Skip to main content

E-Duit Raya (Penebusan di Malaysia Apr’24) - Terma & Syarat

E-Duit Raya (Penebusan di Malaysia Apr’24) – Terma & Syarat


Penganjur & Kelayakan

  1. ‘E-Duit Raya (Penebusan di Malaysia Apr’24)’ [“Program Penebusan"] dianjurkan oleh Hawley & Hazel Marketing (Malaysia) Sdn Bhd, Malaysia (No. Pendaftaran 198301010293 (105656-T)) [“Penganjur"] dan terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas pada permulaan tempoh Program Penebusan dengan MyKad yang sah [“Peserta”]. Dengan mengambil bahagian dalam penebusan ini, peserta dianggap telah memahami dan bersetuju untuk terikat dengan terma dan syarat-syarat Program Penebusan ini. Penebusan Hadiah adalah mengikut dan tertakluk kepada terma dan syarat-syarat ini.

  2. Individu dari kumpulan-kumpulan berikut tidak layak untuk mengambil bahagian dalam Program Penebusan ini:
    • Kakitangan pihak Penganjur [termasuk syarikat-syarikat berhubung dan bersabit] dan ahli-ahli keluarga terdekat mereka [anak-anak, ibu bapa, adik-beradik, termasuk suami-isteri]; dan/atau
    • Perwakilan, kakitangan, pekerja dan / atau agensi perkhidmatan pengiklanan dan/ atau promosi Penganjur [terdapat juga syarikat-saham bersekutan dan berkaitannya], dan ahli keluarga terdekat mereka (anak-anak, ibu bapa, adik-beradik, termasuk suami-isteri).
    • Individu yang mempunyai hubungan rapat dengan kakitangan Penganjur [termasuk syarikat-syarikat berhubung dan bersabit]

Tempoh Penebusan

  1. Program Penebusan ini akan bermula pada 01 April 2024 pada "00:00:001" dan berakhir pada 30 April 2024, pada "23:59:59" [“Tempoh Penebusan”]. Penganjur berhak untuk mengubah, melanjutkan, menggantung atau menamatkan tempoh Penebusan pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu. Semua penyertaan yang diterima di luar tempoh Penebusan akan dibatalkan secara automatik.
  2. Program Penebusan ini akan berjalan selama empat (4) minggu seperti bawah:
    1. Minggu 1: 1/4/2024 – 7/4/2024
    2. Minggu 2: 8/4/2024 – 14/4/2024
    3. Minggu 3: 15/4/2024 – 21/4/2024
    4. Minggu 4: 22/4/2024 – 30/4/2024

Penyertaan Penebusan dan Kelayakan

  1. Untuk menyertai Penebusan, peserta mesti membeli produk Darlie bernilai minimum RM25 dalam satu Resit rasmi asal di mana-mana kedai/outlet rakan niaga yang mengambil bahagian di seluruh negara Malaysia. [baca “Kedai/Outlet Rakan Niaga yang mengambil bahagian”].

    Senarai Kedai/Outlet Rakan Niaga yang mengambil bahagian
    • Semua Kedai/ Outlet Rakan Niaga Darlie (Seluruh Negara Malaysia)
    • Stor Rasmi Online Darlie (Lazada & Shopee)

  2. Hanya dengan pembelian produk Darlie bernilai minimum RM25 dalam satu Resit Rasmi asal di mana-mana Kedai/ Outlet Rakan Niaga yang mengambil bahagian di seluruh negara Malaysia. (dengan Resit Rasmi asal yang sah dikeluarkan dalam Tempoh Penebusan) dianggap sebagai penyertaan yang sah dalam Penebusan ini [“Bukti Pembelian”]. Setiap penyertaan dalam Program Penebusan akan menjadi milik Penganjur selepas penerimaan oleh Penganjur.

