Darlie Fresh Adventures 2023 TNC
Darlie Fresh Adventures 2023 – Terma & Syarat
Penganjur & Kelayakan
- Darlie Fresh Adventures 2023 ["Peraduan"] adalah dianjurkan oleh Hawley & Hazel Marketing (Malaysia) Sdn Bhd, Malaysia (Pendaftaran No. 198301010293 (105656-T)) ["Penganjur"] dan terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas pada permulaan tempoh Peraduan dengan MyKad yang sah ["Peserta"]. Dengan menyertai Peraduan ini, peserta dianggap telah memahami dan bersetuju untuk terikat dengan terma dan syarat Peraduan ini. Hadiah akan diberikan mengikut dan tertakluk kepada terma dan syarat-syarat ini.
- Individu daripada kumpulan-kumpulan berikut tidak layak menyertai Peraduan ini:
- Kakitangan pihak Penganjur [termasuk syarikat-syarikat berhubung dan bersabit] dan ahli keluarga terdekat mereka [anak-anak, ibu bapa, adik-beradik, termasuk suami-isteri ]; dan/ atau
- Perwakilan, kakitangan, pekerja dan / atau ejen perkhidmatan pengiklanan dan / atau promosi Penganjur [termasuk syarikat-saham bersekutan dan berkaitannya], dan ahli keluarga terdekat mereka [anak-anak, ibu bapa, adik-beradik, termasuk suami-isteri].
- Individu yang mempunyai hubungan rapat dengan kakitangan Penganjur [termasuk syarikat-syarikat berhubung dan bersabit].
Tempoh Peraduan
- Peraduan ini akan bermula pada 1 Okt 2023 jam "00:00:001" berakhir pada 30 Nov 2023 pada "23:59:59" ["Tempoh Peraduan"]. Penganjur berhak untuk mengubah, melanjutkan, menggantung atau menamatkan Tempoh Peraduan pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu. Semua penyertaan yang diterima di luar Tempoh Peraduan akan dibatalkan secara automatik.
Penyertaan dan Kelayakan Peraduan
-
Untuk menyertai Peraduan ini, peserta mesti membeli produk Darlie bernilai minimum RM20 dalam satu resit rasmi asal di mana-mana kedai/ outlet Rakan Niaga yang mengambil bahagian di Malaysia. [“Kedai/ Outlet Rakan Niaga”].
Senarai Kedai/ Outlet Rakan Niaga yang mengambil bahagian- Semua Kedai/ Outlet Rakan Niaga Darlie (Seluruh Negara Malaysia)
- Stor Rasmi Online Darlie (Lazada & Shopee)
- Hanya pembelian produk Darlie bernilai minimum RM20 dalam satu resit rasmi asal dari mana-mana Kedai/ Outlet Rakan Niaga yang mengambil bahagian di Malaysia (dengan Resit rasmi asal yang sah dikeluarkan dalam Tempoh Peraduan) dianggap sebagai penyertaan yang sah dalam Peraduan ini ["Bukti Pembelian"]. Setiap penyertaan dalam Peraduan akan menjadi milik Penganjur selepas penerimaan oleh Penganjur.
- Peserta perlu mengemukakan penyertaan mereka melalui WhatsApp ["Penyerahan / Kaedah Mod Penyertaan"]
- Bagaimana untuk menyertai:
- Penyertaan yang lengkap dan dihantar hendaklah mengandungi perkara berikut:
- Gambar resit rasmi asal yang jelas dan lengkap [“Bukti Pembelian”] yang menunjukkan pembelian produk Darlie bernilai minimum RM20 dalam satu resit Rasmi di mana-mana Kedai/ Outlet Rakan Niaga yang mengambil bahagian di Malaysia (Seluruh Negara). Resit rasmi asal mesti disimpan kerana pemenang akan diminta memberikan bukti pembelian apabila dihubungi.
- Imbas kod QR pada bahan pengiklanan Darlie Fresh Adventure bagi tujuan paparan laman Whatsapp Darlie yang telah ditetapkan
- WhatsApp resit rasmi pembelian asal yang jelas dan lengkap ["Bukti Pembelian"] kepada Darlie WhatsApp Chat yang ditetapkan bersama-sama dengan butiran lengkap peserta: Nama penuh, MyKad no. dan nama kedai/ oulet pembelian (contohnya Sofia Bt Adel, 9201020-10-1310, Watsons IOI Mall Puchong)
- Pihak Penganjur berhak untuk meminta salinan Bukti Pembelian untuk pengesahan dan penebusan hadiah. Peserta dikehendaki menyimpan semua resit asal (sebagai Bukti Pembelian). Kegagalan membuat sedemikian akan mengakibatkan pembatalan kemenangan hadiah/ kehilangan kelayakan untuk menebus hadiah.
