Skip to main content

Buy And Win Ice Watch Contest TNC

Peraduan Beli & Menang Ice Watch – Terma & Syarat


Penganjur & Kelayakan

  1. ‘Peraduan Beli & Menang Ice Watch’ [“Peraduan”] dianjurkan oleh Hawley & Hazel Marketing (Malaysia) Sdn Bhd, Malaysia (Pendaftaran No. 198301010293 (105656-T)) [“Penganjur”] dan terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas pada permulaan tempoh Peraduan dengan MyKad yang sah [“Peserta”]. Dengan menyertai peraduan ini, peserta dianggap telah memahami dan bersetuju untuk terikat dengan terma dan syarat Peraduan ini. Hadiah akan diberikan mengikut dan tertakluk kepada terma dan syarat-syarat ini.

  2. Individu dari kumpulan-kumpulan berikut tidak layak untuk menyertai Peraduan ini:
    • Kakitangan pihak Penganjur [termasuk syarikat-syarikat berhubung dan bersabit] dan ahli-ahli keluarga terdekat mereka [anak-anak, ibu bapa, adik-beradik, termasuk suami-isteri]; dan/atau
    • Perwakilan, kakitangan, pekerja dan / atau agensi perkhidmatan pengiklanan dan/ atau promosi Penganjur [terdapat juga syarikat-saham bersekutan dan berkaitannya], dan ahli keluarga terdekat mereka (anak-anak, ibu bapa, adik-beradik, termasuk suami-isteri).
    • Individu yang mempunyai hubungan rapat dengan kakitangan Penganjur [termasuk syarikat-syarikat berhubung dan bersabit]

Tempoh Peraduan

  1. Peraduan ini akan bermula pada 28 November 2023 "00:00:001" dan berakhir pada 08 Januari 2024 "23:59:59" ["Tempoh Peraduan"]. Penganjur berhak untuk mengubah, melanjutkan, menggantung atau menamatkan tempoh Peraduan pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu. Semua penyertaan yang diterima di luar tempoh Peraduan akan dibatalkan secara automatik.

Penyertaan dan Kelayakan Peraduan

  1. Untuk menyertai Peraduan, peserta mesti membeli produk Darlie bernilai minimum RM35 (mesti termasuk sekurang-kurangnya (satu unit) Ubat Gigi Darlie All Shiny White Baking Soda Aloe Fresh ATAU sekurang-kurangnya (satu unit) Berus Gigi Darlie High Density Gum Care) dalam satu Resit rasmi asal di mana-mana kedai/ outlet Rakan Niaga yang mengambil bahagian di Malaysia. [Sila rujuk kepada “Kedai/ Outlet Rakan Niaga”].

    Senarai Kedai/Outlet Rakan Niaga yang mengambil bahagian
    • WATSONS PERSONAL CARE STORES SDN BHD (ONLINE & IN STORE)

  2. Hanya dengan pembelian produk Darlie bernilai minimum RM35 (mesti termasuk sekurang-kurangnya (satu unit) Ubat Gigi Darlie All Shiny White Baking Soda Aloe Fresh ATAU sekurang-kurangnya (satu unit) Berus Gigi Darlie High Density Gum Care) dalam satu Resit rasmi asal dari mana-mana Kedai/ Outlet Rakan Niaga yang mengambil bahagian di Malaysia (dengan Resit rasmi asal yang sah dikeluarkan dalam tempoh Peraduan) dianggap sebagai penyertaan yang sah dalam Peraduan ini ["Bukti Pembelian"]. Setiap penyertaan dalam Peraduan akan menjadi milik Penganjur selepas penerimaan oleh Penganjur.

