Dengan melayari laman web ini, anda telah setuju dengan pengguna Cookie untuk terus menawarkan iklan dan promosi yang sesuai dengan minat anda, untuk melaksanakan statistik dan memudahkan perkongsian informasi mengenai rangkaian sosial. Untuk maklumat lebih lanjut, klik sini

Cara Terbaik untuk Memutihkan Gigi

Beberapa tahun yang lalu, kecantikan dental telah menjadi popular. Semua orang mahukan gigi yang cantik. Membeli produk pemutihan dan dental DIY adalah murah dan mudah. Anda juga boleh ke pakar pemutihan dan dapatkan prosedur pemutihan untuk hasil yang dramatik. Secara amnya, ada dua cara yang terbaik untuk memutihkan gigi dan memperbaiki gigi kuning.

Prosedur Pemutihan

Ia boleh memutihkan warna semulajadi gigi terutamanya dari segi kecerahan. Produk pemutihan dental boleh di beli dari rumah dan boleh didapati di pusat rawatan doktor gigi. Agen pemutih mengandungi bahan aktif seperti carbamide atau hydrogen peroxide. Pada kepekatan 10% hingga 22%, ia boleh menanggalkan perubahan warna internal (kesan exogenous) dan kesan permukaan (kesan endogenuos). Harga prosedur pemutihan mungkin berbeza untuk klinik dan doktor gigi yang menyediakan perkhidmatan ini.

Rawatan pemutihan cahaya terang, juga dikenali sebagai ‘chairside bleaching’, boleh memberikan hasil pemutihan yang jelas. Seputih mana pun ia kelihatan, gigi anda memerlukan beberapa sesi pemutihan kerana dari rawatan ini gigi anda mudah kuning akibat meminum kopi, teh dan minuman ringan.

Gunakan pendakap mulut rekaan khas anda. Ia akan disediakan oleh doktor gigi untuk pemutihan di rumah untuk beberapa jam atau semalaman untuk 2 minggu. Apabila kesan baru menjelma, pakai semula pendakap untuk satu atau dua malam untuk menanggalkan kesan.

Produk yang boleh didapati dari atas kaunter. Produk ini boleh didapati di farmasi dan ia termasuk salapan untuk digunakan dalam pendakap mulut, gel pemutih untuk berus gigi dan strip pemutih gigi. Produk begini tidak mahal dan boleh digunakan dengan sendiri.

Prosedur Tanpa Pemutihan

Tindakan fizikal atau tindakan kimia atau gabungan kedua-duanya menanggalkan kesan permukaan gigi (kesan exogenus). Jika anda tak berkesempatan untuk ke doktor gigi, anda boleh menggunakan pelbagai ubat gigi untuk menanggalkan kesan dengan sedikit kekasaran. Antaranya, ubat gigi pemutih yang membersihkan kesan pada gigi lebih efektif kerana mengandungi kimia istimewa atau agen penggilap. Pembersihan secara profesional atau pengamal pembersihan oral juga menggunakan kekasaran dan penggilap untuk menanggalkan kesan luaran yang terjadi kerana makanan dan tembakau.

Hasil daripada rawatan pemutihan mungkin berbeza. Ubat gigi pemutih mungkin akan berhasil untuk sesetengah orang tapi untuk mereka yang mempunyai pemudaran warna kelabu dan lebih lagi mungkin harus menggunakan porcelain veniers atau pelekat gigi untuk mendapat senyuman yang anda mahukan. Sila rujuk doktor gigi atau pakar dental tentang rawatan yang sesuai untuk anda. Pemutihan profesional boleh dilakukan di doktor gigi atau di rumah. Cubalah produk pemutihan gigi Darlie yang lain untuk mengetahui yang mana paling sesuai dengan anda.

Artikel ini adalah untuk tujuan mempromosi pemahaman topik kesihatan oral dan mempromosi pengetahuan yang relevan dan tidak patut digunakan sebagai pengganti nasihat daripada pakar, diagnosis atau rawatan. Jika anda mempunyai pertanyaan tentang masalah medikal atau rawatan, sentiasa dapatkan pendapat daripada doktor gigi atau pakar yang bertauliah.
Tip-tip Kesihatan Mulut
/
Whitening
/
Cara Terbaik untuk Memutihkan Gigi