Skip to main content

Garis Senyuman Pergigian & Gigi Gummy: Punca, Variasi & Rawatan

Pernahkah anda sedar dimana setiap kali anda melihat orang ketawa, ada antara mereka yang secara biasa menunjukkan lebih banyak gusi daripada yang lain? Tambahan pula, ada juga sesetengah orang yang mendedahkan sejumlah besar tisu gusi dan gigi mereka walaupun mereka hanya bercakap. Dalam istilah pergigian, ini dirujuk sebagai Garisan Senyuman, dan jenis garisan senyuman yang anda miliki boleh mempengaruhi senyuman anda secara langsung.

Apakah itu garis senyuman gigi?


Senyuman terdiri daripada bibir, gigi, dan gusi (gingiva), yang semuanya berfungsi dengan harmoni untuk mencapai senyuman yang cantik dan yakin. Garis senyuman juga merupakan penilaian garis bibir apabila tersenyum. Apabila senyuman mengembang, gigi terdedah, dan kadang kala gusi juga. Terdapat tiga jenis garis senyuman iaitu garis senyuman tinggi, garis senyuman sederhana dan garis senyuman rendah.1
Garis senyuman tinggi: Senyuman yang menunjukkan saiz penuh gigi hadapan bersama sejumlah besar gingiva. Ia juga dikenali sebagai garis senyuman gingival atau senyum gusi.

Garis senyuman sederhana: Senyuman yang menunjukkan ⅔ daripada gigi depan atas, dan dengan hanya sebahagian kecil gingiva yang kelihatan.

Garis senyuman rendah: Senyuman yang menunjukkan kurang daripada ⅔ gigi depan atas, dan hampir tiada gingiva kelihatan.

Orang dengan garis senyuman rendah cenderung untuk kelihatan lebih muda, manakala mereka yang mempunyai garis senyuman tinggi cenderung untuk kelihatan kurang menarik kerana lebih banyak gusi kelihatan

Faktor apa yang boleh pengaruh garis senyuman?


Terdapat banyak faktor berbeza yang boleh menjadi pengaruh dan penyebab gummy smile anda, termasuk:2

- Saiz, bentuk dan mobiliti bibir
- Otot muka
- Saiz dan bentuk gigi
- Jumlah tisu gusi
- Ketinggian rahang atas

Apa yang Boleh Dilakukan untuk Mencapai Garis Senyuman Ideal?


Senyuman yang cantik dan yakin adalah antara tujuan utama rawatan ortodontik dan gusi. Mempunyai garis senyuman gigi yang rendah, sederhana atau tinggi tidak semestinya bermakna rawatan diperlukan. Walaubagaimanapun, ini mungkin menunjukkan kehadiran keadaan pergigian yang mungkin perlu ditangani, termasuk senyum gusi. Berikut ialah beberapa cara mengatasi gummy smile dan prosedur yang boleh membantu anda mencapai garis senyuman pergigian yang ideal.

1. Ortodontik (Pendakap Gigi) dan Pembedahan Rahang


Jika garis senyuman tinggi anda disebabkan oleh cara tulang rahang atas anda membentuk, anda mungkin perlu menjalani pembedahan ortodontik dan rahang untuk membetulkan masalah tertentu seperti gigitan anda dan pertumbuhan berlebihan rahang atas.

2. Pembedahan Kosmetik Gusi dan Bibir


Sebagai alternatif, anda boleh memilih rawatan kosmetik untuk mencantikkan senyuman anda melalui penyingkiran atau pembentukan semula tisu gusi. Salah satu prosedur yang selalu dipilih ialah pembedahan ubahsuai bibir atas. Ini dilakukan untuk menyekat tarikan otot otot bibir untuk mengurangkan jumlah gusi yang kelihatan apabila tersenyum. Satu lagi prosedur kosmetik terkenal adalah botox, yang digunakan untuk mengendurkan otot bibir hiperaktif. Otot itu adalah penyebab gummy smile anda. Apabila disuntik di kawasan antara bibir atas dan hidung anda, otot yang mengecut atau terangkat apabila anda tersenyum akan dibeku sementara, membolehkan anda tersenyum tanpa menunjukkan gusi anda.

3. Veneer Porcelain


Veneer adalah kepingan nipis dibuat seramik yang menutupi permukaan hadapan gigi, bagi menggantikan sebarang struktur gigi yang hilang. Jika garis senyuman rendah anda disebabkan oleh gigi yang rosak, gigi kecil atau lengkung rahang yang sempit, veneer porcelain adalah salah satu cara mengatasi gummy smile dimana saiz gigi ditingkatkan dan memberikan anda senyuman yang lebih luas.

