli keluarga terdekat mereka [anak-anak, ibu bapa, adik-beradik, termasuk suami isteri].
    • Individu yang mempunyai hubungan rapat dengan kakitangan Penganjur [termasuk syarikat-syarikat berhubung dan bersabit]

Tempoh Peraduan

  1. Peraduan ini akan bermula pada 01 Jun 2026 pada "00:00:001" dan berakhir pada 31 Julai 2026, pada "23:59:59" ["Tempoh Peraduan"]. Penganjur berhak untuk mengubah, melanjutkan, menggantung atau menamatkan tempoh Peraduan pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu. Semua penyertaan yang diterima di luar tempoh Peraduan akan dibatalkan secara automatik.

Penyertaan Peraduan dan Kelayakan

  1. Untuk menyertai Peraduan ini, peserta mesti membeli produk-produk Darlie bernilai minimum RM25 dan ke atas dalam satu resit rasmi asal di mana-mana cawangan rakan niaga yang mengambil bahagian di Malaysia. [Sila rujuk kepada "Senarai Kedai/ Outlet Rakan Niaga"].

    Senarai Kedai/ Cawangan Rakan Niaga yang mengambil bahagian
    • Semua Kedai/ Cawangan Rakan Niaga Darlie (Seluruh Negara Malaysia)
    • Stor Rasmi Online Darlie
      1. - Lazada Official Store
      2. - Shopee Official Store
      3. - TikTok Shop Official Store
      4. - PGMall Official Store

  2. Hanya dengan pembelian produk-produk Darlie bernilai minimum RM25 dan ke atas dalam satu resit rasmi asal di mana-mana kedai/cawangan Rakan Niaga yang mengambil bahagian di Malaysia dianggap sebagai penyertaan yang sah dalam Peraduan ini ["Bukti Pembelian"]. Setiap penyertaan dalam Peraduan ini akan menjadi milik Penganjur selepas penerimaan oleh Penganjur.

  3. Peserta perlu mengemukakan penyertaan mereka melalui WhatsApp ["Penyerahan / Mod Penyertaan"]
    • Bagaimana untuk menyertai:
    • Sebarang penyertaan lengkap dan dihantar mesti mengandungi yang berikut:
      1. Pembelian produk-produk Darlie bernilai minimum RM25 dan ke atas dalam satu resit rasmi asal di mana-mana kedai/cawangan Rakan Niaga yang mengambil bahagian di Malaysia. Resit rasmi asal mesti disimpan kerana penebus akan diminta untuk memberikan bukti pembelian apabila dihubungi.
      2. Jawab soalan:
        Ubat Gigi Darlie Double Action mengandungi pati pudina semulajadi? Ya atau Tidak
      3. WhatsApp jelas Resit Rasmi asal kepada 6018-2184377 bersama-sama dengan butiran peribadi lengkap; Nama Lengkap dan empat digit terakhir Nombor Mykad anda.
        (e.g. Sofia Bt Adel, 5522, Ya/Tidak).
    • Penganjur berhak untuk meminta bukti salinan asal Bukti Pembelian (Resit Rasmi asal) untuk pengesahan dan penebusan hadiah. Peserta diminta untuk menyimpan semua resit asal (sebagai Bukti Pembelian). Kegagalan membuat sedemikian akan mengakibatkan pembatalan kemenangan hadiah / kehilangan kelayakan untuk menebus hadiah.
    • Penyertaan Peraduan yang lengkap dengan Bukti Pembelian yang sah dan jelas (Resit Rasmi asal) yang akan dihantar melalui WhatsApp pada masa yang sama atau serentak dengan butiran peribadi akan dianggap sebagai penyertaan yang sah.
    • Penganjur tidak akan menghantar sebarang pengesahan untuk penyertaan yang diterima melalui WhatsApp.
    • Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan tetapi setiap SATU (01) resit rasmi asal hanya layak untuk SATU (01) penyertaan.
      1. Setiap Satu (1) resit rasmi asal dengan pembelian minimum RM25 dan ke atas nilai produk Darlie layak untuk SATU (1) penyertaan sahaja.

        Contohnya:
        • Satu (1) Resit rasmi asal dengan RM25 nilai produk Darlie = Satu (1) penyertaan sahaja
        • Satu (1) Resit rasmi asal dengan RM50 nilai produk Darlie = Satu (1) penyertaan sahaja
        • Penambahan pembelian kuantiti produk yang diperlukan dalam satu resit rasmi asal tidak akan menambahkan bilangan penyertaan.