  3. Peserta perlu mengemukakan penyertaan mereka melalui WhatsApp ["Penyerahan / Mod Penyertaan"]
    • Bagaimana untuk menyertai:
    • Setiap penyertaan mesti dilengkapi seperti berikut:
      1. Pembelian minimum RM25 produk Darlie dalam satu Resit Rasmi asal di mana-mana Kedai/ Outlet Rakan Niaga yang mengambil bahagian di seluruh negara Malaysia. Resit rasmi asal mesti disimpan kerana penebus akan diminta untuk memberikan bukti pembelian apabila dihubungi.
      2. WhatsApp jelas Resit Rasmi asal kepada 6011-2097 7199 bersama-sama dengan butiran peribadi lengkap; Nama Lengkap dan empat digit terakhir Nombor Mykad anda.
        (Contoh: Sofia Bt Adel, 5522).
    • Penganjur berhak untuk meminta bukti salinan asal Bukti Pembelian (Resit Rasmi asal) untuk pengesahan dan penebusan hadiah. Peserta diminta untuk menyimpan semua resit asal (sebagai Bukti Pembelian). Kegagalan membuat sedemikian akan mengakibatkan pembatalan kemenangan hadiah / kehilangan kelayakan untuk menebus hadiah.
    • Penyertaan Penebusan yang lengkap dengan Bukti Pembelian yang sah dan jelas (Resit Rasmi asal) yang akan dihantar melalui WhatsApp pada masa yang sama atau serentak dengan butiran peribadi akan dianggap sebagai penyertaan yang sah.
    • Penganjur tidak akan menghantar sebarang pengesahan untuk penyertaan yang diterima melalui WhatsApp.
    • Peserta boleh menghantar maksima TIGA (3) penyertaan sahaja menggunakan nombor WhatsApp yang sama tetapi setiap SATU (01) Resit rasmi asal hanya memenuhi syarat untuk SATU (1) penebusan sahaja.
      1. Setiap Satu (1) Resit rasmi asal dengan pembelian bernilai RM25 bagi produk Darlie dalam satu Resit rasmi asal tunggal yang dihantar akan berlayak untuk SATU (1) penyertaan sahaja.
        Contohnya:
        • Satu (1) resit rasmi asal bernilai RM25 bagi mana-mana produk DARLIE = Satu (1) Penyertaan sahaja
        • Satu (1) resit rasmi asal bernilai RM50 daripada mana-mana produk DARLIE = Satu (1) Penyertaan sahaja
        • Penambahan pembelian (lebih daripada RM25) dalam satu Resit rasmi asal TIDAK akan menambahkan bilangan penyertaan.

  4. Hadiah tidak boleh dipindah milik dan tidak boleh ditukar kepada sebarang hadiah lain.

  5. Penebusan hadiah ini adalah sah berdasarkan asas terdahulu dan / atau sementara stok masih ada.

  6. Penebus perlu menunjuk bukti identiti dan Bukti Pembelian (Resit Rasmi asal) semasa atau sebelum Hadiah Penebusan untuk tujuan pengesahan dan pemeriksaan. Resit rasmi asal yang diubahsuai / tidak jelas / tidak lengkap / berulang / Salinan / tidak boleh dibaca akan dianggap tidak sah dan kemudian akan secara automatik terbatal dari Program Penebusan ini.

  7. Penganjur berhak untuk menggantikan mana-mana hadiah dengan barangan yang sama nilainya pada bila-bila masa mengikut budi bicara mutlak mereka tanpa notis terlebih dahulu. Semua hadiah tidak boleh dipindah milik, diserah hak, ditukar, tidak boleh dikembalikan dan tidak boleh ditukar kepada hadiah lain/wang atau ditebus oleh Peserta dalam apa-apa bentuk lain atau cara lain daripada yang ditetapkan oleh Pihak Penganjur.

  8. Hadiah diberikan berasaskan “keadaan sedia ada.” Hadiah hendaklah digunakan/diambil atas risiko Peserta sepenuhnya dan Penganjur sama sekali tidak memberi sebarang jaminan mahupun menanggung sebarang liabiliti berhubung dengan Hadiah setakat yang dibenarkan di bawah undang-undang. Sekiranya apa-apa isu timbul daripada penggunaan hadiah yang telah dimenangi, Penganjur atau agensi tidak akan bertanggungjawab. Oleh itu, penebus dikehendaki untuk berhubung dengan pembekal hadiah terlibat.

