Skip to main content

Kempen Akhir Tahun Darlie (Darlie Year End Campaign) - Terma & Syarat.

Kempen Akhir Tahun Darlie (Darlie Year End Campaign) – Terma & Syarat.


Penganjur & Kelayakan

  1. ‘Kempen Akhir Tahun Darlie (Darlie Year End Campaign)’ [“Peraduan”] dianjurkan oleh Hawley & Hazel Marketing (Malaysia) Sdn Bhd, Malaysia (No. Pendaftaran 198301010293 (105656-T)) [“Penganjur”] dan terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas pada permulaan tempoh Peraduan dengan MyKad yang sah [“Peserta”]. Dengan menyertai Peraduan ini, peserta dianggap telah memahami dan bersetuju untuk terikat dengan syarat dan terma semua Peraduan ini. Hadiah akan diberikan mengikut dan tertakluk kepada terma dan syarat-syarat ini.

  2. Individu dari kumpulan-kumpulan berikut tidak layak untuk menyertai Peraduan ini:
    • Kakitangan pihak Penganjur [termasuk syarikat-syarikat berhubung dan bersabit] dan ahli-ahli keluarga terdekat mereka [anak-anak, ibu bapa, adik-beradik, termasuk suami-isteri]; dan/atau
    • Perwakilan, kakitangan, pekerja dan / atau agensi perkhidmatan pengiklanan dan/ atau promosi Penganjur [termasuk syarikat-saham bersekutan dan berkaitannya], dan ahli keluarga terdekat mereka (anak-anak, ibu bapa, adik-beradik, termasuk suami-isteri).
    • Individu yang mempunyai hubungan rapat dengan kakitangan Penganjur [termasuk syarikat-syarikat berhubung dan bersabit]

Tempoh Peraduan

  1. Peraduan ini akan bermula pada 01 November 2023 pada jam "00:00:001" dan berakhir pada 31 Disember 2024 pada jam "23:59:59" ["Tempoh Peraduan "]. Penganjur berhak untuk mengubah, melanjutkan, menggantung atau menamatkan tempoh Peraduan pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu. Semua penyertaan yang diterima di luar tempoh Peraduan akan dibatalkan secara automatik.

  2. Kempen Nationwide ‘Peringkat Kebangsaan’ akan berlangsung selama lapan (8) minggu seperti berikut:
    1. Minggu 1 : 01 – 10 November 2024
    2. Minggu 2 : 11 – 17 November 2024
    3. Minggu 3 : 18 – 24 November 2024
    4. Minggu 4 : 25 November – 01 Disember 2024
    5. Minggu 5 : 02 – 08 Disember 2024
    6. Minggu 6 : 09 – 15 Disember 2024
    7. Minggu 7 : 16 – 22 Disember 2024
    8. Minggu 8 : 23 – 31 Disember 2024

Penyertaan dan Kelayakan Peraduan

  1. Untuk menyertai Peraduan ini, peserta perlu membeli produk Darlie bernilai minimum RM25 dalam satu Resit asal dari mana-mana kedai/cawangan Rakan Niaga yang mengambil bahagian di seluruh Negara. [Sila rujuk kepada senarai “Kedai/Cawangan Rakan Niaga”].

    Senarai Kedai/ Cawangan Rakan Niaga yang mengambil bahagian
    1. Semua Kedai/ Cawangan Rakan Niaga Darlie (Seluruh Negara Malaysia) (kecuali kedai serbaneka 99 Speedmart)
    2. Kedai Rasmi Darlie Dalam Talian (Lazada & Shopee)

  2. Hanya dengan pembelian produk Darlie bernilai minimum RM25 dalam satu Resit asal dari mana-mana Kedai/ Cawangan Rakan Niaga yang mengambil bahagian di Malaysia (dengan Resit asal yang sah dikeluarkan semasa tempoh Peraduan) dianggap sebagai penyertaan yang sah dalam Peraduan ini ["Bukti Pembelian"]. Setiap penyertaan dalam Peraduan akan menjadi hak milik Penganjur selepas sah diterima oleh Penganjur.

  3. Peserta perlu mengemukakan penyertaan mereka melalui aplikasi WhatsApp ["Penyerahan / Mod Penyertaan"]
    • Bagaimana untuk menyertai:
    • Setiap penyertaan mesti dilengkapi seperti berikut:
      1. Pembelian produk Darlie bernilai minimum RM25 dalam satu Resit Rasmi asal dari mana-mana Kedai/Cawangan Rakan Niaga yang mengambil bahagian di Malaysia. Resit Rasmi asal mesti disimpan kerana pemenang perlu mengemukakan bukti pembelian apabila dihubungi.
      2. Jawab soalan:
        • Peraduan Pringkat Kebangsaan : Ubat Gigi Darlie Double Action mengandungi pati pudina semulajadi? Ya atau Tidak
        • Peraduan Eksklusif EM & Eksklusif Dali : Peraduan Beli & Tebus mengandungi hadiah bernilai RM70,000 untuk dimenangi. Ya atau Tidak
      3. Sila ambil gambar Resit Rasmi asal dengan jelas dan WhatsApp ke nombor 016-208 4021 diikuti butiran peribadi anda yang lengkap; Nama penuh mengikut MyKad anda dan empat digit terakhir Nombor MyKad anda dan Jawapan kepada soalan.
        (e.g. Sofia Bt Adel, 5522, Ya/Tidak).
    • Penganjur berhak untuk meminta Bukti Pembelian (Resit Rasmi asal) untuk pengesahan dan penebusan hadiah. Peserta diminta untuk menyimpan semua resit rasmi asal (sebagai Bukti Pembelian). Kegagalan membuat sedemikian akan menyebabkan pembatalan kemenangan hadiah/ kehilangan kelayakan untuk menebus hadiah.
    • Hanya bayaran jumlah terakhir akan diterima dan diambil kira bagi resit rasmi bercetak/ bertulis dalam system jualan/ invois pembelian dengan kod promosi, baucar diskaun dan/ atau selepas potongan mata ganjaran ahli.
    • Penyertaan Peraduan yang lengkap dengan Bukti Pembelian yang sah dan jelas (Resit Rasmi asal) yang dihantar melalui aplikasi WhatsApp pada masa yang sama atau serentak dengan butiran peribadi akan dianggap sebagai penyertaan yang sah.
    • Penganjur tidak akan menghantar sebarang pengesahan untuk penyertaan yang diterima melalui aplikasi WhatsApp.
    • Peserta boleh menghantar maksima TIGA (3) penyertaan sahaja menggunakan nombor WhatsApp yang sama tetapi setiap SATU (01) Resit rasmi asal hanya memenuhi syarat untuk SATU (1) Peraduan sahaja.
      1. Setiap Satu (1) resit rasmi asal dengan pembelian minimum RM25 nilai produk Darlie layak untuk SATU (1) penyertaan sahaja.
        Contohnya:
        • Satu (1) Resit rasmi asal dengan RM25 nilai produk Darlie = Satu (1) Penyertaan sahaja
        • Satu (1) Resit rasmi asal dengan RM50 nilai produk Darlie = Satu (1) penyertaan sahaja
        • Penambahan pembelian kuantiti produk yang diperlukan dalam satu resit rasmi asal tidak akan menambahkan bilangan penyertaan.