- Penyertaan Penebusan yang lengkap dengan Bukti Pembelian yang sah dan jelas (Resit Rasmi asal) yang akan dihantar melalui WhatsApp pada masa yang sama atau serentak dengan butiran peribadi akan dianggap sebagai penyertaan yang sah.
- Pihak Penganjur tidak akan menghantar sebarang pengesahan bagi penyertaan yang diterima melalui WhatsApp.
-
Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan tetapi setiap SATU (01) resit rasmi asal adalah layak untuk SATU (01) penyertaan sahaja.
-
Setiap Satu (1) resit rasmi asal yang dihantar yang menunjukkan pembelian minimum RM20 produk Darlie layak mendapat SATU (1) penyertaan sahaja.
-
Sebagai contoh:
- Satu (1) Resit rasmi asal dengan nilai RM20 bagi mana-mana produk Darlie = Satu (1) Penyertaan sahaja
- Satu (1) Resit rasmi asal dengan nilai RM40 bagi mana-mana produk Darlie = Satu (1) Penyertaan sahaja
-
Setiap Satu (1) resit rasmi asal yang dihantar yang menunjukkan pembelian minimum RM20 produk Darlie layak mendapat SATU (1) penyertaan sahaja.
- Setiap peserta hanya layak untuk mendapat SATU (01) hadiah sahaja sepanjang Tempoh Peraduan.
- Hadiah tidak boleh dipindah milik dan tidak boleh ditukar dengan sebarang hadiah lain.
- Penebusan hadiah ini adalah sah ditawarkan pada asas pertama datang, pertama berkhidmat dan / atau sementara stok masih ada.
- Pemenang perlu menunjuk bukti identiti dan Bukti Pembelian (Resit Rasmi asal) semasa atau sebelum Hadiah Peraduan untuk tujuan pengesahan dan pemeriksaan. Resit rasmi asal yang diubahsuai / tidak jelas / tidak lengkap / berulang / Salinan / tidak boleh dibaca akan dianggap tidak sah dan kemudian akan secara automatik terbatal dari Peraduan ini.
- Penganjur berhak untuk menggantikan mana-mana hadiah dengan barangan yang sama nilainya pada bila-bila masa mengikut budi bicara mutlak mereka tanpa notis terlebih dahulu. Semua hadiah tidak boleh dipindah milik, diserah hak, ditukar, tidak boleh dikembalikan dan tidak boleh ditukar kepada hadiah lain/ wang atau ditebus oleh Peserta dalam apa-apa bentuk lain atau cara lain daripada yang ditetapkan oleh Pihak Penganjur.
- Hadiah diberikan berasaskan “keadaan sedia ada.” Hadiah hendaklah digunakan/diambil atas risiko Peserta sepenuhnya dan Penganjur sama sekali tidak memberi sebarang jaminan mahupun menanggung sebarang liabiliti berhubung dengan Hadiah setakat yang dibenarkan di bawah undang-undang. Sekiranya apa-apa isu timbul daripada penggunaan hadiah yang telah dimenangi, Penganjur atau agensi tidak akan bertanggungjawab. Oleh itu, pemenang dikehendaki untuk berhubung dengan pembekal hadiah terlibat.
- Semua penyertaan mesti diterima melalui WhatsApp sahaja; apa-apa bentuk penghantaran lain tidak akan diterimakan.
-
Pemenang peraduan akan dipilih berdasarkan perkara berikut:
- Penyertaan peraduan yang lengkap, Bukti Pembelian yang sah dan jelas (Resit Rasmi Asal) yang akan dihantar melalui WhatsApp pada masa yang sama atau serentak dengan butiran lengkap peserta Nama penuh, MyKad no. dan nama kedai/ oulet pembelian (contohnya Sofia Bt Adel, 9201020-10-1310, Watsons IOI Mall Puchong)
- Memberikan Bukti Pembelian yang sah dan jelas (Resit Rasmi asal) yang menunjukkan produk, nilai pembelian, nombor invois atau cukai, tarikh dan nama kedai/ outlet. Resit yang diubahsuai dengan/ tidak jelas/ tidak lengkap/ berulang/ salinan/ tidak boleh dibaca akan dianggap tidak sah dan kemudian akan dikecualikan secara automatik untuk Peraduan ini.
