Skip to main content

Didik Anak Anda Untuk Menyukai Aktiviti Berus Gigi

Ajar anak anda yang menggosok gigi adalah aktiviti sihat dan seronok! Beritahu mereka dengan penjagaan oral yang betul, gigi mereka akan tahan selama 80 tahun. Bagaimana untuk menjaga gigi dan cara untuk menggosok gigi dengan betul boleh dijadikan topik untuk ibu bapa dan anak.

1. Benarkan Anak Memilih Berus Gigi dan Ubat Gigi

Kanak-kanak suka kartun berwarna-warni dan watak dongeng. Bawa mereka untuk membeli berus gigi dan ubat gigi kegemaran mereka. Terdapat pelbagai produk penjagaan oral di pasaran. Biarkan mereka memilih sesuatu yang mereka mahu gunakan setiap hari. Jadikan ia satu permainan menyeronokkan bagi mereka memilih produk oral kegemaran.



2. Kurangkan Mengambil Gula Untuk Menghindari Gigi Reput

Asid yang dihasilkan dari makanan mereputkan gigi menyebabkan gigi hitam, terutamanya makanan dengan kandungan gula dan kanji yang tinggi. Kurangkan memakan gula-gula, kerepok kentang dan cokelat. Mengharamkan snek adalah satu cadangan yang tidak elok. Sebaliknya nasihatkan anak anda untuk memakan pencuci mulut selepas hidangan. Terdapat lebih banyak air liur di dalam mulut lepas waktu makan dan ini akan menanggalkan sisa makanan. Memakan produk tenusu berbanding pencuci mulut adalah satu lagi pilihan. Ingatkan mereka untuk meminum banyak air atau gosok gigi selepas waktu makan.

3. Sertai Aktiviti Penjagaan Kesihatan Oral Keluarga

Apabila anak masih kecil, jadikan waktu menggosok gigi bersama-sama satu aktiviti menyeronokkan. Ajar mereka penggunaan berus gigi dan flos dental yang betul. Biar mereka lihat betapa bersih dan sihat gigi mereka selepas dibersihkan dengan betul serta pantau mereka untuk hasil yang lebih baik.

Perkenalkan ‘Pari-Pari Gigi’ kepada Anak-Anak


Ceritakan sesuatu yang menarik sewaktu menggosok gigi atau gunakan ‘permainan watak’ untuk menjadikan aktiviti ini lebih seronok. Inilah cara terbaik untuk mempelajari tentang kebersihan oral sambil menduga imaginasi mereka.

5. Sertai Permainan Interaktif tentang Penjagaan Oral

Semakin ramai orang yang sedar akan kepentingan kesihatan dental, terdapat pelbagai permainan interaktif secara atas talian yang mengajar kanak-kanak cara memberus dan menjaga gigi. Ada sesetengah permainan yang membantu kanak-kanak menggosok gigi selama 2 minit setiap hari dan ada yang menyeronokkan serta bermanfaat. Tengoklah sendiri!



6. Mengetahui Kepentingan Kesihatan Oral

Sewaktu bayi membesar, dia akan mempelajari tentang lima deria dan bagaimana untuk menggerakkan anggota badan. Apabila gigi pertama muncul, ajar mereka cara menggunakannya. Ia waktu yang ideal untuk mengajar rutin dan tabiat menggosok gigi. Dapatkan buku yang membincangkan kebersihan oral supaya anak-anak mengenalinya. Bawa mereka ke doktor gigi yang peramah untuk pengalaman yang positif, menghilangkan rasa takut sewaktu pemeriksaan gigi kerap. Pupuklah penjagaan oral yang betul dari awal lagi.

Tip-tip Kesihatan Mulut
/
Tips Penjagaan Gigi Untuk Kanak-Kanak
/
Didik Anak Anda Untuk Menyukai Aktiviti Berus Gigi