  4. Resit yang dihantar untuk penyertaan tidak boleh digunakan untuk lebih daripada satu Peraduan. Jika didapati peserta berbuat demikian, penyertaan akan dibatalkan. Sebagai contoh, resit yang digunakan untuk menyertai Peraduan semasa tidak boleh digunakan semula untuk Peraduan lain yang dikendalikan oleh Penganjur.

  5. Hadiah tidak boleh dipindah milik dan tidak boleh ditukar kepada sebarang hadiah lain.

  6. Hadiah ini adalah sah berdasarkan asas terdahulu dan / atau sementara stok masih ada.

  7. Pemenang perlu menunjuk bukti identiti dan Bukti Pembelian (Resit Rasmi asal) semasa atau sebelum menerima/menebus Hadiah Peraduan untuk tujuan pengesahan dan pemeriksaan. Resit rasmi asal yang diubahsuai/ tidak jelas/ tidak lengkap/ berulang/ salinan/ tidak boleh dibaca akan dianggap tidak sah dan kemudian akan secara automatik terbatal dari Peraduan ini.

  8. Penganjur berhak untuk menggantikan mana-mana hadiah dengan barangan yang sama nilainya pada bila-bila masa mengikut budi bicara mutlak mereka tanpa notis terlebih dahulu. Semua hadiah tidak boleh dipindah milik, diserah hak, ditukar, tidak boleh dikembalikan dan tidak boleh ditukar kepada hadiah lain/ wang atau dimenang oleh Peserta dalam apa-apa bentuk lain atau cara lain daripada yang ditetapkan oleh Pihak Penganjur.

  9. Hadiah diberikan berasaskan “keadaan sedia ada.” Hadiah hendaklah digunakan/diambil atas risiko Peserta sepenuhnya dan Penganjur sama sekali tidak memberi sebarang jaminan mahupun menanggung sebarang liabiliti berhubung dengan Hadiah setakat yang dibenarkan di bawah undang-undang. Sekiranya apa-apa isu timbul daripada penggunaan hadiah yang telah dimenang, Penganjur atau agensi tidak akan bertanggungjawab. Oleh itu, Pemenang dikehendaki untuk berhubung dengan pembekal hadiah terlibat.

  10. Semua penyertaan mesti diterima melalui WhatsApp sahaja; apa-apa bentuk penghantaran lain tidak akan diterimakan.

  11. Pemenang Peraduan akan dipilih berdasarkan yang berikut:
    • Penyertaan Peraduan yang lengkap, Bukti Pembelian yang sah dan jelas (Resit Rasmi asal) yang dihantar melalui WhatsApp pada masa yang sama atau serentak dengan butiran lengkap peserta; Nama Lengkap mengikut MyKad anda, empat digit terakhir nombor MyKad anda dan Jawapan kepada soalan.
      (Contoh: Sofia Bt Adel, 5522, Ya / Tidak).
    • Jawapan yang betul kepada soalan mesti diberikan.
    • Memberikan Bukti Pembelian yang sah dan jelas (Resit Rasmi asal) yang menunjukkan produk, nilai pembelian, nombor invois atau cukai, tarikh dan nama kedai/ outlet. Resit yang diubahsuai dengan/ tidak jelas/ tidak lengkap/ berulang/ salinan/ tidak boleh dibaca akan dianggap tidak sah dan kemudian akan dikecualikan secara automatik untuk Peraduan ini.

Mekanik Peraduan dan Hadiah

Peraduan Mekanik dan Hadiah Diberikan
Nationwide ‘Peraduan Peringkat Kebangsaan’ (Hadiah Mingguan)
  1. Kredit E-Wallet Touch ‘n Go
    • Kredit E-Wallet Touch ‘n Go bernilai RM888 X 1 unit X 8 minggu
    • Kredit E-Wallet Touch ‘n Go bernilai RM288 X 3 unit X 8 minggu
    • Kredit E-Wallet Touch ‘n Go bernilai RM88 X 10 unit X 8 minggu
    • Kredit E-Wallet Touch ‘n Go bernilai RM5 X 1,300 unit X 8 minggu
    (Nota: Sekiranya penenbusan adalah tidak mencukupi dalam satu minggu, baki bilangan Peraduan TIDAK AKAN dibawa ke minggu berikutnya)
  2. Pemenang hanya berhak untuk menebus satu (1) Hadiah dari KategorI a-c dalam Hadiah Peraduan.
  3. Pemenang hanya berhak untuk menebus tiga (3) Hadiah dari KategorI d dalam Hadiah Peraduan.
  4. Pemenang dari Kategori a-c akan dipilih secara rawak oleh sistem computer pada setiap minggu. Bagi Kategori d, Peraduan adalah berdasarkan asas terdahulu dan sementara stok masih ada.
  5. Jumlah maksimum penyertaan dalam peraduan ini ialah 10,504. Penyertaan yang diterima selepas penyertaan ke-10,504 tidak layak untuk menang.
  6. Pemenang akan dipilih berdasarkan tarikh penyertaan dan bukan tarikh resit.
  7. Schedule for weekly prizes:
    • Minggu 1 : 01 – 10 November 2024
    • Minggu 2 : 11 – 17 November 2024
    • Minggu 3 : 18 – 24 November 2024
    • Minggu 4 : 25 November – 01 Disember 2024
    • Minggu 5 : 02 – 08 Disember 2024
    • Minggu 6 : 09 – 15 Disember 2024
    • Minggu 7 : 16 – 22 Disember 2024
    • Minggu 8 : 23 – 31 Disember 2024
Peraduan Eksklusif EM (Sabah & Sarawak) Sejumlah 9 unit x Motosikal Modenas Kriss 110 untuk Saluran eksklusif
Servay x 2 units (Sabah)
Bataras x 2 units (Sabah)
Emart x 2 units (Sarawak)
Everwin x 2 units (Sarawak)
Farley Group x 1 unit (Sarawak)
*Sila rujuk kepada Lampiran A untuk Kedai/ Cawangan Rakan Niaga yang mengambil bahagian


Peserta yang telah menyerahkan resit (Bukti Pembelian) untuk pembelian yang dibuat secara eksklusif di kedai eksklusif EM (sila rujuk Lampiran A) semasa tempoh kempen akan layak secara automatik untuk Peraduan ini.