Pemenang akan dipilih dengan cara berikut:
-
Peraduan:
- Setiap penyertaan yang sah akan dikira sebagai 1 penyertaan.
- Penganjur akan menerima maksimum 8000 penyertaan sahaja untuk peraduan ini, penyertaan ke 8000 ke atas adalah tidak layak untuk menang.
- Setiap penyertaan ke-10, peserta (iaitu no.10,20,30,40....) akan dipilih sebagai pemenang hadiah saguhati.
- Setiap penyertaan ke-100, peserta (iaitu no.100,200,300....) akan dipilih sebagai pemenang hadiah Utama.
- Pemenang Hadiah Utama adalah tidak layak untuk memenangi hadiah saguhati.
Sekiranya penyertaan Peraduan yang diterima tidak mencukupi untuk memudahkan pemilihan pemenang bagi SEMUA Hadiah yang ditawarkan , Penganjur berhak untuk membatalkan hadiah yang selebihnya kerana penyertaan yang tidak mencukupi tanpa notis terlebih dahulu.
Keputusan Penganjur mengenai semua perkara yang berkaitan dengan Peraduan termasuk pengadilan dan pemilihan pemenang adalah muktamad, mengikat dan tidak boleh dipertikaikan oleh Peserta, dan surat-menyurat, pertanyaan, rayuan, aduan atau bantahan tidak akan dilayani.
Penganjur berhak untuk mengkaji semula, menunda, menangguhkan cabutan hadiah dan tarikh pemberitahuan tanpa notis terlebih dahulu.
Hadiah Peraduan yang akan diberikan:
- Hadiah Peraduan
- Hadiah Utama : Bilik “Quad” di Genting SkyWorlds Hotel– Penginapan 1 Malam (bernilai RM942) X 80 pemenang
- Hadiah-hadiah Utama akan diagihkan setiap minggu, tertakluk kepada penyertaan pemenang
- Jika pemenang melepasi jumlah penebusan untuk minggu tersebut
(iaitu jika terdapat 12 pemenang pada minggu ke-3, pemenang nombor 12 akan menerima baucar biliknya pada minggu berikutnya) - Jika pemenang kurang daripada jumlah penebusan untuk minggu tersebut
(iaitu jika hanya ada 10 pemenang pada minggu ke-4, hadiah nombor 11 pada minggu ke-4 akan diteruskan ke minggu berikutnya, menjadikan agihan hadiah minggu ke-5 adalah kepada 12 pemenang) - Tempoh Tempahan: 1 Okt 2023 hingga 29 Feb 2024
- Tempoh Penginapan: 1 Dis 2023 hingga 31 Mei 2024
- Tutup: Tidak termasuk Hari Kelepasan Am dan Cuti Umum Malaysia
- Pengesahan bilik penginapan adalah tertakluk pada ketersediaan bilik dan adalah berdasarkan kepada penebusan terawal.
- Setelah tempahan disahkan, tiada pindaan atau pembatalan akan dilayan.
- Tawaran ini hanya sah untuk penginapan pada tarikh yang dinyatakan dan tidak boleh ditukar dengan wang tunai.
- Peserta adalah tidak berhak untuk mendapatkan sebarang kod penggantian sekiranya berlaku sebarang kehilangan kod baucar akibat dari sebarang keadaan yang diluar jangkaan.
- Tiada bayaran balik akan dikeluarkan jika bilik dibatalkan atau tidak digunakan.
- Pihak Pengurusan berhak untuk mengubah, meminda, membatalkan atau menambah syarat-syarat ini atau menarik balik tawaran pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.
- Hadiah Saguhati : Tiket taman tema Genting SkyWorlds (bernilai RM189) X 720 pemenang
- Hadiah-hadiah Saguhati akan diagihkan setiap minggu, tertakluk kepada penyertaan pemenang
- Jika pemenang melepasi jumlah penebusan untuk minggu tersebut
(iaitu jika terdapat 91 pemenang pada minggu ke-3, pemenang nombor 91 akan menerima tiketnya pada minggu berikutnya) - Jika pemenang kurang daripada jumlah penebusan untuk minggu tersebut
(iaitu jika hanya terdapat 89 pemenang pada minggu ke-4, hadiah nombor 90 pada minggu ke-4 akan dibawa ke minggu berikutnya, menjadikan agihan hadiah minggu ke-5 adalah kepada 91 pemenang) - Kategori tiket adalah Tiket 1 hari (Standard)
- Tiket ini sah dari 1 Dis 2023 hingga 31 Mei 2024
- Perkhidmatan tunggangan, tarikan, hiburan, restoran atau tawaran lain mungkin tidak tersedia, diubah suai atau beroperasi pada kapasiti yang dikurangkan.