  9. Semua penyertaan mesti diterima melalui WhatsApp sahaja; apa-apa bentuk penghantaran lain tidak akan diterimakan.

  10. Penebus penebusan akan dipilih berdasarkan yang berikut:
    • Penyertaan yang lengkap, Bukti Pembelian yang sah dan jelas (Resit rasmi asal) akan dihantar melalui WhatsApp pada masa yang sama atau serentak dengan butiran lengkap peserta; Nama penuh dan empat digit terakhir Nombor MyKad anda.
      (Contoh: Sofia Bt Adel, 5522).
    • Memberikan bukti pembelian yang sah dan jelas (Resit Rasmi asal) yang menunjukkan produk, nilai pembelian, nombor invois atau cukai, tarikh dan nama kedai/outlet. Resit yang diubahsuai dengan tidak jelas / tidak lengkap / berulang / salinan / tidak boleh dibaca akan dianggap tidak sah dan kemudian akan dikecualikan secara automatik untuk Penebusan ini.

Hadiah yang akan diberikan:

  1. Hadiah Penebusan : Kredit E-Wallet Touch ‘n Go
    1. Kredit E-Wallet Touch ‘n Go bernilai RM1,000 X 1 unit X 4 minggu
    2. Kredit E-Wallet Touch ‘n Go bernilai RM500 X 3 unit X 4 minggu
    3. Kredit E-Wallet Touch ‘n Go bernilai RM100 X 5 unit X 4 minggu
    4. Kredit E-Wallet Touch ‘n Go bernilai RM5 X 1,000 unit X 4 minggu

    (Nota: Sekiranya penenbusan adalah tidak mencukupi dalam satu minggu, baki bilangan penebusan TIDAK AKAN dibawa ke minggu berikutnya)
  2. Penebus hanya berhak untuk menebus satu (1) Hadiah dari KategorI a-c dalam Hadiah Penebusan.

  3. Penebus hanya berhak untuk menebus tiga (3) Hadiah dari KategorI d dalam Hadiah Penebusan.

  4. Penebus dari Kategori a-c akan dipilih secara rawak oleh sistem computer pada setiap minggu. Bagi Kategori d, Penebusan adalah berdasarkan asas terdahulu dan sementara stok masih ada.

Perlucutan Kelayakan

Penyertaan berikut akan disingkirkan:

  • Penyertaan yang tidak jelas, tidak lengkap, berulang, salinan, tidak boleh dibaca, tidak betul/ sah atau salah; dan / atau
  • Penyertaan yang melanggar Terma dan Syarat, mana-mana undang-undang dan /atau peraturan yang berkuat kuasa.

Selain itu, Penganjur berhak untuk melucutkan kelayakan mana-mana Peserta yang:

  • menjejaskan, telah atau cuba menjejaskan perjalanan Penebusan dengan pemalsuan, penipuan atau pendayaan; dan / atau
  • tidak layak atau tidak dapat mengemukakan bukti kelayakan untuk mengambil bahagian dalam Program Penebusan apabila diminta untuk untuk pengesahan oleh Penganjur.
  • Sekiranya perlucutan kelayakan berlaku selepas Hadiah diberikan, Penganjur berhak untuk menuntut pemulangan Hadiah atau bayaran nilainya daripada Peserta yang lucut kelayakan.


Liabiliti & Tanggungjawab

  1. Semua kos dan perbelanjaan yang ditanggung dan/atau timbul daripada Penyertaan dalam Program Penebusan, termasuk tanpa terhad kepada caj telekomunikasi, rangkaian, Khidmat Pesanan Ringkas (SMS), pos dan semua caj lain sedemikian dan perbelanjaan sendiri yang mungkin dibelanjakan oleh Peserta semasa atau berhubung dengan Program Penebusan hendaklah ditanggung oleh Peserta.