Pemenang akan dipilih berdasarkan yang berikut:
  • Pemenang akan dipilih secara sistem rawak daripada jumlah kumpulan penyertaan yang sah selepas tamat tempoh Peraduan.
Peraduan Eksklusif Dali Sejumlah 8 unit x Motosikal Modenas Kriss 110
Central x 2 unit (Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya, Nilai)
Utara x 2 unit (Perak, Penang, Kedah, Perlis)
Selatan x 2 unit (Negeri Sembilan, Melaka, Johor)
Pantai Timur x 2 unit (Pahang, Terengganu, Kelantan)
*Sila rujuk kepada Lampiran B untuk Kedai/ Cawangan Rakan Niaga yang mengambil bahagian


Peserta yang telah menyerahkan resit (Bukti Pembelian) untuk pembelian yang dibuat secara eksklusif di kedai Eksklusif (sila rujuk Lampiran B) semasa tempoh kempen akan layak secara automatik untuk Peraduan ini.

Pemenang akan dipilih berdasarkan yang berikut:
  • Pemenang akan dipilih secara sistem rawak daripada jumlah kumpulan penyertaan yang sah selepas tamat tempoh Peraduan.
  • Pemenang akan dipilih berdasarkan tarikh penyertaan dan bukan tarikh resit.

Sekiranya penyertaan yang diterima tidak mencukupi untuk memudahkan pemilihan pemenang bagi SEMUA Hadiah yang ditawarkan. Penganjur berhak untuk membatalkan hadiah yang selebihnya kerana penyertaan yang tidak mencukupi tanpa notis terlebih dahulu.

Keputusan Penganjur mengenai semua perkara yang berkaitan dengan Peraduan termasuk pengadilan dan pemilihan pemenang adalah muktamad, mengikat dan tidak boleh dipertikaikan oleh Peserta, dan surat-menyurat, pertanyaan, rayuan, aduan atau bantahan tidak akan dilayani.

Penganjur berhak untuk mengkaji semula, menunda, menangguhkan cabutan hadiah dan tarikh pemberitahuan tanpa notis terlebih dahulu.


Perlucutan Kelayakan

Penyertaan berikut akan disingkirkan:

  • Penyertaan yang tidak jelas, tidak lengkap, berulang, salinan tidak boleh dibaca, tidak betul/ sah atau salah; dan / atau
  • Penyertaan yang melanggar Syarat dan Terma, mana-mana undang-undang dan /atau peraturan yang berkuat kuasa.

Selain itu, pihak Penganjur berhak untuk melucutkan kelayakan mana-mana Peserta yang:

  • menjejaskan, telah atau cuba menjejaskan operasi Peraduan dengan pemalsuan, penipuan atau perdayaan; dan / atau
  • tidak layak atau tidak dapat mengemukakan bukti kelayakan untuk mengambil bahagian dalam Peraduan apabila diminta untuk pengesahan oleh Penganjur.
  • Sekiranya perlucutan kelayakan berlaku selepas Hadiah diberikan, pihak Penganjur berhak untuk menuntut pemulangan Hadiah atau bayaran nilainya daripada Peserta yang lucut kelayakan.


Liabiliti & Tanggungjawab

  1. Semua kos dan perbelanjaan yang ditanggung dan/atau timbul daripada Penyertaan dalam Peraduan, termasuk tanpa terhad kepada caj telekomunikasi, rangkaian Khidmat Pesanan Ringkas (SMS), pos dan semua caj lain sedemikian dan perbelanjaan sendiri yang mungkin dibelanjakan oleh Peserta semasa atau berhubung dengan Peraduan hendaklah ditanggung oleh Peserta.

  2. Bukti penghantaran Penyertaan bukan bukti penerimaan, dan Penganjur tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap sebarang Penyertaan yang lewat, hilang, rosak dan/atau Penyertaan yang tidak diterima. Penganjur tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kesilapan, ketinggalan, gangguan, pemotongan, kerosakan, kelewatan, kegagalan operasi atau transmisi, kegagalan talian komunikasi, kecurian atau kemusnahan, capaian tanpa izin, atau perubahan komunikasi pengguna atau ahli, atau sebarang masalah atau gangguan teknikal terhadap sebarang rangkaian atau talian telekomunikasi, sistem komputer dalam talian, pelayan atau penyedia perkhidmatan, peralatan komputer, sistem, perisian, kegagalan e-mel atau penerimaan Penyertaan disebabkan oleh masalah teknikal atau kesesakan lalu lintas di internet. Peserta bertanggungjawab untuk memastikan bahawa Penyertaan Peraduan mematuhi semua peraturan, terma dan syarat-syarat Peraduan, dan bahawa peryertaan adalah mengikut format/ bentuk yang dikehendaki oleh Penganjur.

  3. Dengan menyertai, anda memberi kebenaran kepada Penganjur untuk memproses data peribadi anda yang disediakan untuk tujuan seperti yang dinyatakan.

  4. Penganjur mempunyai hak untuk memilih pihak ketiga ["Agensi"] untuk memproses data peribadi pembeli.

  5. Penganjur hendaklah mengambil langkah-langkah yang diperlukan untuk memastikan bahawa data peribadi pembeli dilindungi. Agensi juga akan mematuhi langkah-langkah pencegahan yang sama.

  6. Dengan menyertai Peraduan ini, semua peserta bersetuju untuk melindungi, melepaskan dan tidak mempertanggungjawabkan Penganjur, syarikat pegangan, anak syarikat atau syarikat berkaitannya, agensi-agensi, kakitangan, pegawai, para pengarah, ejen, penaja dan/atau wakilnya daripada, sebarang dan segala kerugian, hak, tuntutan, tindakan dan kerosakan (termasuk kerosakan khas, tidak langsung dan lanjutan) yang timbul daripada atau ditanggung akibat Penyertaan Peserta dalam Peraduan, penerimaan dan/atau penggunaan mana-mana Hadiah, Penyertaan Peserta dan/atau persamaannya berkaitan dengan Peraduan atau pelanggaran Terma dan Syarat.

  7. Semua kos dan perbelanjaan yang ditanggung dan/atau timbul daripada Penyertaan dalam Peraduan, termasuk tanpa terhad kepada caj telekomunikasi, rangkaian, Khidmat Pesanan Ringkas (SMS), pos dan semua caj lain sedemikian dan perbelanjaan sendiri yang mungkin dibelanjakan oleh Peserta semasa atau berhubung dengan Peraduan hendaklah ditanggung oleh Peserta. Penganjur tidak mempunyai kewajiban untuk menggantikan Peserta bagi mana-mana kos dan perbelanjaan yang timbul.

  8. Peserta mengakui bahawa penyertaan mereka dalam Peraduan adalah atas risiko mereka sendiri.

  9. Pemenang hendaklah bersetuju untuk mengambil bahagian dalam majlis/acara penyampaian hadiah, jika ada. Kegagalan untuk menghadiri majlis penyampaian hadiah akan menyebabkan hadiah dibatalkan. Pemenang boleh melantik wakil dengan persetujuan yang ditandatangani.