  4. Semua penyertaan mesti diterima melalui WhatsApp sahaja; apa-apa bentuk penghantaran lain tidak akan diterimakan.

  5. Penyertaan/penyerahan bagi Peraduan ini menerusi WhatsApp dianggap tidak sah jika Peserta menggunakan perkhidmatan 'Mesej Dipadam' yang terdapat dalam aplikasi WhatsApp, di mana urutan mesej dan resit dipadam dalam jangka masa yang ditetapkan.

  6. Pemenang Peraduan akan dipilih berdasarkan yang berikut:
    • Penyertaan Peraduan yang lengkap, Bukti Pembelian yang sah dan jelas (Resit Rasmi asal) yang dihantar melalui WhatsApp pada masa yang sama atau serentak dengan butiran lengkap peserta; Nama Lengkap, empat digit terakhir nombor MyKad anda dan Jawapan kepada soalan.
      (Contoh: Sofia Bt Adel, 5522, Ya/Tidak)
    • Jawapan yang betul kepada soalan mesti diberikan.
    • Memberikan bukti pembelian yang sah dan jelas (Resit Rasmi asal) yang menunjukkan produk, nilai pembelian, nombor invois atau cukai, tarikh dan nama kedai/outlet. Resit yang diubahsuai dengan tidak jelas / tidak lengkap / berulang / salinan / tidak boleh dibaca akan dianggap tidak sah dan kemudian akan dikecualikan secara automatik untuk Peraduan ini.

Hadiah yang akan diberikan:

  1. Hadiah Peraduan
Peraduan Seluruh Negara Hadiah Utama A
Baucer Perjalanan ke Tokyo, Jepun bernilai RM10,000 x 1 Pemenang termasuk:
  • Tiket penerbangan kelas ekonomi pergi balik untuk dua (2) orang antara Kuala Lumpur dan Tokyo.
  • Penginapan tiga (3) malam di sebuah hotel 4 bintang.
  • Sarapan setiap hari untuk dua (2) orang semasa penginapan.
  • Satu (1) makan malam untuk dua (2) orang (sekali pakai sahaja).
Hadiah Utama B
Baucer Perjalanan ke Seoul, Korea Selatan bernilai RM10,000 x 1 Pemenang termasuk:
  • Tiket penerbangan ekonomi pergi balik untuk dua (2) orang antara Kuala Lumpur dan Seoul.
  • Penginapan tiga (3) malam di sebuah hotel 4 bintang.
  • Sarapan setiap hari untuk dua (2) orang semasa penginapan.
  • Satu (1) makan malam untuk dua (2) orang (sekali pakai sahaja).
Pemenang akan dipilih berdasarkan kaedah berikut:
  • Pemenang dipilih menerusi sistem rawak dari kumpulan penyertaan yang layak selepas tamat tempoh Peraduan.
  • Pemilihan secara rawak ini akan menentukan peruntukan hadiah seperti berikut:
    • Nombor penyertaan pertama yang dipilih akan menerima Hadiah Utama A (Baucer Perjalanan ke Tokyo, Jepun).
    • Nombor penyertaan kedua yang dipilih akan menerima Hadiah Utama B (Baucer Perjalanan ke Seoul, Korea Selatan).
Hadiah Saguhati
Baucer Grab Food Voucher bernilai RM100 x 100 pemenang

Pemenang akan dipilih berdasarkan kaedah berikut:
  • Setiap penyertaan yang sah akan diberi nombor bersiri.
  • Penyertaan yang sah dengan nombor bersiri berganda 20 sehingga nombor bersiri 1,000 akan menjadi pemenang yang terpilih.
  • Nombor bersiri: 20, 40, 60, 80 … 1,000.

(Nota: Bilangan maksimum penyertaan untuk peraduan ini ialah 1000 penyertaan. Penyertaan selepas penyertaan ke-1000 tidak akan layak untuk menang. Setiap penyertaan sah ke-20 akan menjadi pemenang Hadiah yang terpilih.)