  3. Peserta perlu mengemukakan penyertaan mereka melalui WhatsApp ["Penyerahan / Mod Penyertaan"]
    • Bagaimana untuk menyertai:
    • Setiap penyertaan mesti dilengkapi seperti berikut:
      1. Pembelian produk Darlie bernilai minimum RM35 (mesti termasuk sekurang-kurangnya (satu unit) Ubat Gigi Darlie All Shiny White Baking Soda Aloe Fresh ATAU sekurang-kurangnya (satu unit) Berus Gigi Darlie High Density Gum Care) dalam satu Resit Rasmi asal dari mana-mana Kedai/ Outlet Rakan Niaga yang mengambil bahagian di Malaysia. Resit rasmi asal mesti disimpan kerana pemenang akan diminta untuk memberikan bukti pembelian apabila dihubungi.
      2. Jawab soalan:
        Ubat Gigi Darlie All Shiny White Baking Soda Aloe Fresh adalah diformulasikan dengan baking soda gred makanan. Ya atau Tidak?
      3. WhatsApp resit rasmi asal jelas kepada 6016-208 4021 bersama-sama dengan butiran peribadi anda yang lengkap; Nama Lengkap, empat digit terakhir Nombor MyKad anda dan Jawapan kepada soalan.
        (Contoh: Sofia Bt Adel, 5522, Ya/Tidak).
    • Penganjur berhak untuk meminta Bukti Pembelian (Resit Rasmi asal ) untuk pengesahan dan penebusan hadiah. Peserta diminta untuk menyimpan semua resit rasmi asal (sebagai Bukti Pembelian). Kegagalan membuat sedemikian akan mengakibatkan pembatalan kemenangan hadiah / kehilangan kelayakan untuk menebus hadiah.
    • Penyertaan Peraduan yang lengkap dengan Bukti Pembelian yang sah dan jelas (Resit Rasmi asal) yang akan dihantar melalui WhatsApp pada masa yang sama atau serentak dengan butiran peribadi akan dianggap sebagai penyertaan yang sah.
    • Penganjur tidak akan menghantar sebarang pengesahan untuk penyertaan yang diterima melalui WhatsApp.
    • Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan tetapi setiap SATU (01) resit rasmi asal hanya layak untuk SATU (01) penyertaan.
      1. Setiap Satu (1) resit rasmi asal dengan pembelian minimum RM35 nilai produk Darlie (mesti termasuk sekurang-kurangnya (satu unit) Ubat Gigi Darlie All Shiny White Baking Soda Aloe Fresh ATAU sekurang-kurangnya (satu unit) Berus Gigi Darlie High Density Gum Care) layak untuk SATU (1) penyertaan sahaja.
        For example:
        • Satu (1) Resit rasmi asal dengan RM35 nilai produk Darlie = Satu (1) Penyertaan sahaja
        • Satu (1) Resit rasmi asal dengan RM70 nilai produk Darlie = Satu (1) penyertaan sahaja
        • Penambahan pembelian kuantiti produk yang diperlukan dalam satu resit rasmi asal tidak akan menambahkan bilangan penyertaan.

  4. Setiap peserta hanya layak untuk memenangi SATU (01) hadiah sepanjang tempoh Peraduan.

  5. Hadiah tidak boleh dipindah milik dan tidak boleh ditukar kepada sebarang hadiah lain.

  6. Penebusan hadiah ini adalah sah ditawarkan pada asas pertama datang, pertama berkhidmat dan / atau sementara stok masih ada.

  7. Pemenang perlu menunjuk bukti identiti dan Bukti Pembelian (Resit Rasmi asal) semasa atau sebelum menerima/menebus Hadiah Peraduan untuk tujuan pengesahan dan pemeriksaan. Resit rasmi asal yang diubahsuai/ tidak jelas/ tidak lengkap/ berulang/ salinan/ tidak boleh dibaca akan dianggap tidak sah dan kemudian akan secara automatik terbatal dari Peraduan ini.