  10. Penganjur, syarikat pegangan, anak syarikat atau syarikat berkaitannya, agensi-agensi, kakitangan, pegawai, para pengarah, ejen, penaja dan/atau wakilnya tidak akan bertanggungjawab dan / atau berkewajiban kepada mana-mana Peserta sehubungan dengan:
    1. sebarang kegagalan untuk memenangi Hadiah dalam Peraduan, Hadiah yang rosak disebabkan oleh kecuaian, perbuatan dan/ atau penyalahgunaan Hadiah atau sebarang kerugian lain, kerosakan, kos, perbelanjaan, tuntutan, liabiliti, kecederaan, kematian, kemalangan yang dialami oleh Peserta semasa Peraduan atau yang timbul daripada atau berkaitan dengan penyertaan peserta dalam Peraduan dan/ atau Hadiah yang diberikan.
    2. sebarang penundaan dan/atau kegagalan dalam menerima dan menghantar Penyertaan sebagai akibat daripada kegagalan rangkaian, komunikasi, ISP atau gangguan sistem, gangguan dan / atau kegagalan yang dialami oleh Penganjur atau penyedia perkhidmatan telekomunikasi Peserta dan / ataupun yang berpunca daripada penyertaan atau muat turun mana-mana bahan dalam Peraduan.
    3. sebarang kesilapan (termasuk kesilapan dalam pemberitahuan kepada Pemenang), kegagalan, gangguan, penghapusan, kecacatan, kelewatan dalam operasi atau penghantaran, kegagalan jalur komunikasi, pencurian, pemusnahan, pengubahan atau akses penyertaan yang tidak sah, atau penyertaan yang hilang atau tertunda sama ada timbul atau tidak semasa operasi atau siaran sebagai akibat daripada fungsi server, virus, bug atau sebab-sebab yang lain di luar kawalan Penganjur.

  11. Penganjur, ejen, penaja dan/atau wakilnya tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk menunaikan mana-mana kewajipan mereka berhubung dengan Peraduan dan Terma dan Syarat jika mereka tidak dapat berbuat demikian disebabkan keadaan di luar kawalan mereka dan dalam keadaan sedemikian mereka tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk membayar pampasan kepada Peserta dalam apa cara sekalipun.

Kriteria Penilaian

Keputusan Pihak Penganjur adalah muktamad. Sebarang surat menyurat, pertanyaan, rayuan, aduan dan/ atau bantahan tidak akan diterima atau dilayani.


Pengumuman/ Notifikasi

  1. Senarai Pemenang akan diumumkan / dimaklumkan melalui telefon, WhatsApp, e-mel atau mana-mana media lain yang dianggap sesuai oleh Penganjur atau pihak ketiga dalam tempoh 60 Hari selepas Peraduan berakhir.

  2. Sekiranya Hadiah dimenangi, semua hadiah mesti dimenangkan dalam tempoh 2 bulan dari tempoh pemakluman/ notifikasi. Penganjur tidak akan melayan sebarang permintaan untuk penundaan tempoh Peraduan. Jika tidak, hadiah akan dihantar kepada pemenang melalui syarikat kurier yang diarahkan dalam tempoh 90 Hari selepas Peraduan berakhir.

  3. Penganjur berhak untuk membatalkan kelayakan peserta yang tidak mematuhi prosedur Peraduan hadiah seperti yang ditentukan oleh Penganjur.

  4. Penganjur berhak melantik pihak ketiga untuk mengendalikan proses pengesahan Pemenang Peraduan/ pemenang Peraduan dan untuk tujuan penghantaran hadiah.

  5. Semua panggilan atau sesi hubungan mungkin dipantau dan dirakam untuk tujuan penyimpanan rekod, latihan dan tujuan jaminan kualiti sama ada oleh Penganjur atau pihak ketiga yang dilantik.

Pengiklanan

Dengan penerimaan Hadiah, peserta dianggap kebenaran kepada Penganjur dan agensi-agensinya untuk menggunakan nama dan / atau gambar-gambar peserta bagi tujuan publisiti, pengiklanan dan /atau pemasaran tanpa sebarang notis dan / atau pampasan.


Perubahan Terma & Syarat

Penganjur berhak untuk mengubah, memindah, memadam atau menambah Terma dan Syarat Peraduan ini tanpa notis terlebih dahulu pada bila-bila masa dan Peserta terikat kepada perubahan tersebut.


Pengantungan

Penganjur juga berhak untuk membatalkan, mengubah atau menangguhkan Peraduan ini dalam kes keadaan yang tidak dijangka di luar kawalan yang munasabah.


Undang-undang Perlindungan Data Peribadi 2010

Notis di bawah Seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“PDPA”) kepada pengguna Hawley & Hazel Marketing (M) Sdn. Bhd.

Pengguna yang dihormati,
Di bawah PDPA, terdapat beberapa syarat yang mengawal pemprosesan data peribadi anda sebagai individu (“individu”). Ia memaklumkan individu tentang hak-hak anda di bawah PDPA, termasuk tindakan yang boleh diambil oleh Individu untuk melaksanakan hak-hak tersebut dan akibatnya, dan secara khususnya: -

  1. Bahawa kami ["Penganjur"] mengumpul data peribadi Individu daripada Penyertaan Peraduan;
  2. Data peribadi individu dikumpulkan / diproses untuk tujuan Peraduan dan pemasaran
    • Pengesahan identiti Individu
    • Memaklumkan Individu jika Individu adalah peserta yang dipilih;
    • Melaksanakan urusan Peraduan;
    • Statistik dan Pentargetan Semula: melaksanakan analisis data dan statistik anonim dan lebih kerap memaparkan iklan yang relevan kepada Individu apabila Individu melawat laman web lain;
    • Tujuan lain seperti yang dikehendaki mengikut undang-undang, termasuk tetapi tidak terhad kepada prosedur mahkamah, siasatan jenayah atau pendakwaan atau apabila diperintahkan oleh mana-mana pihak berkuasa yang berwenang;
  3. Individu berhak untuk mengakses dan membetulkan data peribadi Individu;
  4. Data peribadi individu dikongsi kepada Agensi / Penganjur yang dilantik untuk tujuan pemprosesan;
  5. Data peribadi yang diminta daripada individu hanya akan digunakan untuk tujuan yang dinyatakan;
  6. Data peribadi yang diminta adalah wajib dan maklumat yang tidak lengkap, akan menyebabkan penyertaan Individu terbatal;
  7. Sekiranya Individu telah disahkan sebagai Pemenang, sebarang perubahan kepada data peribadi individu harus dimaklumkan kepada Penganjur;
  8. Pemindahan Data Peribadi kepada Pihak Ketiga
    • Dengan menyertai Peraduan ini, Individu bersetuju bahawa Penganjur boleh memindahkan data peribadi Individu kepada pihak ketiga dan anak syarikat Penganjur, di antaranya pihak ketiga tersebut dan / atau anak syarikat kami mungkin terletak di luar negara Individu, untuk melaksanakan tujuan yang dinyatakan dalam Terma dan Syarat ini tanpa notis selanjutnya.
    • Maklumat dan data peribadi Individu disimpan dan dikekalkan di [pangkalan data elektronik, kemudahan, pelayan dan pelayan cadangan Penganjur, syarikat berkaitan, dan / atau pihak ketiga yang dibenarkan oleh Penganjur] yang mungkin terletak di luar negara Individu, di mana perlindungan undang-undang dan standard keperluan keselamatan mungkin tidak setara dengan yang disediakan oleh dan diwajibkan secara sah oleh undang-undang dan peraturan yang berkenaan di negara Individu. Individu dengan ini bersetuju dengan pemindahan,penyimpanan, penyelenggaraan dan pengekalan semua maklumat dan data Individu di pangkalan data elektronik, , kemudahan, pelayan dan pelayan sandaran yang ditentukan oleh kami, yang terletak di luar negara Individu untuk tujuan yang dinyatakan dalam Terma dan Syarat ini.
  9. Sekiranya Individu mempunyai sebarang permintaan (termasuk Penarikan Diri), pertanyaan atau komen mengenai perlindungan data peribadi atau amalan kami, sila e-mel kepada [hhdataprivacy@darlie.com].
  10. Untuk maklumat lanjut mengenai pengumpulan dan pemprosesan data dan isu-isu yang berkaitan, sila meneliti laman web kami https://www.darlie.com.my/en/corporate-info/privacy .