Peraduan Eksklusif Tiga (3) Hari Dua (2) Malam Baucer Penginapan di Malaysia bernilai RM1,800 x 25 pemenang

Peruntukan hadiah (Kesemuanya 25 pemenang):
  1. Watson's Personal Care Stores Sdn Bhd x 5 pemenang
  2. Guardian Health And Beauty Sdn Bhd x 5 pemenang
  3. Lotus's Stores (Malaysia) Sdn Bhd x 5 pemenang
  4. Econsave Cash & Carry Sdn Bhd x 5 pemenang
  5. TF Value-Mart Sdn Bhd & NSK Trade City Sdn Bhd x 5 pemenang
Setiap Hadiah Eksklusif terdiri daripada penginapan hotel 3 Hari 2 Malam di Malaysia, bernilai RM1,800 termasuk:
  • Dua (2) malam penginapan hotel untuk dua (2) orang.
  • Sarapan harian untuk dua (2) orang semasa penginapan.
  • Satu (1) makan malam untuk dua (2) orang (sekali pakai sahaja).
Pemenang akan dipilih berdasarkan kaedah berikut:
  • Pemenang akan dipilih menerusi sistem rawak dari kumpulan penyertaan yang layak termasuk Pemenang bagi Hadiah Utama A & B.

Peserta yang telah menyerahkan resit (Bukti Pembelian) bagi pembelian yang khususnya dibuat dari kedai yang terlibat sewaktu Tempoh Peraduan, secara otomatik layak menyertai Peraduan ini.

Dali Program Eksklusif Peruntukan hadiah (Kesemuanya 39 pemenang):

Hadiah Utama: Baucer Perjalanan bernilai RM1,000 X 13 pemenang
  1. UTARA - C-MART HOLDING x 1 pemenang
  2. UTARA – SUNSHINE GROUP x 1 pemenang
  3. CENTRAL - CHECKERS GROUP x 1 pemenang
  4. CENTRAL - CS BROTHERS GROUP x 1 pemenang
  5. CENTRAL - ST ROSYAM & SRI TERNAK GROUP x 1 pemenang
  6. MELAKA - FAMILY STORE CHAIN x 1 pemenang
  7. JOHOR - TARGET GROUP x 1 pemenang
  8. JOHOR - HWA THAI GROUP x 1 pemenang
  9. PANTAI TIMUR - PANTAI SELAMAT GROUP x 1 pemenang
  10. PANTAI TIMUR - SABASUN GROUP x 1 pemenang
  11. PANTAI TIMUR - ECONJAYA GROUP x 1 pemenang
  12. SABAH - SERVAY GROUP x 1 pemenang
  13. SARAWAK - EMART GROUP x 1 pemenang
Hadiah Saguhati: Baucer Perjalanan bernilai RM500 X 26 pemenang
  1. UTARA - C-MART HOLDING x 2 pemenang
  2. UTARA – SUNSHINE GROUP x 2 pemenang
  3. CENTRAL - CHECKERS GROUP x 2 pemenang
  4. CENTRAL - CS BROTHERS GROUP x 2 pemenang
  5. CENTRAL - ST ROSYAM & SRI TERNAK GROUP x 2 pemenang
  6. MELAKA - FAMILY STORE CHAIN x 2 pemenang
  7. JOHOR - TARGET GROUP x 2 pemenang
  8. JOHOR - HWA THAI GROUP x 2 pemenang
  9. PANTAI TIMUR - PANTAI SELAMAT GROUP x 2 pemenang
  10. PANTAI TIMUR - SABASUN GROUP x 2 pemenang
  11. PANTAI TIMUR - ECONJAYA GROUP x 2 pemenang
  12. SABAH - SERVAY GROUP x 2 pemenang
  13. SARAWAK - EMART GROUP x 2 pemenang
Pemenang akan dipilih berdasarkan kaedah berikut:
  • Pemenang akan dipilih menerusi sistem rawak dari kumpulan penyertaan yang layak termasuk Pemenang bagi Hadiah Utama A & B.

Peserta yang telah menyerahkan resit (Bukti Pembelian) bagi pembelian yang khususnya dibuat dari kedai yang terlibat sewaktu Tempoh Peraduan, secara otomatik layak menyertai Peraduan ini.