- Penggunaan Tiket dan/atau kemasukan ke Genting SkyWorlds menunjukkan penerimaan anda terhadap Terma & Syarat & Peraturan & Syarat & Tiket Am.
- Tiada permintaan untuk menukar tarikh sah Tiket akan dilayan.
- Tiket tidak boleh dipindah milik, bukan untuk dijual semula, ditukar dan/atau tidak boleh dibayar balik dalam apa jua keadaan, termasuk faktor luaran di luar kawalan kami yang munasabah (cth. Jerebu, cuaca buruk, tindakan kerajaan, perbuatan Tuhan, rusuhan atau mogok) dan akan terbatal jika dipinda, rosak dan/atau diubah.
- Semua tetamu mesti menyimpan e-mel pengesahan mereka untuk tujuan pemeriksaan apabila diperlukan.
- Terma &syarat ini akan ditadbir oleh dan ditafsirkan mengikut undang-undang Malaysia dan anda dengan ini bersetuju untuk menyerahkan kepada bidang kuasa eksklusif mahkamah Malaysia.
- Semua tetamu mesti mematuhi terma &syarat yang ditetapkan dan mematuhi semua terma & syarat Genting SkyWorlds seperti yang ditetapkan dalam https://www.gentingskyworlds.com/en/rulesregulations.html
- Terma & Syarat operasi lain mungkin dikenakan.
- Berkuat kuasa 5hb Julai 2023
- Ahad hingga Khamis: 11 pagi hingga 6 petang
- Jumaat & Sabtu: 11 pagi hingga 8 malam
- Taman adalah ditutup setiap Rabu kecuali Cuti Umum Malaysia dan Cuti Sekolah.
- Penebusan Hadiah Peraduan
- Pemenang akan menerima mesej ucapan tahniah dan kod baucar daripada WhatsApp Rasmi Darlie.
- Setelah menerima kod baucar, anda perlu log masuk ke laman web Genting dan tempahan mesti dibuat sebelum 29 Feb 24.
- Log masuk melalui https://book.rwgenting.com/onelogin/login. Anda boleh log masuk dengan Akaun Genting sedia ada anda dengan atau mendaftar akaun Genting baru.
- Selepas log masuk, skrol ke bawah hingga ke bahagian HOTDEALS:
- Pilih "Genting Sky Worlds Hotel"
- Tarikh daftar masuk dan daftar keluar pilihan
(tempoh penginapan mestilah diantara 1 Dis 23 – 31 Mei 24) - Masukkan kod baucar (di kawasan kod promo)
- Klik pada butang tempah sekarang
- Apabila anda mengklik butang “Tempah Sekarang”, anda akan dibawa ke halaman yang memaparkan rumusan tempahan anda. Pengesahan adalah diperlukan sebelum anda memilih butang “Keluar”.
- Periksa peti “Inbox” e-mel anda selepas anda menyempurnakan langkahan yang ditetapkan. Anda akan menerima kod QR dalam e-mel anda. Semak e-mel “Spam” anda sekiranya anda tidak menerima sebarang pengesahan. Anda juga boleh menghubungi Genting SkyWorlds Hotel untuk sebarang keterangan lanjut.
- Setelah menerima kod, anda dikehendaki menggunakan e-mel pengesahan tempahan untuk mendaftar masuk di kaunter pejabat hadapan Genting Sky Worlds bagi tujuan memasuki bilik penginapan
- Pemenang akan menerima kod QR daripada Akaun Rasmi Darlie WhatsApp
- Tetamu perlu menunjukkan kod QR dan imbasan terus di Taman Tema Genting Sky Worlds sebelum yamasuk ke taman tema.
- Setiap satu tiket hanya boleh ditebus sekali sahaja, sekiranya terdapat sebarang isu kesilapan penebusan tiket, sila hubungi:
Talian Khidmat Tetamu @ 0192016286
Emel rasmi @ tpguestservices@genting.com - Tetamu hanya boleh menempah VQ (Barisan Maya)
- Tempahan sebaik sahaja mereka menghubungkan tiket kemasukan mereka ke aplikasi mudah alih GSW pada tarikh lawatan mereka.