Am

Sekiranya terdapat mana-mana peruntukan dalam terma dan syarat-syarat ini yang ternyata tidak tepat atau tidak boleh dikuatkuasakan , maka ketidaktepatan tersebut tidak boleh menjejaskan peruntukkan-peruntukan yang lain yang tetap berkuasa dan kekal di dalam Terma dan Syarat ini.

Terma dan Syarat Peraduan hendaklah diertikan, ditadbir dan ditafsirkan menurut undang-undang Malaysia.




Appendix A/ Lampiran A


EM Exclusive Contest / Peraduan Eksklusif EM -(Sabah & Sarawak) – Participating Outlets/ Rakan Niaga yang mengambil bahagian

No Group Outlet Name
1 Bataras Group BATARAS HYPERMARKET
2 Bataras Group BATARAS HYPERMARKET - ITCC
3 Bataras Group BATARAS HYPERMARKET - PUTATAN
4 Bataras Group BATARAS HYPERMARKET - TAMPARULI
5 Bataras Group BATARAS MARKET PLACE
6 Bataras Group BATARAS SDN BHD - GRD MDK
7 Bataras Group BATARAS SDN BHD -KOLOMBONG
8 Bataras Group BATARAS SDN BHD-KENINGAU
9 Bataras Group BATARAS SDN BHD-PAPAR
10 Bataras Group BATARAS SUPERMARKET -INDAH PERMAI
11 Bataras Group BATARAS SUPERSTORE
12 Bataras Group BATARAS SUPERSTORE - BUND
13 Bataras Group BATARAS SUPERSTORE - KM
14 Bataras Group BATARAS SUPERSTORE - KUNDASANG
15 Bataras Group BATARAS SUPERSTORE - PTTN
16 Bataras Group BATARAS SUPERSTORE - PUTERA JAYA
17 Bataras Group BATARAS SUPERSTORE - TELIPOK
18 Bataras Group BATARAS SUPERSTORE - WSN PLZ
19 Bataras Group BATARAS SUPERSTORE KEPAYAN RIDGE
20 Bataras Group BATARAS SUPERSTORE KINGFISHER
21 Bataras Group BATARAS MARKETPLACE (JALAN PANTAI)
22 Bataras Group BATARAS SUPERSTORE - KGU 2
23 Bataras Group BATARAS FRESH MART INANAM
24 Bataras Group BATARAS FRESH MART ASIA CITY
25 Bataras Group BATARAS SUPERSTORE KOTA BELUD
26 Bataras Group BATARAS SUPERSTORE RANAU
27 Bataras Group BATARAS SUPERSTORE TUARAN
28 Bataras Group BATARAS SUPERSTORE MENGKABONG
29 Bataras Group BATARAS SUPERSTORE SULAMAN
30 Bataras Group BATARAS SDN BHD - LB
31 Bataras Group BATARAS SDN BHD -LABUAN
32 Bataras Group BATARAS SUPERSTORE-SDK
33 Bataras Group BATARAS HYPERMARKET
34 Bataras Group BATARAS HYPERMARKET
35 Bataras Group BATARAS HYPERMARKET - BUGAYA
36 Bataras Group BATARAS HYPERMARKET - SSL
37 Bataras Group BATARAS HYPERMARKET - SEAFRONT
38 Bataras Group BATARAS SUPERSTORE - STEPHEN TAN
39 Bataras Group BATARAS HYPERMARKET - SABINDO
40 Bataras Group BATARAS SUPERSTORE - KUNAK
41 Emart Group EMART (BATU KAWA) SDN BHD - KING CE
42 Emart Group EMART (BATU KAWA) SDN. BHD.
43 Emart Group EMART (BATU NIAH) SDN BHD (546410-A
44 Emart Group EMART (BINTULU) SDN BHD
45 Emart Group EMART (MATANG)
46 Emart Group EMART (MOYAN)
47 Emart Group EMART (RIAM) SDN. BHD.
48 Emart Group EMART (SEJINGKAT)
49 Emart Group EMART (SUMMER MALL)
50 Emart Group EMART (TABUAN JAYA)
51 Emart Group EMART (THE HILLS)
52 Emart Group EMART (TUDAN) SDN BHD
53 Emart Group EMART XPRESS SDN BHD (DEMAK LAUT)
54 Emart Group EMART XPRESS SDN BHD (SUKMA RIA)
55 Everwin Group EVERWIN (BATU NIAH) TRADING SDN BHD
56 Everwin Group EVERWIN (SUNGAI MERAH) TRADING SDN
57 Everwin Group EVERWIN (SUNGAI MERAH) TRADING SDN
58 Everwin Group EVERWIN CENTRE SDN BHD - 7TH MILES
59 Everwin Group EVERWIN CENTRE SDN BHD - MOYAN
60 Everwin Group EVERWIN CENTRE SDN BHD (17 MILES)
61 Everwin Group EVERWIN CENTRE SDN BHD (BATU 11)
62 Everwin Group EVERWIN CENTRE SDN BHD (BAU)
63 Everwin Group EVERWIN CENTRE SDN BHD (DESA WIRA)
64 Everwin Group EVERWIN CENTRE SDN BHD (KENYALANG)
65 Everwin Group EVERWIN CENTRE SDN BHD (SAMARAHAN)
66 Everwin Group EVERWIN CENTRE SDN BHD (SEMARIANG)
67 Everwin Group EVERWIN CENTRE SDN BHD (SERIAN)
68 Everwin Group EVERWIN CENTRE SDN BHD (SRI AMAN)
69 Everwin Group EVERWIN CENTRE SDN BHD MJC
70 Everwin Group EVERWIN ECO MART SDN BHD
71 Everwin Group EVERWIN ECONOMIC MART
72 Everwin Group EVERWIN ENTERPRISE SDN BHD
73 Everwin Group EVERWIN FASHION HOUSE (BINTULU) SDN
74 Everwin Group EVERWIN HYPERMARKET SDN BHD
75 Everwin Group EVERWIN SUPERMARKET CENTRE POINT
76 Everwin Group EVERWIN SUPERMARKET DEPARTMENT STOR
77 Everwin Group EVERWIN SUPERMARKET DEPARTMENT STOR
78 Everwin Group EVERWIN SUPERMARKET KROKOP
79 Everwin Group EVERWIN SUPERMARKET PUJUT
80 Everwin Group EVERWIN SUPERMARKET SENADIN
81 Everwin Group EVERWIN SUPERMARKET TUDAN
82 Everwin Group EVERWIN SUPERMARKET TUNKU
83 Everwin Group EVERWIN SUPERMART SDN BHD
84 Farley Group FARLEY (KCH) SDN BHD - 6 MILES
85 Farley Group FARLEY (KS) SDN. BHD.
86 Farley Group FARLEY (SIBU) SDN BHD
87 Farley Group FARLEY MINI MARKET
88 Servay Group SERVAY HYPERMARKET (S) SB-KK
89 Servay Group SERVAY HYPERMARKET (S) SB-LKS
90 Servay Group SERVAY JAYA SUPERMARKET SB
91 Servay Group SERVAY HYPERMARKET (S) SB-PTN
92 Servay Group SERVAY HYPERMARKET (S) SB-PPG
93 Servay Group SERVAY JAYA SUPERMARKET SDN. BHD -
94 Servay Group SERVAY JAYA SUPERMARKET SDN.BHD - B
95 Servay Group SERVAY HYPERMARKET (S) SDN BHD - IN
96 Servay Group SERVAY PREMIER SDN BHD
97 Servay Group SERVAY JAYA SDN.BHD. - PAPAR
98 Servay Group SERVAY JAYA SDN BHD - SPTG
99 Servay Group SERVAY HYPERMARKET (SABAH) S/B - PA
100 Servay Group SERVAY JAYA SUPERMARKET S/B - KUDAT
101 Servay Group SERVAY HYPER MARKET (S) SDN BHD (BE
102 Servay Group SERVAY JAYA SUPERMARKET - (TAMBUNA
103 Servay Group SERVAY JAYA SUPERMARKET SB - 1B
104 Servay Group SERVAY EVERGREEN SDN BHD - KETIAU
105 Servay Group SERVAY HYPERMARKET ( SABAH ) SDN BH
106 Servay Group PARKWELL DEPARTMENTAL STORE
107 Servay Group SERVAY HYPERMARKET (SDK) SB
108 Servay Group SERVAY SUPERMARKET SDN BHD-SDK
109 Servay Group SERVAY JAYA SDN BHD-KBTG
110 Servay Group SERVAY JAYA SEJATI WALK
111 Servay Group SERVAY HYPERMARKET (S) SDN BHD
112 Servay Group SERVAY HYPERMARKET (SABAH) SDN BHD
113 Servay Group SERVAY HYPERMARKET (S) SDN BHD
114 Servay Group SERVAY JAYA SUPERMARKET S/B
115 Servay Group SERVAY JAYA SUPERMARKET SDN BHD
116 Servay Group SERVAY JAYA SUPERMARKET SDN BHD (LD
117 Servay Group SERVAY JAYA SUPERMARKET SDN BHD - S
118 Servay Group SERVAY JAYA SUPERMARKET SDN BHD - TULIP
119 Servay Group SERVAY JAYA SUPERMARKET SDN BHD-BATU 27