Terma dan Syarat Baucar Perjalanan & Penginapan Hotel Terma & Syarat-syarat Hadiah
  1. Baucer Perjalanan perlu ditebus pada tempoh dinyatakan di baucer.
  2. Tarikh Perjalanan & penginapan Hotel tertakluk kepada ketersediaan ketika penebusan dibuat dan tempahan awal perlu dibuat.
  3. Perkhidmatan penghantaran dari lapangan terbang ke hotel tidak termasuk dalam pakej hadiah.
  4. Sebarang perbelanjaan tambahan yang tidak dinyatakan dalam keterangan hadiah (termasuk insurans perjalanan, bayaran visa, perbelanjaan peribadi, makanan tambahan, perkhidmatan pengangkutan atau cukai di mana berkenaan) akan ditanggung oleh pemenang.
  5. Hadiah tidak boleh dipindah-milik, dipulangkan dan tidak boleh ditukar dengan wang tunai atau barangan lain.

  1. Pemilihan pemenang peraduan akan dibuat selepas Tempoh Peraduan tamat.
  1. Sekiranya penyertaan Peraduan yang diterima tidak mencukupi untuk memudahkan pemilihan pemenang bagi SEMUA Hadiah yang ditawarkan. Penganjur berhak untuk membatalkan hadiah yang selebihnya kerana penyertaan yang tidak mencukupi tanpa notis terlebih dahulu.

  2. Penganjur berhak untuk mengkaji semula, menunda, menangguhkan cabutan hadiah dan tarikh pemberitahuan tanpa notis terlebih dahulu.

  3. Setiap peserta hanya layak untuk memenangi SATU (01) hadiah sepanjang tempoh Peraduan. Sekiranya seorang peserta layak menerima lebih daripada satu hadiah, peserta tersebut hanya layak menerima hadiah yang mempunyai nilai tertinggi, dan semua hadiah lain akan dilucuthakkan.

  4. Hadiah tidak boleh dipindah milik dan tidak boleh ditukar kepada sebarang hadiah lain.

  5. Peraduan hadiah adalah sah ditawarkan pada asas pertama datang, pertama berkhidmat dan / atau sementara stok masih ada.

  6. Penebus perlu menunjuk bukti identiti dan Bukti Pembelian (Resit Rasmi asal) semasa atau sebelum Hadiah Peraduan untuk tujuan pengesahan dan pemeriksaan. Resit rasmi asal yang diubahsuai / tidak jelas / tidak lengkap / berulang / Salinan / tidak boleh dibaca akan dianggap tidak sah dan kemudian akan secara automatik terbatal dari Peraduan ini.

  7. Penganjur berhak untuk menggantikan mana-mana hadiah dengan barangan yang sama nilainya pada bila-bila masa mengikut budi bicara mutlak mereka tanpa notis terlebih dahulu. Semua hadiah tidak boleh dipindah milik, diserah hak, ditukar, tidak boleh dikembalikan dan tidak boleh ditukar kepada hadiah lain/wang atau ditebus oleh Peserta dalam apa-apa bentuk lain atau cara lain daripada yang ditetapkan oleh Pihak Penganjur.

  8. Hadiah diberikan berasaskan "keadaan sedia ada." Hadiah hendaklah digunakan/diambil atas risiko Peserta sepenuhnya dan Penganjur sama sekali tidak memberi sebarang jaminan mahupun menanggung sebarang liabiliti berhubung dengan Hadiah setakat yang dibenarkan di bawah undang-undang. Sekiranya apa-apa isu timbul daripada penggunaan hadiah yang telah dimenangi, Penganjur atau agensi tidak akan bertanggungjawab. Oleh itu, penebus dikehendaki untuk berhubung dengan pembekal hadiah terlibat.

Pengumuman Pemenang Peraduan

  1. Senarai Pemenang akan diumumkan / dimaklumkan melalui telefon, WhatsApp, e-mel atau mana-mana media lain yang dianggap sesuai oleh Penganjur atau pihak ketiga dalam tempoh 60 Hari selepas Peraduan berakhir.

  2. Sekiranya Hadiah dimenangi, semua hadiah mesti ditebuskan dalam tempoh 2 bulan dari tempoh pemakluman/ notifikasi. Penganjur tidak akan melayan sebarang permintaan untuk penundaan tempoh Peraduan. Jika tidak, hadiah akan dihantar kepada pemenang melalui syarikat kurier yang diarahkan dalam tempoh 90 Hari selepas Peraduan berakhir.

  3. Penganjur berhak untuk membatalkan kelayakan peserta yang tidak mematuhi prosedur penebusan hadiah seperti yang ditentukan oleh Penganjur.