  8. Penganjur berhak untuk menggantikan mana-mana hadiah dengan barangan yang sama nilainya pada bila-bila masa mengikut budi bicara mutlak mereka tanpa notis terlebih dahulu. Semua hadiah tidak boleh dipindah milik, diserah hak, ditukar, tidak boleh dikembalikan dan tidak boleh ditukar kepada hadiah lain/ wang atau ditebus oleh Peserta dalam apa-apa bentuk lain atau cara lain daripada yang ditetapkan oleh Pihak Penganjur.

  9. Hadiah diberikan berasaskan “keadaan sedia ada.” Hadiah hendaklah digunakan/diambil atas risiko Peserta sepenuhnya dan Penganjur sama sekali tidak memberi sebarang jaminan mahupun menanggung sebarang liabiliti berhubung dengan Hadiah setakat yang dibenarkan di bawah undang-undang. Sekiranya apa-apa isu timbul daripada penggunaan hadiah yang telah dimenangi, Penganjur atau agensi tidak akan bertanggungjawab. Oleh itu, pemenang dikehendaki untuk berhubung dengan pembekal hadiah terlibat.

  10. Semua penyertaan mesti diterima melalui WhatsApp sahaja; apa-apa bentuk penghantaran lain tidak akan diterimakan.

  11. Pemenang Peraduan akan dipilih berdasarkan yang berikut:
    • Penyertaan Peraduan yang lengkap, Bukti Pembelian yang sah dan jelas (Resit Rasmi asal) yang dihantar melalui WhatsApp pada masa yang sama atau serentak dengan butiran lengkap peserta; Nama Lengkap, empat digit terakhir nombor MyKad anda dan Jawapan kepada soalan.
      (Contoh: Sofia Bt Adel, 5522, Ya / Tidak).
    • Jawapan yang betul kepada soalan mesti diberikan
    • Memberikan Bukti Pembelian yang sah dan jelas (Resit Rasmi asal) yang menunjukkan produk, nilai pembelian, nombor invois atau cukai, tarikh dan nama kedai/ outlet. Resit yang diubahsuai dengan/ tidak jelas/ tidak lengkap/ berulang/ salinan/ tidak boleh dibaca akan dianggap tidak sah dan kemudian akan dikecualikan secara automatik untuk Peraduan ini.

Pemenang akan dipilih dengan cara berikut:

    Peraduan:
  • Setiap penyertaan yang sah akan diberikan nombor siri.
  • Penyertaan yang sah dengan bilangan siri berulang 20 sehingga nombor siri 400 akan menjadi pemenang yang dipilih.
  • Nombor siri: 20, 40, 60, 80 ... 400.

(Nota: Bilangan maksimum penyertaan untuk peraduan ini ialah 400 penyertaan. Penyertaan selepas penyertaan ke-400 tidak akan layak untuk menang. Setiap penyertaan sah ke-20 akan menjadi pemenang yang terpilih.)

Sekiranya penyertaan Peraduan yang diterima tidak mencukupi untuk memudahkan pemilihan pemenang bagi SEMUA Hadiah yang ditawarkan , Penganjur berhak untuk membatalkan hadiah yang selebihnya kerana penyertaan yang tidak mencukupi tanpa notis terlebih dahulu.

Keputusan Penganjur mengenai semua perkara yang berkaitan dengan Peraduan termasuk pengadilan dan pemilihan pemenang adalah muktamad, mengikat dan tidak boleh dipertikaikan oleh Peserta, dan surat-menyurat, pertanyaan, rayuan, aduan atau bantahan tidak akan dilayani.

Penganjur berhak untuk mengkaji semula, menunda, menangguhkan cabutan hadiah dan tarikh pemberitahuan tanpa notis terlebih dahulu.


Hadiah yang akan diberikan:

  1. Hadiah Peraduan: 20 x Ice Watch bernilai RM489.00

Perlucutan Kelayakan

Penyertaan berikut akan disingkirkan:

  • Penyertaan yang tidak jelas, tidak lengkap, berulang, salinan, tidak boleh dibaca, tidak betul/ sah atau salah; dan / atau
  • Penyertaan yang melanggar Terma dan Syarat, mana-mana undang-undang dan /atau peraturan yang berkuat kuasa.