Appendix B/ Lampiran B


Dali Exclusive Contest/ Peraduan Eksklusif Dali –Participating Outlets/ Rakan Niaga yang mengambil bahagian

  1. BEE GAR TRADING SDN. BHD.
  2. EYRAH SMART RESOURCES
  3. HOME-U (M) SDN. BHD
  4. PANJI REZEKI SDN BHD
  5. PASARAYA KS CHU SDN BHD
  6. S L HIN ENTERPRISE SDN BHD
  7. SHARINOR ENTERPRISE
  8. SHARINOR ENTERPRISE
  9. SHARINOR ENTERPRISE
  10. U ALL MART (PASIR MAS) SDN. BHD.
  11. CHANG JIANG ENTERPRISE SDN BHD
  12. CK SUPERSAVE MART SDN BHD
  13. KEDAI UBAT NEW OASIS SDN BHD
  14. LOO CHE MING
  15. LR SURESH STORE
  16. PASARAYA BESAR SAKAN (KG GAJAH) S/B
  17. PASARAYA MINAT (KAMPAR) SDN BHD
  18. PERNIAGAAN ING ANG
  19. PERNIAGAAN SIN ING ANG
  20. PERNIAGAAN SIN YIN ONN
  21. PERNIAGAAN YIN ONN
  22. SIN CHEE SANG SDN BHD
  23. SIN YONG SEN ENTERPRISE SDN BHD
  24. SWEE HIN CHAN ( KUALA KANGSAR )
  25. V SEGAR MART (TG RAMBUTAN) SDN BHD
  26. YIN ONN (T. INTAN) SDN BHD
  27. YIN YIN MINI MARKET
  28. CHOP SWEE HIN CHAN (M) SDN BHD
  29. CHOP SWEE HIN CHAN (M) SDN BHD
  30. ON HING FUEL STATION SDN.BHD.
  31. SIN YONG HONG ENTERPRISE
  32. THINOGARAN A/L KRISHNAN
  33. THYE LOONG ENTERPRISE - KUALA KANGS
  34. V SEGAR MART SDN BHD
  35. NIRWANA HYPERMARKET SDN BHD
  36. NIRWANA HYPERMARKET SDN BHD(BATU 3)
  37. NIRWANA HYPERMARKET SDN BHD(JAYA GA
  38. NIRWANA HYPERMARKET SDN BHD(STAR CI
  39. NIRWANA MAJU SDN BHD-BATU HITAM
  40. NIRWANA MAJU SDN BHD-INDERA SEMPURN
  41. NIRWANA MAJU SDN BHD-KEMAMAN
  42. NIRWANA MAJU SDN BHD(J/GAMBANG)
  43. CHOP HONG HUAT
  44. NIRWANA MAJU SDN.BHD.(DUNGUN)
  45. NIRWANA MAJU SDN.BHD.(KTRG)
  46. PASARAYA MARANG
  47. PASARAYA SAMAMAJU (D) SDN.BHD
  48. PASARAYA SINAR MEGA(MARANG)
  49. PASARAYA XIRI SDN. BHD (GONG DATOK)
  50. PASARAYA XIRI SDN.BHD.(W/TAPAI)
  51. PERNIAGAAN SELESA
  52. POK ENG TIN ENTERPRISE SDN BHD
  53. SABASUN HYPERRUNCIT SDN BHD
  54. SABASUN HYPERRUNCIT SDN BHD (2)
  55. XIRI(K.BERANG) SDN. BHD(CAWANGAN MA
  56. XIRI(K.BERANG)SDN. BHD(CAWANGAN BUK
  57. XIRI(K.BERANG)SDN.BHD
  58. ZUA PERMAI TRADING
  59. ASTAKA SHOPPING CENTRE (MUAR) SDN.B
  60. BACHANG FAMILY STORE SDN BHD
  61. BATU BERENDAM FAMILY STORE SDN BHD
  62. BEST FRESH MART SDN BHD
  63. BUKIT RAMBAI FAMILY STORE SDN BHD
  64. CH PENGKALAN SDN BHD
  65. DUYONG FAMILY STORE SDN BHD
  66. FRESH N CONVENIENT RETAIL (MERLIMAU
  67. JASIN POINT
  68. JASIN POINT FAMILY STORE SDN BHD
  69. JASIN SHOPPING CENTRE SDN BHD
  70. KESIDANG FAMILY STORE SDN BHD
  71. KINI MART (M) SDN BHD
  72. KLEBANG FAMILY STORE SDN BHD
  73. M PARADE FAMILY STORE SDN BHD
  74. MASJID TANAH FAMILY STORE SDN BHD
  75. MLK MALL FAMILY STORE SDN BHD
  76. NIRWANA MAJU SDN.BHD. (SEGAMAT)
  77. NIRWANA MAJU SDN.BHD. (YAYASAN)
  78. PASARAYA HWA THAI SDN.BHD.
  79. PASARAYA MERLIMAU POINT
  80. SGU FAMILY STORE SDN BHD
  81. BEST FRESH MART SDN. BHD. (1252979-
  82. BIG SUPERMART SDN BHD BANDAR TUN
  83. BIG SUPERMART SDN BHD SRI GOMBAK
  84. BIG SUPERMART SDN. BHD.
  85. BIG SUPERMART SDN. BHD. (684872-M)
  86. MEGAH AMAN SDN. BHD. (1472740-D) TE
  87. MEGAH FRESH SDN. BHD. (1379305-T) B
  88. MEGAH SUPERMARKET (BANTING)
  89. PUSAT BORONG MATAHARI (KTP) SDN.BHD
  90. PUSAT BORONG MATAHARI (SHAH ALAM) S
  91. PUSAT BORONG MATAHARI (SHAH ALAM) S
  92. PUSAT BORONG MATAHARI SDN BHD (1095
  93. PUSAT BORONG MATAHARI SDN BHD (1095
  94. PUSAT BORONG MATAHARI SDN. BHD. (10
  95. PUSAT BORONG MATAHARI(SHAH ALAM) S/