- Reservation once they link their admission ticket into GSW mobile app on their visit date.
- Bagi tetamu yang tidak memuat turun aplikasi mudah alih GSW, mereka mesti menyimpan tiket kemasukan mereka untuk tujuan kemasukan semula ke taman.
- Baucar ini sah sebelum tempoh sah berakhir. Sila semak kesahihan tiket sebelum masuk ke taman.
Hadiah-hadiah yang dikeluarkan garis masa:
Minggu | Tarikh Penerimaan Hadiah | Penebusan Hadiah Utama - 1x Bilik “Quad” di Genting Skyworld Hotel (setiap penyertaan ke-100) |
---|---|---|
1 | 9-Okt – 15 Okt 2023 | 3 |
2 | 16 Okt – 22 Okt 2023 | 11 |
3 | 23 Okt – 29 Okt 2023 | 11 |
4 | 30 Okt -5 Nov 2023 | 11 |
5 | 6 Nov- 12 Nov 2023 | 11 |
6 | 13 Nov – 19 Nov 2023 | 11 |
7 | 20 Nov – 26 Nov 2023 | 11 |
8 | 27 Nov - 3 Dis 2023 | 11 |
Jumlah Hadiah : 80 pemenang |
Hadiah-hadiah yang dikeluarkan garis masa:
Minggu | Tarikh Penerimaan Hadiah | Penebusan Hadiah Saguhati - 1x Tiket Taman Tema Genting Skyworld (setiap penyertaan ke-10) |
---|---|---|
1 | 9-Okt – 15 Okt 2023 | 90 |
2 | 16 Okt – 22 Okt 2023 | 90 |
3 | 23 Okt – 29 Okt 2023 | 90 |
4 | 30 Okt -5 Nov 2023 | 90 |
5 | 6 Nov- 12 Nov 2023 | 90 |
6 | 13 Nov – 19 Nov 2023 | 90 |
7 | 20 Nov – 26 Nov 2023 | 90 |
8 | 27 Nov - 3 Dis 2023 | 90 |
Jumlah Hadiah : 720 pemenang |
Hadiah Utama : Bilik Quad Hotel Genting SkyWorlds
-
Langkah untuk menebus
Hadiah Saguhati : Genting SkyWorlds Tiket taman tema
-
Langkah untuk menebus:
Perlucutan Kelayakan
Penyertaan berikut akan disingkirkan:
- Penyertaan yang tidak jelas, tidak lengkap, berulang, salinan, tidak boleh dibaca, tidak betul/ sah atau salah; dan / atau
- Penyertaan yang melanggar Terma dan Syarat, mana-mana undang-undang dan /atau peraturan yang berkuat kuasa.
Selain itu, Penganjur berhak untuk melucutkan kelayakan mana-mana Peserta yang:
- menjejaskan, telah atau cuba menjejaskan perjalanan Peraduan dengan pemalsuan, penipuan atau perdayaan; dan / atau
- tidak layak atau tidak dapat mengemukakan bukti kelayakan untuk mengambil bahagian dalam Peraduan apabila diminta untuk pengesahan oleh Penganjur.
- Sekiranya perlucutan kelayakan berlaku selepas Hadiah diberikan, Penganjur berhak untuk menuntut pemulangan Hadiah atau bayaran nilainya daripada Peserta yang lucut kelayakan.
Liabiliti & Tanggungjawab
- Semua kos dan perbelanjaan yang ditanggung dan/atau timbul daripada Penyertaan dalam Peraduan, termasuk tanpa terhad kepada caj telekomunikasi, rangkaian, Khidmat Pesanan Ringkas (SMS), pos dan semua caj lain sedemikian dan perbelanjaan sendiri yang mungkin dibelanjakan oleh Peserta semasa atau berhubung dengan Peraduan hendaklah ditanggung oleh Peserta.
