Dengan melayari laman web ini, anda telah setuju dengan pengguna Cookie untuk terus menawarkan iklan dan promosi yang sesuai dengan minat anda, untuk melaksanakan statistik dan memudahkan perkongsian informasi mengenai rangkaian sosial. Untuk maklumat lebih lanjut, klik sini
Ibu: Tugasan paling mulia di muka bumi

Ibu: Tugasan paling mulia di muka bumi

Mother: The most noble responsibility on Earth

Setiap insan yang diberi peluang menjadi seorang ibu semestinya terbit pelbagai rasa di dalam jiwa saat menantikan detik indah ini dalam kehidupan. Tiada siapa dapat menidakkan kepayahan yang dilalui oleh ibu dari saat bermulanya kandungan, menghadapi proses kelahiran dan diikuti pula dengan penjagaan bayi selepas itu. Namun segalanya mereka hadapi dengan penuh sabar dan tenang di sebalik kepenatan menyelesaikan urusan harian lain. Oleh kerana itulah, darjat seorang ibu begitu mulia disisi agama dan masyarakat secara amnya.

Mother: The most noble responsibility on Earth

Perkara pertama yang perlu diberikan perhatian semestinya pembahagian masa. Kini anda tidak hanya menguruskan diri sendiri. Anda bertanggungjawab untuk menjaga si kecil yang mempunyai keperluannya sendiri. Pada peringkat awal pastinya anda dalam proses mengadaptasi pada susunan dan aturan keperluan si kecil. Oleh itu pastikan anda mempunyai sistem sokongan yang baik. Bincanglah bersama pasangan dan ahli keluarga sekiranya ada masalah yang timbul. Ini penting agar emosi anda sentiasa stabil yang secara tidak langsung akan member kesan kepada perkembangan anak kelak. Tidak kurang juga anda yang mahukan sedikit masa untuk diri sendiri khususnya apabila sudah kepenatan. Sesungguhnya, anda berhak untuk itu dan pastikan terdapat seseorang yang boleh menemani anda dan sudi mendengar luahan masalah anda.

Mother: The most noble responsibility on Earth

Pernahkah kita terfikir bagaimana ibu kita dahulu menjalankan tanggungjawabnya saat membesarkan kita? Mungkin ini masa yang sesuai untuk anda lebih merapatkan hubungan yang sedia terjalin dengan banyak bertanya pada ibu dan ibu mertua anda. Perbezaan zaman yang disertai hadirnya teknik dan teknologi yang berbeza serta lebih maju di mana semuanya bergerak lebih pantas menjadikan informasi lebih mudah didapati. Namun terdapat juga teknik dan cara tradisional yang memberi kesan lebih pantas dan efektif selain ia bersifat lebih semula jadi dan selamat. Pokok pangkalnya anda harus ringan mulut dan untuk bertanya dan tidak segan menerima pandangan orang lain.

Mother: The most noble responsibility on Earth

Ingatlah anda tidak keseorangan dan mungkin ada sahaja mereka di sekeliling yang pernah mengalami situasi yang seperti anda sedang risaukan. Banyak yang memilih untuk hanya berpandukan carian di laman sesawang dan sosial media. Tidak dinafikan ia merupakan gaya terkini dan perkongsian dari ibu-ibu lain sememangnya mempunyai nilai yang tersendiri. Pilih dan bandingkan antara satu dengan lain supaya anda mendapat pilihan yang praktikal sesuai dengan gaya hidup dan kehendak anda. Juga jangan abaikan keperluan dan minat peribadi anda hanya kerana sudah bergelar seorang ibu. Jika dunia kesihatan menjadi pilihan, mungkin nada kini boleh cuba untuk melakukan yoga sambil menjaga si kecil. Ada sahaja pilihan yang sesuai untuk si ibu muda kekal hip dan terkini. Paling penting anda mahu mencuba tanpa mengabaikan tanggung jawab baru anda ini.

Tip-tip Kesihatan Mulut
/
Lain-lain
/
Ibu: Tugasan Paling Mulia di Muka Bumi