Penjagaan Gusi Adalah Keperluan Terutamanya Jika Anda Mempunyai Senyuman Gummy


Senyuman gusi atau gigi gummy adalah keadaan yang digunakan untuk menggambarkan pendedahan gusi berlebihan apabila seseorang bersenyum. Mempunyai senyuman gusi boleh menjejaskan keyakinan diri seseorang. Malah, sesetengah orang yang mempunyai gigi gummy akan cuba mengelak untuk senyum dengan kerap kerana bimbang tentang penampilan mereka.

Keadaan ini boleh dikaitkan dengan kesihatan mulut yang lemah, dan mungkin memerlukan rawatan perubatan kerana ia boleh menyebabkan gusi yang meradang dan menyakitkan, nafas berbau (halitosis) dan juga penyakit gusi. Kebanyakan orang tidak mengetahui tentang penyakit gusi dan komplikasinya kerana ia biasanya tidak menyakitkan. Namun demikian, ia tidak sama untuk seseorang yang mempunyai gummy smile kerana gusinya tidak ditutup oleh bibir atas. Oleh itu, penjagaan gusi dengan baik adalah lebih penting bagi mereka, selain daripada rawatan.

6 Cara Memastikan Gusi dan Gigi Anda Sihat


Penyakit gusi pasti boleh dicegah dengan kebersihan mulut yang bagus. Berikut ialah beberapa cara anda boleh membantu memastikan gusi dan gigi anda sihat.

1. Berus gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari


Memberus gigi anda dua kali sehari membantu membersihkan dan mengeluarkan makanan dan plak yang mungkin terperangkap di antara gigi dan gusi anda. Pertimbangkan mengunakan berus gigi elektrik kerana ia membersihkan dengan lebih berkesan berbanding berus manual dan akan mengurangkan risiko gingivitis.

2. Flos sekurang-kurangnya sekali sehari


Ini membantu mengeluarkan plak dan makanan yang berada di luar capaian berus gigi anda. Biasanya anda disyorkan untuk menggunakan flos sebelum memberus gigi.

3. Gunakan ubat gigi berfluorida yang dirumus untuk melindungi gusi anda


Rawatan yang disasarkan akan lebih berkesan dan cekap. Dalam penjagaan gusi, sentiasa dapatkan ubat gigi berfluorida yang dirumus khas untuk meningkatkan kesihatan gusi. Memberus gigi anda setiap hari dengan ubat gigi yang dirumus khas untuk gusi dan gigi kuat dapat membantu melindungi gusi anda dan menguatkan gigi anda.

4. Gunakan ubat kumur terapeutik


Selain daripada flos dan memberus dengan kerap, kumur mulut anda dengan ubat kumur terapeutik. Mereka boleh membantu mengurangkan plak, mencegah atau mengurangkan gingivitis, dan mengurangkan pertumbuhan tartar.

5. Pergi untuk pemeriksaan pergigian mengikuti jadual


Doktor gigi anda boleh mengesan tanda-tanda awal penyakit gusi dan merawatkan jika anda melawatnya dengan kerap. Scaling dan polishing adalah cara terbaik untuk membuang karang gigi dan mengeluarkan sebarang plak yang mungkin anda terlepas semasa memberus gigi atau flos.

6. Berhenti merokok


Merokok adalah salah satu punca penyakit gusi kerana ia melemahkan sistem imun anda dan membuatnya lebih sukar untuk badan anda melawan jangkitan gusi, sekiranya sudah terjangkit. Merokok juga melambatkan masa pemulihan gusi yang rosak.

Senyuman anda adalah harta yang paling berharga, dan walaupun gigi gummy dan garis senyuman pergigian mungkin merupakan keadaan pseudo-kekal, perkara yang boleh dan patut anda lakukan untuk menjaga dan mengekalkan senyuman cerah anda adalah untuk memastikan gigi dan gusi anda sihat. Mulakan dengan memilih ubat gigi yang sesuai untuk gigi dan gusi anda, dan kesihatan pergigian yang baik akan datang secara semulajadi kepada anda.

Sumber Rujukan:

 

  1. Tjan, A. H., Miller, G. D., & The, J. G. (1984). Some esthetic factors in a smile. The Journal of prosthetic dentistry, 51(1), 24-28.

  2. Silberberg, N., Goldstein, M., & Smidt, A. (2009). Excessive gingival display–etiology, diagnosis, and treatment modalities. Quintessence Int, 40(10), 809-18.
Tip-tip Kesihatan Mulut
/
Pergigian
/
Garis Senyuman Pergigian & Gigi Gummy: Punca, Variasi & Rawatan