- Bukti penghantaran Penyertaan bukan bukti penerimaan, dan Penganjur tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap sebarang Penyertaan yang lewat, hilang, rosak dan/atau Penyertaan yang tidak diterima. Penganjur tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kesilapan, ketinggalan, gangguan, pemotongan, kerosakan, kelewatan, kegagalan operasi atau transmisi, kegagalan talian komunikasi, kecurian atau kemusnahan, capaian tanpa izin, atau perubahan komunikasi pengguna atau ahli, atau sebarang masalah atau gangguan teknikal terhadap sebarang rangkaian atau talian telekomunikasi, sistem komputer dalam talian, pelayan atau penyedia perkhidmatan, peralatan komputer, sistem, perisian, kegagalan e-mel atau penerimaan Penyertaan disebabkan oleh masalah teknikal atau kesesakan lalu lintas di internet. Peserta bertanggungjawab untuk memastikan bahawa Penyertaan Peraduan mematuhi semua peraturan, terma dan syarat-syarat Peraduan, dan bahawa peryertaan adalah mengikut format/ bentuk yang dikehendaki oleh Penganjur.
- Dengan menyertai, anda memberi kebenaran kepada Penganjur untuk memproses data peribadi anda yang disediakan untuk tujuan seperti yang dinyatakan.
- Penganjur mempunyai hak untuk memilih pihak ketiga ["Agensi"] untuk memproses data peribadi pembeli.
- Penganjur hendaklah mengambil langkah-langkah yang diperlukan untuk memastikan bahawa data peribadi pembeli dilindungi. Agensi juga akan mematuhi langkah-langkah pencegahan yang sama.
- Dengan menyertai Peraduan ini, semua peserta bersetuju untuk melindungi, melepaskan dan tidak mempertanggungjawabkan Penganjur, syarikat pegangan, anak syarikat atau syarikat berkaitannya, agensi-agensi, kakitangan, pegawai, para pengarah, ejen, penaja dan/atau wakilnya daripada, sebarang dan segala kerugian, hak, tuntutan, tindakan dan kerosakan (termasuk kerosakan khas, tidak langsung dan lanjutan) yang timbul daripada atau ditanggung akibat Penyertaan Peserta dalam Peraduan, penerimaan dan/atau penggunaan mana-mana Hadiah, Penyertaan Peserta dan/atau persamaannya berkaitan dengan Peraduan atau pelanggaran Terma dan Syarat.
- Semua kos dan perbelanjaan yang ditanggung dan/atau timbul daripada Penyertaan dalam Peraduan, termasuk tanpa terhad kepada caj telekomunikasi, rangkaian, Khidmat Pesanan Ringkas (SMS), pos dan semua caj lain sedemikian dan perbelanjaan sendiri yang mungkin dibelanjakan oleh Peserta semasa atau berhubung dengan Peraduan hendaklah ditanggung oleh Peserta. Penganjur tidak mempunyai kewajiban untuk menggantikan Peserta bagi mana-mana kos dan perbelanjaan yang timbul.
- Peserta mengakui bahawa penyertaan mereka dalam Peraduan adalah atas risiko mereka sendiri.
- Penganjur, syarikat pegangan, anak syarikat atau syarikat berkaitannya, agensi-agensi, kakitangan, pegawai, para pengarah, ejen, penaja dan/atau wakilnya tidak akan bertanggungjawab dan / atau berkewajiban kepada mana-mana Peserta sehubungan dengan:
- sebarang kegagalan untuk memenangi Hadiah dalam Peraduan, Hadiah yang rosak disebabkan oleh kecuaian, perbuatan dan/ atau penyalahgunaan Hadiah atau sebarang kerugian lain, kerosakan, kos, perbelanjaan, tuntutan, liabiliti, kecederaan, kematian, kemalangan yang dialami oleh Peserta semasa Peraduan atau yang timbul daripada atau berkaitan dengan penyertaan peserta dalam Peraduan dan/ atau Hadiah yang diberikan.
- sebarang penundaan dan/atau kegagalan dalam menerima dan menghantar Penyertaan sebagai akibat daripada kegagalan rangkaian, komunikasi, ISP atau gangguan sistem, gangguan dan / atau kegagalan yang dialami oleh Penganjur atau penyedia perkhidmatan telekomunikasi Peserta dan / ataupun yang berpunca daripada penyertaan atau muat turun mana-mana bahan dalam Peraduan.
- sebarang kesilapan (termasuk kesilapan dalam pemberitahuan kepada pemenang Peraduan), kegagalan, gangguan, penghapusan, kecacatan, kelewatan dalam operasi atau penghantaran, kegagalan jalur komunikasi, pencurian, pemusnahan, pengubahan atau akses penyertaan yang tidak sah, atau penyertaan yang hilang atau tertunda sama ada timbul atau tidak semasa operasi atau siaran sebagai akibat daripada fungsi server, virus, bug atau sebab-sebab yang lain di luar kawalan Penganjur.