  2. Bukti penghantaran Penyertaan bukan bukti penerimaan, dan Penganjur tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap sebarang Penyertaan yang lewat, hilang, rosak dan/atau Penyertaan yang tidak diterima. Penganjur tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kesilapan, ketinggalan, gangguan, pemotongan, kerosakan, kelewatan, kegagalan operasi atau transmisi, kegagalan talian komunikasi, kecurian atau kemusnahan, capaian tanpa izin, atau perubahan komunikasi pengguna atau ahli, atau sebarang masalah atau gangguan teknikal terhadap sebarang rangkaian atau talian telekomunikasi, sistem komputer dalam talian, pelayan atau penyedia perkhidmatan, peralatan komputer, sistem, perisian, kegagalan e-mel atau penerimaan Penyertaan disebabkan oleh masalah teknikal atau kesesakan lalu lintas di internet. Peserta bertanggungjawab untuk memastikan bahawa Penyertaan Program Penebusan mematuhi semua peraturan, terma dan syarat-syarat Program Penebusan, dan bahawa penyertaaan adalah mengikut format/bentuk yang dikehendaki oleh Penganjur.

  3. Dengan menyertai Program Penebusan, anda memberi kebenaran kepada Penganjur untuk memproses data peribadi anda yang disediakan untuk tujuan seperti yang dinyatakan.

  4. Penganjur mempunyai hak untuk memilih pihak ketiga ["Agensi"] untuk memproses data peribadi pembeli.

  5. Penganjur hendaklah mengambil langkah-langkah yang diperlukan untuk memastikan bahawa data peribadi pembeli dilindungi. Agensi juga akan mematuhi langkah-langkah pencegahan yang sama.

  6. Dengan menyertai Program Penebusan ini, semua peserta bersetuju untuk melindungi, melepaskan, dan tidak mempertanggungjawabkan Penganjur, syarikat pegangan, anak syarikat atau syarikat berkaitannya, agensi-agensi, kakitangan, pegawai, para pengarah, ejen, penaja dan/atau wakilnya daripada sebarang dan segala kerugian, hak, tuntutan, tindakan dan kerosakan (termasuk kerosakan khas, tidak langsung dan lanjutan) yang timbul daripada atau ditanggung akibat Penyertaan Peserta dalam Program Penebusan, penerimaan dan/atau penggunaan mana-mana Hadiah, Penyertaan Peserta dan/atau persamaannya berkaitan dengan Program Penebusan atau pelanggaran Terma dan Syarat.

  7. Semua kos dan perbelanjaan yang ditanggung dan/atau timbul daripada Penyertaan dalam Program Penebusan, termasuk tanpa terhad kepada caj telekomunikasi, rangkaian, Khidmat Pesanan Ringkas (SMS), pos dan semua caj lain sedemikian dan perbelanjaan sendiri yang mungkin dibelanjakan oleh Peserta semasa atau berhubung dengan Program Penebusan hendaklah ditanggung oleh Peserta. Penganjur tidak mempunyai kewajiban untuk menggantikan Peserta bagi mana-mana kos dan perbelanjaan yang timbul.