  4. Penganjur berhak melantik pihak ketiga untuk mengendalikan proses pengesahan pemenang Peraduan dan untuk tujuan penghantaran hadiah.

  5. Semua panggilan atau sesi hubungan mungkin dipantau dan dirakam untuk tujuan penyimpanan rekod, latihan dan tujuan jaminan kualiti sama ada oleh Penganjur atau pihak ketiga yang dilantik.

Perlucutan Kelayakan

Penyertaan berikut akan disingkirkan:

  • Penyertaan yang tidak jelas, tidak lengkap, berulang, salinan, tidak boleh dibaca, tidak betul/sah atau salah; dan / atau
  • penyertaan yang melanggar Terma dan Syarat, mana-mana undang-undang dan /atau peraturan yang berkuat kuasa.

Selain itu, Penganjur berhak untuk melucutkan kelayakan mana-mana Peserta yang:

  • menjejaskan, telah atau cuba menjejaskan perjalanan Peraduan dengan pemalsuan, penipuan atau pendayaan; dan / atau
  • tidak layak atau tidak dapat mengemukakan bukti kelayakan untuk mengambil bahagian dalam Peraduan apabila diminta untuk pengesahan oleh Penganjur.
  • Sekiranya perlucutan kelayakan berlaku selepas Hadiah diberikan, Penganjur berhak untuk menuntut pemulangan Hadiah atau bayaran nilainya daripada Peserta yang lucut kelayakan.

Liabiliti & Tanggungjawab

  1. Semua kos dan perbelanjaan yang ditanggung dan/atau timbul daripada Penyertaan dalam Peraduan, termasuk tanpa terhad kepada caj telekomunikasi, rangkaian, Khidmat Pesanan Ringkas (SMS), pos dan semua caj lain sedemikian dan perbelanjaan sendiri yang mungkin dibelanjakan oleh Peserta semasa atau berhubung dengan Peraduan hendaklah ditanggung oleh Peserta.

  2. Bukti penghantaran Penyertaan bukan bukti penerimaan, dan Penganjur tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap sebarang Penyertaan yang lewat, hilang, rosak dan/atau Penyertaan yang tidak diterima. Penganjur tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kesilapan, ketinggalan, gangguan, pemotongan, kerosakan, kelewatan, kegagalan operasi atau transmisi, kegagalan talian komunikasi, kecurian atau kemusnahan, capaian tanpa izin, atau perubahan komunikasi pengguna atau ahli, atau sebarang masalah atau gangguan teknikal terhadap sebarang rangkaian atau talian telekomunikasi, sistem komputer dalam talian, pelayan atau penyedia perkhidmatan, peralatan komputer, sistem, perisian, kegagalan e-mel atau penerimaan Penyertaan disebabkan oleh masalah teknikal atau kesesakan lalu lintas di internet. Peserta bertanggungjawab untuk memastikan bahawa Penyertaan Peraduan mematuhi semua peraturan, terma dan syarat-syarat Peraduan, dan bahawa penyertaan adalah mengikut format/bentuk yang dikehendaki oleh Penganjur.

  3. Dengan menyertai Peraduan, anda memberi kebenaran kepada Penganjur untuk memproses data peribadi anda yang disediakan untuk tujuan seperti yang dinyatakan.

  4. Penganjur mempunyai hak untuk memilih pihak ketiga ["Agensi"] untuk memproses data peribadi pembeli.

  5. Penganjur hendaklah mengambil langkah-langkah yang diperlukan untuk memastikan bahawa data peribadi pembeli dilindungi. Agensi juga akan mematuhi langkah-langkah pencegahan yang sama.

  6. Dengan menyertai Peraduan ini, semua peserta bersetuju untuk melindungi, melepaskan, dan tidak mempertanggungjawabkan Penganjur, syarikat pegangan, anak syarikat atau syarikat berkaitannya, agensi-agensi, kakitangan, pegawai, para pengarah, ejen, penaja dan/atau wakilnya daripada sebarang dan segala kerugian, hak, tuntutan, tindakan dan kerosakan (termasuk kerosakan khas, tidak langsung dan lanjutan) yang timbul daripada atau ditanggung akibat Penyertaan Peserta dalam Peraduan, penerimaan dan/atau penggunaan mana-mana Hadiah, Penyertaan Peserta dan/atau persamaannya berkaitan dengan Peraduan atau pelanggaran Terma dan Syarat.