- Penganjur, ejen, penaja dan/atau wakilnya tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk menunaikan mana-mana kewajipan mereka berhubung dengan Peraduan dan Terma dan Syarat jika mereka tidak dapat berbuat demikian disebabkan keadaan di luar kawalan mereka dan dalam keadaan sedemikian mereka tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk membayar pampasan kepada Peserta dalam apa cara sekalipun.
Kriteria Penilaian
Keputusan Pihak Penganjur adalah muktamad. Sebarang surat menyurat, pertanyaan, rayuan, aduan dan/ atau bantahan tidak akan diterima atau dilayani.
Pemberitahuan Pemenang Peraduan
- Semua pemenang yang berjaya akan dimaklumkan melalui WhatsApp messenger. Semua hadiah mesti dituntut dalam tarikh yang dinyatakan dalam jadual 1 (untuk pemenang hadiah utama) dan jadual 2 (untuk pemenang hadiah saguhati) (tempoh penebusan 1 Disember 2023 – 31 Mei 2024) dari tempoh notis. Penganjur tidak akan melayan sebarang permintaan untuk penangguhan tempoh tangguh.
- Penganjur berhak untuk membatalkan kelayakan peserta yang tidak mematuhi prosedur penebusan hadiah seperti yang ditentukan oleh Penganjur.
- Pihak Penganjur berhak untuk melantik pihak ketiga untuk mengendalikan proses pengesahan pemenang Peraduan dan untuk tujuan penghantaran hadiah.
- Semua panggilan atau sesi hubungan mungkin dipantau dan dirakam untuk tujuan penyimpanan rekod, latihan dan tujuan jaminan kualiti sama ada oleh penganjur atau pihak ketiga yang dilantik.
Jadual 1 : Pemenang Hadiah Utama
Pemenang Mingguan | Tarikh Penerimaan Hadiah | Tempoh Pra-tempahan Sebarang tarikh pra tempahan lewat daripada tempoh yang dinyatakan – hadiah akan dibatalkan |
Tempoh Penginapan |
---|---|---|---|
1 | 9-Okt – 15 Okt 2023 | 9 Okt 2023– 29 Feb 2024 | 1 Dis 2023 – 31 Mei 2024 |
2 | 16 Okt – 22 Okt 2023 | 16 Okt 2023– 29 Feb 2024 | |
3 | 23 Okt – 29 Okt 2023 | 23 Okt 2023 – 29 Feb 2024 | |
4 | 30 Okt -5 Nov 2023 | 30 Okt 2023 – 29 Feb 2024 | |
5 | 6 Nov- 12 Nov 2023 | 6 Nov 2023 – 29 Feb 2024 | |
6 | 13 Nov – 19 Nov 2023 | 13 Nov 2023 – 29 Feb 2024 | |
7 | 20 Nov – 26 Nov 2023 | 20 Nov 2023 – 29 Feb 2024 | |
8 | 27 Nov - 3 Dis 2023 | 27 Nov 2023– 29 Feb 2024 | |
Jadual 2 : Pemenang Hadiah Saguhati
Pemenang Mingguan | Tarikh Penerimaan Hadiah | Tarikh Penebusan Hadiah |
---|---|---|
1 | 9-Oct – 15th Okt 2023 | 1st Dis 2023 – 31 Mei 2024 |
2 | 16 Okt – 22 Okt 2023 | |
3 | 23 Okt – 29 Okt 2023 | |
4 | 30 Okt -5 Nov 2023 | |
5 | 6 Nov- 12 Nov 2023 | |
6 | 13 Nov – 19 Nov 2023 | |
7 | 20 Nov – 26 Nov 2023 | |
8 | 27 Nov - 3 Dis 2023 | |
Pengiklanan
Dengan penerimaan hadiah Peraduan, pemenang dianggap memberi kebenaran telah diberikan kepada Penganjur dan agensi-agensinya untuk menggunakan nama dan / atau gambar-gambar peserta bagi tujuan publisiti, pengiklanan dan / atau pemasaran tanpa sebarang notis dan / atau pampasan.
Perubahan kepada Terma & Syarat
Penganjur berhak untuk mengubah, meminda, memadam atau menambah Terma dan Syarat Peraduan ini tanpa notis terlebih dahulu pada bila-bila masa dan Peserta adalah terikat kepada perubahan tersebut.
Penggantungan
Pihak Penganjur juga berhak untuk membatalkan, mengubah suai atau menggantung Peraduan ini sekiranya berlaku keadaan yang tidak diduga di luar kawalan yang munasabah.