  96. PUSAT PERNIAGAAN MATAHARI SDN. BHD
  97. ANGKASA MARKETING SDN BHD - PARIT R
  98. ANGKASA MARKETING SDN BHD-PT SULONG
  99. ANGKASA MARKETING SDN.BHD
  100. CHUAN AIK CASH & CARRY SDN BHD
  101. DEE SUPERMARKET SDN BHD
  102. EXCOWELL CORPORATION SDN BHD-TARGET
  103. HOE SOON (BP) SDN BHD
  104. MY MART GOLDEN GLOBE (PARIT BETAK)
  105. NIRWANA MAJU (BATU PAHAT) SDN.BHD.
  106. NIRWANA MAJU (TONGKANG PECAH) SDN B
  107. NIRWANA MAJU (YONG PENG) SDN BHD
  108. PASARAYA DIAN PANG CASH&CARRY S/B
  109. PASARAYA HOE SOON
  110. PASARAYA WELLWARD SDN BHD
  111. QIMART SDN BHD-2
  112. TARGET SUPERMARKET (AYER HITAM )SDN
  113. TARGET SUPERMARKET (BATU PAHAT) SDN
  114. TARGET SUPERMARKET (BUKIT BAKRI) SD
  115. TARGET SUPERMARKET (KLUANG) SDN BHD
  116. TARGET SUPERMARKET (PARIT RAJA ) SD
  117. TARGET SUPERMARKET (SRI KLUANG) SDN
  118. TARGET SUPERMARKET (TAMAN KLUANG PE
  119. TARGET SUPERMARKET SDN BHD
  120. TARGET SUPERMARKET SDN BHD - YONG P
  121. TARGET SUPERMARKET(BENUT)SDN BHD
  122. AL KHWAJA MAJU ENTERPRISE
  123. CHOP GUAN SENG
  124. CHUA KAH SENG SUPERMARKET SDN BHD
  125. EDARAN S.A.AL HABSHEE SD BHD
  126. EJ SAVEMART (GP) SDN BHD
  127. EJ SAVEMART SDN BHD
  128. ENG HAN CASH & CARRY SDN BHD
  129. HUP SOON TRADING & MARKETING
  130. KEDAI UBAT DAN RUNCIT HENG LONG -
  131. KHJ FRESH MARKET SDN BHD
  132. LITTLE GENIUS BABY PRODUCTS CENTRE
  133. LU MIAO (KULAI) SDN BHD
  134. LU MIAO CONSOLIDATE SDN BHD
  135. MACIZO ENTERPRISE (M) SDN BHD
  136. MIDAS MERGE SDN BHD
  137. MY MART GOLDEN GLOBE SDN BHD
  138. MY MIX MART SDN BHD
  139. OREN SUPER STORE SDN BHD
  140. PASAR MINI Q & Q
  141. KEDAI UBAT DAN SERBANIKA SOON TECK
  142. PASARAYA BS KUALA ROMPIN SDN BHD
  143. PASARAYA BS KUALA ROMPIN SDN BHD
  144. PASARAYA BS SDN BHD
  145. PASARAYA BS TANJUNG GEMUK SDN BHD
  146. PASARAYA CINWA SDN BHD
  147. PASARAYA EVERJOY (GP) SDN BHD
  148. PASARAYA EVERJOY (TUN AMINAH) SDN B
  149. PASARAYA EVERJOY SDN BHD
  150. PASARAYA EVERJOY SDN BHD
  151. PASARAYA HWA THAI SDN BHD
  152. PASARAYA HWA THAI SDN BHD
  153. PASARAYA HWA THAI SDN BHD
  154. PASARAYA HWA THAI SDN BHD
  155. PASARAYA HWA THAI SDN BHD
  156. PASARAYA HWA THAI SDN BHD
  157. PASARAYA HWA THAI SDN BHD
  158. PASARAYA HWA THAI SDN BHD
  159. PASARAYA HWA THAI SDN BHD
  160. PASARAYA HWA THAI SDN BHD
  161. PASARAYA HWA THAI SDN BHD
  162. PASARAYA JIASON (NUSA DAMAI) SDN BH
  163. PASARAYA JIASON (NUSA DAMAI) SDN BH
  164. PASARAYA JIASON SDN BHD -P8
  165. PASARAYA KINI SDN BHD
  166. PASARAYA KINI SDN BHD
  167. PASARAYA LU MIAO ENDAU SDN BHD
  168. PASARAYA LU MIAO ENDAU SDN BHD
  169. PASARAYA Q & Q
  170. TAI TONG TRADING CO - KELAPA SAWIT
  171. PASARAYA TITAH (KULAI) SDN BHD
  172. PASARAYA TITAH(KULAI) SDN BHD
  173. PASARAYA TITAH (KULAI) SDN BHD
  174. PASARAYA U-POINT SDN BHD
  175. SYARIKAT PERNIAGAAN BEE HUAT
  176. TARGET SUPERMARKET (KULAI) SDN BHD
  177. TARGET SUPERMARKET (PONTIAN) SDN. B
  178. PASARAYA TITAH (KULAI) SDN BHD
  179. UNIFIED VISION SDN BHD
  180. VALUE MEGASTORE SDN BHD
  181. ONE FAMILY 69 ENTERPRISE
  182. CERIA MART LAPAN LAPAN
  183. EDARAN MUTIARA KK S/B
  184. FRESH MART BRO & SIS SDN. BHD.
  185. JJ EKORIA SDN BHD (SP)
  186. KEDAI BORONG DIN CS (G)
  187. KITA FRESH & FROZEN MART SDN. BHD.
  188. KNH DIAMOND SDN.BHD.(TANAH MERAH)
  189. MAKRO UTARA SDN.BHD. (BEDONG)
  190. NFS AMG TRADING (ARAU)
  191. PASAR MINI DA AI
  192. PASARAYA ANEKA (GURUN) S/B