  7. Semua kos dan perbelanjaan yang ditanggung dan/atau timbul daripada Penyertaan dalam Peraduan, termasuk tanpa terhad kepada caj telekomunikasi, rangkaian, Khidmat Pesanan Ringkas (SMS), pos dan semua caj lain sedemikian dan perbelanjaan sendiri yang mungkin dibelanjakan oleh Peserta semasa atau berhubung dengan Peraduan hendaklah ditanggung oleh Peserta. Penganjur tidak mempunyai kewajiban untuk menggantikan Peserta bagi mana-mana kos dan perbelanjaan yang timbul.

  8. Peserta mengakui bahawa penyertaan mereka dalam Peraduan adalah atas risiko mereka sendiri.

  9. Penganjur, syarikat pegangan, anak syarikat atau syarikat berkaitannya, agensi-agensi, kakitangan, pegawai, para pengarah, ejen, penaja dan/atau wakilnya tidak akan bertanggungjawab dan / atau berkewajiban kepada mana-mana Peserta sehubungan dengan:
    1. sebarang kegagalan untuk memenangi Hadiah dalam Peraduan, Hadiah yang rosak disebabkan oleh kecuaian, perbuatan dan/ atau penyalahgunaan Hadiah atau sebarang kerugian lain, kerosakan, kos, perbelanjaan, tuntutan, liabiliti, kecederaan, kematian, kemalangan yang dialami oleh Peserta semasa Peraduan atau yang timbul daripada atau berkaitan dengan penyertaan peserta dalam Peraduan dan/ atau Hadiah yang diberikan.
    2. sebarang penundaan dan/atau kegagalan dalam menerima dan menghantar Penyertaan sebagai akibat daripada kegagalan rangkaian, komunikasi, ISP atau gangguan sistem, gangguan dan / atau kegagalan yang dialami oleh Penganjur atau penyedia perkhidmatan telekomunikasi Peserta dan / ataupun yang berpunca daripada penyertaan atau muat turun mana-mana bahan dalam Peraduan.
    3. sebarang kesilapan (termasuk kesilapan dalam pemberitahuan kepada peserta Peraduan), kegagalan, gangguan, penghapusan, kecacatan, kelewatan dalam operasi atau penghantaran, kegagalan jalur komunikasi, pencurian, pemusnahan, pengubahan atau akses penyertaan yang tidak sah, atau penyertaan yang hilang atau tertunda sama ada timbul atau tidak semasa operasi atau siaran sebagai akibat daripada fungsi server, virus, bug atau sebab-sebab yang lain di luar kawalan Penganjur.

  10. Penganjur, ejen, penaja dan/atau wakilnya tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk menunaikan mana-mana kewajipan mereka berhubung dengan Peraduan dan Terma dan Syarat jika mereka tidak dapat berbuat demikian disebabkan keadaan di luar kawalan mereka dan dalam keadaan sedemikian mereka tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk membayar pampasan kepada Peserta dalam apa cara sekalipun.

Kriteria Penilaian

Keputusan Pihak Penganjur adalah muktamad. Sebarang surat menyurat, pertanyaan, rayuan, aduan dan/ atau bantahan tidak akan diterima atau dilayani.


Pengiklanan

Dengan penerimaan Hadiah, Peserta dianggap memberi kebenaran kepada Penganjur dan agensi-agensinya untuk menggunakan nama dan / atau gambar-gambar peserta bagi tujuan publisiti, pengiklanan dan /atau pemasaran tanpa sebarang notis dan / atau pampasan.


Perubahan Terma & Syarat

Penganjur berhak untuk mengubah, memindah, memadam atau menambah Terma dan Syarat Peraduan ini tanpa notis terlebih dahulu pada bila-bila masa dan Peserta terikat kepada perubahan tersebut.


Penggantungan

Penganjur juga berhak untuk membatalkan, mengubah atau menangguhkan Peraduan ini dalam kes keadaan yang tidak dijangka di luar kawalan yang munasabah.


Undang-undang Perlindungan Data Peribadi 2010

Notis di bawah Seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ("PDPA") kepada pengguna Hawley & Hazel Marketing (M) Sdn. Bhd.