Akta Perlindungan Data Peribadi 2010
Notis di bawah Seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ("PDPA") kepada pengguna Hawley & Hazel Marketing (M) Sdn. Bhd.
Pengguna yang dihormati,
Di bawah PDPA, terdapat beberapa syarat yang mengawal pemprosesan data peribadi anda sebagai individu (“individu”). Ia memaklumkan individu tentang hak-hak anda di bawah PDPA, termasuk tindakan yang boleh diambil oleh Individu untuk melaksanakan hak-hak tersebut dan akibatnya, dan secara khususnya: -
- Bahawa kami ["Penganjur"] mengumpul data peribadi Individu daripada Penyertaan Peraduan;
- Data peribadi individu dikumpulkan / diproses untuk tujuan Peraduan dan pemasaran
- Pengesahan identiti Individu
- Memaklumkan Individu jika Individu adalah peserta yang dipilih;
- Melaksanakan urusan Peraduan;
- Tujuan promosi, pemasaran dan / atau pentadbiran;
- Statistik dan Pentargetan Semula: melaksanakan analisis data dan statistik anonim dan lebih kerap memaparkan iklan yang relevan kepada Individu apabila Individu melawat laman web lain;
- Tujuan lain seperti yang dikehendaki mengikut undang-undang, termasuk tetapi tidak terhad kepada prosedur mahkamah, siasatan jenayah atau pendakwaan atau apabila diperintahkan oleh mana-mana pihak berkuasa yang berwenang;
- Individu berhak untuk mengakses dan membetulkan data peribadi Individu;
- Data peribadi individu dikongsi kepada Agensi / Penganjur yang dilantik untuk tujuan pemprosesan;
- Data peribadi yang diminta daripada individu hanya akan digunakan untuk tujuan yang dinyatakan;
- Data peribadi yang diminta adalah wajib dan maklumat yang tidak lengkap, akan menyebabkan penyertaan Individu terbatal;
- Sekiranya Individu telah disahkan sebagai Pemenang, sebarang perubahan kepada data peribadi individu harus dimaklumkan kepada Penganjur;
- Pemindahan Data Peribadi kepada Pihak Ketiga
- Dengan menyertai Peraduan ini, Individu bersetuju bahawa Penganjur boleh memindahkan data peribadi Individu kepada pihak ketiga dan anak syarikat Penganjur, di antaranya pihak ketiga tersebut dan / atau anak syarikat kami mungkin terletak di luar negara Individu, untuk melaksanakan tujuan yang dinyatakan dalam Terma dan Syarat ini tanpa notis selanjutnya.
- Maklumat dan data peribadi Individu disimpan dan dikekalkan di [pangkalan data elektronik, kemudahan, pelayan dan pelayan cadangan Penganjur, syarikat berkaitan, dan / atau pihak ketiga yang dibenarkan oleh Penganjur] yang mungkin terletak di luar negara Individu, di mana perlindungan undang-undang dan standard keperluan keselamatan mungkin tidak setara dengan yang disediakan oleh dan diwajibkan secara sah oleh undang-undang dan peraturan yang berkenaan di negara Individu. Individu dengan ini bersetuju dengan pemindahan,penyimpanan, penyelenggaraan dan pengekalan semua maklumat dan data Individu di pangkalan data elektronik, , kemudahan, pelayan dan pelayan sandaran yang ditentukan oleh kami, yang terletak di luar negara Individu untuk tujuan yang dinyatakan dalam Terma dan Syarat ini.
- Sekiranya Individu mempunyai sebarang permintaan (termasuk Penarikan Diri), pertanyaan atau komen mengenai perlindungan data peribadi atau amalan kami, sila e-mel kepada [hhdataprivacy@darlie.com].
- Untuk maklumat lanjut mengenai pengumpulan dan pemprosesan data dan isu-isu yang berkaitan, sila meneliti laman web kami https://www.darlie.com.my/en/corporate-info/privacy .
Am
Sekiranya terdapat mana-mana peruntukan dalam terma dan syarat-syarat ini yang ternyata tidak tepat atau tidak boleh dikuatkuasakan , maka ketidaktepatan tersebut tidak boleh menjejaskan peruntukkan-peruntukan yang lain yang tetap berkuasa dan kekal i dalam Terma dan Syarat ini.
Terma dan Syarat Peraduan hendaklah diertikan, ditadbir dan ditafsirkan menurut undang-undang Malaysia.