  193. PASARAYA ENG HENG BEE(SPG.EMPAT)
  194. PASARAYA K CERIA (PENDANG) S/B
  195. PASARAYA KAWAN KITA SDN BHD(GURUN)
  196. PASARAYA YAWATA (JITRA) S/B
  197. PEMBORONG PAK TAM SDN BHD
  198. PERNIAGAAN UBAT TEIK AUN HOE
  199. R.M.MUTAIYA TRADING SDN.BHD.
  200. SP HUA HONG SDN.BHD.
  201. SUPERMAS RETAIL SDN BHD
  202. CS BROTHER SDN BHD-BANGI AVENUE
  203. CS BROTHERS SDN BHD
  204. CS BROTHERS SDN BHD
  205. CS BROTHERS SDN BHD
  206. CS BROTHERS SDN BHD-CHERAS
  207. FOOK AN MEDICAL HALL
  208. G.U.S. (M) SDN BHD - GRAND UNION
  209. G.U.S. (SRI DAMANSARA) SDN BHD
  210. HANIFFA SDN BHD
  211. JUTARIA CASH & CARRY SDN BHD
  212. K/U & RUNCIT HONG NING DESA AMAN PU
  213. KEDAI UBAT & RUNCIT HONG NING SDN B
  214. KEDAI UBAT DAN RUNCIT FOOK SUN
  215. KEDAI UBAT DAN RUNCIT KIM LOY
  216. PASARAYA & UBAT HON MENG
  217. PASARAYA MEGAHERBS & FOOD SDN BHD
  218. PASARAYA MENG FATT
  219. PASARAYA SOON HUAT
  220. PASARAYA WAH FONG THK SDN BHD
  221. PASARAYA YAN SENG SDN BHD.
  222. SOON CHEONG MARINE PRODUCTS S/B
  223. STAR GROCER
  224. STAR GROCER SDN BHD
  225. STAR GROCER SDN BHD
  226. TS MAJU TRADING SDN BHD
  227. BEN MART TRADING SDN BHD
  228. BEN MART TRADING SDN BHD (PUDU)
  229. BEN MART TRADING SDN BHD (JINJANG B
  230. B FAMILY MART S/B
  231. BAHAU ZEMART SDN.BHD.
  232. G.U.S.(NILAI) SDN BHD
  233. KK FAMILY MART SDN BHD
  234. MANTIN ZEMART SDN BHD
  235. SENAWANG ZEMART SDN BHD
  236. SP ZEMART SDN BHD-CAW SIKAMAT
  237. CHOP HUAT KEE
  238. CHOP HUP LEE
  239. DAILY WHOLESALE & RETAIL SDN. BHD.
  240. DAILY WHOLESALE & RETAIL SDN. BHD.
  241. DAILY WHOLESALE & RETAIL SDN.BHD.(
  242. FOOK SIANG MINI MARKET
  243. HAI HUAT GROCERY (M) SDN BHD
  244. HOME MART FRESH & FROZEN SDN. BHD.
  245. HOME MART FRESH & FROZEN SDN. BHD.
  246. HOME MART FRESH & FROZEN SDN. BHD.
  247. JAYAMAS SUPERSTORE (RELAU) SDN BHD
  248. LS MART PASARAYA (SG DUA) SDN.BHD.
  249. LS MART PASARAYA SDN BHD
  250. LS MART PASARAYA SDN BHD (BM)
  251. LS MART PASARAYA SDN BHD (GSP)
  252. LS MART PASARAYA SDN BHD (PS)
  253. LS MART PASARAYA SDN BHD (SIMPANG A
  254. LS MART PASARAYA SDN. BHD. - SG PET
  255. LS MART PASARAYA SDN.BHD.
  256. MARCO POLO CASH&CARRY SDN. BHD.
  257. MARCO POLO CASH&CARRY SDN. BHD.
  258. MARCO POLO CASH&CARRY SDN.BHD
  259. MINAT(KULIM)SUPERMARKET SDN BHD
  260. MINAT(KULIM)SUPERMARKET SDN BHD
  261. PASARAYA 800 ZONKHAS SDN. BHD.
  262. PERNIAGAAN KIM FAR
  263. SERI DELIMA MINI MARKET
  264. SHEN TAR TRADING
  265. STALLION STAR MARKETING
  266. SUGO GARDEN SDN BHD
  267. WONDEFUL EXPRESS MART SDN. BHD.
  268. WONDERFUL SUPER MART SHOP SDN. BHD.
  269. WONDERFUL SUPERMARKET (PENANG) SDN.
  270. YAWATA (N.T.) SUPERMARKET SDN.BHD.
  271. ZEN VISTA SDN. BHD.
  272. ZEN VISTA SDN. BHD.
  273. MASLEE EXPRESS SDN BHD - DAHLIA
  274. MASLEE EXPRESS SDN BHD - PONTIAN
  275. MASLEE EXPRESS SDN BHD - PASIR GUDANG
  276. MASLEE EXPRESS SDN BHD -SETIA INDAH
  277. MASLEE EXPRESS SDN BHD - IDAMAN
  278. MASLEE EXPRESS SDN BHD - PEKAN NANAS
  279. MASLEE EXPRESS SDN BHD - KOTA MASAI
  280. MASLEE EXPRESS SDN BHD - AMAN
  281. MASLEE EXPRESS SDN BHD - TERATAI
  282. MASLEE EXPRESS SDN BHD - DESARU
  283. MASLEE EXPRESS SDN BHD - KEMPAS
  284. MASLEE EXPRESS SDN BHD - MOLEK PINE
  285. MASLEE EXPRESS SDN BHD - TAMAN DAYA
  286. MASLEE EXPRESS SDN BHD - B5
Tip-tip Kesihatan Mulut
/
T&C
/
Kempen Akhir Tahun Darlie (Darlie Year End Campaign) - Terma & Syarat.