Pengguna yang dihormati,
Di bawah PDPA, terdapat beberapa keperluan yang mengawal pemprosesan data peribadi anda sebagai individu ("Individu"). Ia memaklumkan individu tentang hak-hak anda di bawah PDPA, termasuk tindakan yang boleh diambil oleh individu untuk melaksanakan hak-hak tersebut dan akibatnya, secara khususnya: -

  1. Bahawa kami ["Penganjur"] mengumpul data peribadi Individu daripada Penyertaan Peraduan;

  2. Data peribadi individu dikumpulkan / diproses untuk tujuan Peraduan dan pemasaran
    • Pengesahan identiti Individu
    • Memaklumkan Individu jika Individu adalah peserta yang dipilih;
    • Melaksanakan urusan Peraduan;
    • Tujuan promosi, pemasaran dan / atau pentadbiran;
    • Statistik dan Pentargetan Semula: melaksanakan analisis data dan statistik anonim dan lebih kerap memaparkan iklan yang relevan kepada Individu apabila Individu melawat laman web lain;
    • Tujuan lain seperti yang dikehendaki mengikut undang-undang, termasuk tetapi tidak terhad kepada prosedur mahkamah, siasatan jenayah atau pendakwaan atau apabila diperintahkan oleh mana-mana pihak berkuasa yang berwenang;

  3. Individu berhak untuk mengakses dan membetulkan data peribadi Individu;

  4. Data peribadi individu dikongsi kepada Agensi / Penganjur yang dilantik untuk tujuan pemprosesan;

  5. Data peribadi yang diminta daripada individu hanya akan digunakan untuk tujuan yang dinyatakan;

  6. Data peribadi yang diminta adalah wajib dan maklumat yang tidak lengkap, akan menyebabkan penyertaan Individu terbatal;

  7. Sekiranya Individu telah disahkan sebagai Penebus, sebarang perubahan kepada data peribadi individu harus dimaklumkan kepada Penganjur;

  8. Pemindahan Data Peribadi kepada Pihak Ketiga
    • Dengan menyertai Peraduan ini, Individu bersetuju bahawa Penganjur boleh memindahkan data peribadi Individu kepada pihak ketiga dan anak syarikat Penganjur, di antaranya pihak ketiga tersebut dan / atau anak syarikat kami mungkin terletak di luar negara Individu, untuk melaksanakan tujuan yang dinyatakan dalam Terma dan Syarat ini tanpa notis selanjutnya.
    • Maklumat dan data peribadi Individu disimpan dan dikekalkan di [pangkalan data elektronik, kemudahan, pelayan dan pelayan cadangan Penganjur, syarikat berkaitan, dan / atau pihak ketiga yang dibenarkan oleh Penganjur] yang mungkin terletak di luar negara Individu, di mana perlindungan undang-undang dan standard keperluan keselamatan mungkin tidak setara dengan yang disediakan oleh dan diwajibkan secara sah oleh undang-undang dan peraturan yang berkenaan di negara Individu. Individu dengan ini bersetuju dengan pemindahan, penyimpanan, penyelenggaraan dan pengekalan semua maklumat dan data Individu di pangkalan data elektronik, kemudahan, pelayan dan pelayan sandaran yang ditentukan oleh kami, yang terletak di luar negara Individu untuk tujuan yang dinyatakan dalam Terma dan Syarat ini.

  9. Sekiranya Individu mempunyai sebarang permintaan (termasuk Penarikan Diri), pertanyaan atau komen mengenai perlindungan data peribadi atau amalan kami, sila e-mel kepada [hhdataprivacy@darlie.com].

  10. Untuk maklumat lanjut mengenai pengumpulan dan pemprosesan data dan isu-isu yang berkaitan, sila meneliti laman web kami https://www.darlie.com.my/en/corporate-info/privacy .

Am

Sekiranya terdapat mana-mana peruntukan dalam terma dan syarat-syarat ini yang ternyata tidak tepat atau tidak boleh dikuatkuasakan, maka ketidaktepatan tersebut tidak boleh menjejaskan peruntukkan-peruntukan yang lain yang tetap berkuasa dan kekal di dalam Terma dan Syarat ini.

Terma dan Syarat Peraduan hendaklah diertikan, ditadbir dan ditafsirkan menurut undang-undang Malaysia.


Tip-tip Kesihatan Mulut
/
T&C
/
Jalan-Jalan Cari Makan bersama Darlie (Peraduan Jun-Jul'26) - Terma & Syarat