  8. Peserta mengakui bahawa penyertaan mereka dalam Program Penebusan adalah atas risiko mereka sendiri.

  9. Penganjur, syarikat pegangan, anak syarikat atau syarikat berkaitannya, agensi-agensi, kakitangan, pegawai, para pengarah, ejen, penaja dan/atau wakilnya tidak akan bertanggungjawab dan / atau berkewajiban kepada mana-mana Peserta sehubungan dengan:
    1. sebarang kegagalan untuk memenangi Hadiah dalam Program Penebusan, Hadiah yang rosak disebabkan oleh kecuaian, perbuatan dan/ atau penyalahgunaan Hadiah atau sebarang kerugian lain, kerosakan, kos, perbelanjaan, tuntutan, liabiliti, kecederaan, kematian, kemalangan yang dialami oleh Peserta semasa Program Penebusan atau yang timbul daripada atau berkaitan dengan penyertaan peserta dalam Program Penebusan dan/ atau Hadiah yang diberikan.
    2. sebarang penundaan dan/atau kegagalan dalam menerima dan menghantar Penyertaan sebagai akibat daripada kegagalan rangkaian, komunikasi, ISP atau gangguan sistem, gangguan dan / atau kegagalan yang dialami oleh Penganjur atau penyedia perkhidmatan telekomunikasi Peserta dan / ataupun yang berpunca daripada penyertaan atau muat turun mana-mana bahan dalam Program Penebusan.
    3. sebarang kesilapan (termasuk kesilapan dalam pemberitahuan kepada penebus program penebusan), kegagalan, gangguan, penghapusan, kecacatan, kelewatan dalam operasi atau penghantaran, kegagalan jalur komunikasi, pencurian, pemusnahan, pengubahan atau akses penyertaan yang tidak sah, atau penyertaan yang hilang atau tertunda sama ada timbul atau tidak semasa operasi atau siaran sebagai akibat daripada fungsi server, virus, bug atau sebab-sebab yang lain di luar kawalan Penganjur.

  10. Penganjur, ejen, penaja dan/atau wakilnya tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk menunaikan mana-mana kewajipan mereka berhubung dengan Program Penebusan dan Terma dan Syarat jika mereka tidak dapat berbuat demikian disebabkan keadaan di luar kawalan mereka dan dalam keadaan sedemikian mereka tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk membayar pampasan kepada Peserta dalam apa cara sekalipun.

Kriteria Penilaian

Keputusan Pihak Penganjur adalah muktamad. Sebarang surat menyurat, pertanyaan, rayuan, aduan dan/ atau bantahan tidak akan diterima atau dilayani.


Pemberitahuan Penebusan

  1. Penganjur berhak untuk membatalkan peserta yang tidak mematuhi prosedur penebusan hadiah seperti yang ditentukan oleh Penganjur.

  2. Penganjur berhak melantik pihak ketiga untuk mengendalikan proses pengesahan Penebus Program Penebusan dan bagi tujuan penghantaran hadiah.

  3. Semua panggilan atau sesi hubungan mungkin dipantau dan dirakam untuk tujuan rekod, latihan dan tujuan jaminan kualiti sama ada oleh Penganjur atau pihak ketiga yang dilantik.

Pengiklanan

Dengan penerimaan Hadiah Penebusan, Penebus dianggap memberi kebenaran kepada Penganjur dan agensi-agensinya untuk menggunakan nama dan / atau gambar-gambar peserta bagi tujuan publisiti, pengiklanan dan /atau pemasaran tanpa sebarang notis dan / atau pampasan.


Perubahan Terma & Syarat

Penganjur berhak untuk mengubah, memindah, memadam atau menambah Terma dan Syarat Program Penebusan ini tanpa notis terlebih dahulu pada bila-bila masa dan Peserta terikat kepada perubahan tersebut.


Penggantungan

Penganjur juga berhak untuk membatalkan, mengubah atau menangguhkan Program Penebusan ini dalam kes keadaan yang tidak dijangka di luar kawalan yang munasabah.


Undang-undang Perlindungan Data Peribadi 2010

Notis di bawah Seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“PDPA”) kepada pengguna Hawley & Hazel Marketing (M) Sdn. Bhd.

Pengguna yang dihormati,
Di bawah PDPA, terdapat beberapa keperluan yang mengawal pemprosesan data peribadi anda sebagai individu (“Individu”). Ia memaklumkan individu tentang hak-hak anda di bawah PDPA, termasuk tindakan yang boleh diambil oleh individu untuk melaksanakan hak-hak tersebut dan akibatnya, secara khususnya: -

  1. Bahawa kami ["Penganjur"] mengumpul data peribadi Individu daripada Penyertaan Program Penebusan;
  2. Data peribadi individu dikumpulkan / diproses untuk tujuan Program Penebusan dan pemasaran
    • Pengesahan identiti Individu
    • Memaklumkan Individu jika Individu adalah peserta yang dipilih;
    • Melaksanakan urusan Program Penebusan;
    • Tujuan promosi, pemasaran dan / atau pentadbiran;
    • Statistik dan Pentargetan Semula: melaksanakan analisis data dan statistik anonim dan lebih kerap memaparkan iklan yang relevan kepada Individu apabila Individu melawat laman web lain;
    • Tujuan lain seperti yang dikehendaki mengikut undang-undang, termasuk tetapi tidak terhad kepada prosedur mahkamah, siasatan jenayah atau pendakwaan atau apabila diperintahkan oleh mana-mana pihak berkuasa yang berwenang;
  3. Individu berhak untuk mengakses dan membetulkan data peribadi Individu;
  4. Data peribadi individu dikongsi kepada Agensi / Penganjur yang dilantik untuk tujuan pemprosesan;
  5. Data peribadi yang diminta daripada individu hanya akan digunakan untuk tujuan yang dinyatakan;
  6. Data peribadi yang diminta adalah wajib dan maklumat yang tidak lengkap, akan menyebabkan penyertaan Individu terbatal;
  7. Sekiranya Individu telah disahkan sebagai Penebus, sebarang perubahan kepada data peribadi individu harus dimaklumkan kepada Penganjur;
  8. Pemindahan Data Peribadi kepada Pihak Ketiga
    • Dengan menyertai Program Penebusan ini, Individu bersetuju bahawa Penganjur boleh memindahkan data peribadi Individu kepada pihak ketiga dan anak syarikat Penganjur, di antaranya pihak ketiga tersebut dan / atau anak syarikat kami mungkin terletak di luar negara Individu, untuk melaksanakan tujuan yang dinyatakan dalam Terma dan Syarat ini tanpa notis selanjutnya.
    • Maklumat dan data peribadi Individu disimpan dan dikekalkan di [pangkalan data elektronik, kemudahan, pelayan dan pelayan cadangan Penganjur, syarikat berkaitan, dan / atau pihak ketiga yang dibenarkan oleh Penganjur] yang mungkin terletak di luar negara Individu, di mana perlindungan undang-undang dan standard keperluan keselamatan mungkin tidak setara dengan yang disediakan oleh dan diwajibkan secara sah oleh undang-undang dan peraturan yang berkenaan di negara Individu. Individu dengan ini bersetuju dengan pemindahan,penyimpanan, penyelenggaraan dan pengekalan semua maklumat dan data Individu di pangkalan data elektronik, , kemudahan, pelayan dan pelayan sandaran yang ditentukan oleh kami, yang terletak di luar negara Individu untuk tujuan yang dinyatakan dalam Terma dan Syarat ini.
  9. Sekiranya Individu mempunyai sebarang permintaan (termasuk Penarikan Diri), pertanyaan atau komen mengenai perlindungan data peribadi atau amalan kami, sila e-mel kepada [hhdataprivacy@darlie.com].
  10. Untuk maklumat lanjut mengenai pengumpulan dan pemprosesan data dan isu-isu yang berkaitan, sila meneliti laman web kami https://www.darlie.com.my/en/corporate-info/privacy.

Am

Sekiranya terdapat mana-mana peruntukan dalam terma dan syarat-syarat ini yang ternyata tidak tepat atau tidak boleh dikuatkuasakan, maka ketidaktepatan tersebut tidak boleh menjejaskan peruntukkan-peruntukan yang lain yang tetap berkuasa dan kekal di dalam Terma dan Syarat ini.

Terma dan Syarat Program Penebusan hendaklah diertikan, ditadbir dan ditafsirkan menurut undang-undang Malaysia.


Tip-tip Kesihatan Mulut
/
T&C
/
E-Duit Raya (Penebusan di Malaysia Apr’24) - Terma & Syarat