Selain itu, Penganjur berhak untuk melucutkan kelayakan mana-mana Peserta yang:

  • menjejaskan, telah atau cuba menjejaskan perjalanan Peraduan dengan pemalsuan, penipuan atau perdayaan; dan / atau
  • tidak layak atau tidak dapat mengemukakan bukti kelayakan untuk mengambil bahagian dalam Peraduan apabila diminta untuk pengesahan oleh Penganjur.
  • Sekiranya perlucutan kelayakan berlaku selepas Hadiah diberikan, Penganjur berhak untuk menuntut pemulangan Hadiah atau bayaran nilainya daripada Peserta yang lucut kelayakan.


Liabiliti & Tanggungjawab

  1. Semua kos dan perbelanjaan yang ditanggung dan/atau timbul daripada Penyertaan dalam Peraduan, termasuk tanpa terhad kepada caj telekomunikasi, rangkaian, Khidmat Pesanan Ringkas (SMS), pos dan semua caj lain sedemikian dan perbelanjaan sendiri yang mungkin dibelanjakan oleh Peserta semasa atau berhubung dengan Peraduan hendaklah ditanggung oleh Peserta.

  2. Bukti penghantaran Penyertaan bukan bukti penerimaan, dan Penganjur tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap sebarang Penyertaan yang lewat, hilang, rosak dan/atau Penyertaan yang tidak diterima. Penganjur tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kesilapan, ketinggalan, gangguan, pemotongan, kerosakan, kelewatan, kegagalan operasi atau transmisi, kegagalan talian komunikasi, kecurian atau kemusnahan, capaian tanpa izin, atau perubahan komunikasi pengguna atau ahli, atau sebarang masalah atau gangguan teknikal terhadap sebarang rangkaian atau talian telekomunikasi, sistem komputer dalam talian, pelayan atau penyedia perkhidmatan, peralatan komputer, sistem, perisian, kegagalan e-mel atau penerimaan Penyertaan disebabkan oleh masalah teknikal atau kesesakan lalu lintas di internet. Peserta bertanggungjawab untuk memastikan bahawa Penyertaan Peraduan mematuhi semua peraturan, terma dan syarat-syarat Peraduan, dan bahawa peryertaan adalah mengikut format/ bentuk yang dikehendaki oleh Penganjur.

  3. Dengan menyertai, anda memberi kebenaran kepada Penganjur untuk memproses data peribadi anda yang disediakan untuk tujuan seperti yang dinyatakan.

  4. Penganjur mempunyai hak untuk memilih pihak ketiga ["Agensi"] untuk memproses data peribadi pembeli.

  5. Penganjur hendaklah mengambil langkah-langkah yang diperlukan untuk memastikan bahawa data peribadi pembeli dilindungi. Agensi juga akan mematuhi langkah-langkah pencegahan yang sama.

  6. Dengan menyertai Peraduan ini, semua peserta bersetuju untuk melindungi, melepaskan dan tidak mempertanggungjawabkan Penganjur, syarikat pegangan, anak syarikat atau syarikat berkaitannya, agensi-agensi, kakitangan, pegawai, para pengarah, ejen, penaja dan/atau wakilnya daripada, sebarang dan segala kerugian, hak, tuntutan, tindakan dan kerosakan (termasuk kerosakan khas, tidak langsung dan lanjutan) yang timbul daripada atau ditanggung akibat Penyertaan Peserta dalam Peraduan, penerimaan dan/atau penggunaan mana-mana Hadiah, Penyertaan Peserta dan/atau persamaannya berkaitan dengan Peraduan atau pelanggaran Terma dan Syarat.

  7. Semua kos dan perbelanjaan yang ditanggung dan/atau timbul daripada Penyertaan dalam Peraduan, termasuk tanpa terhad kepada caj telekomunikasi, rangkaian, Khidmat Pesanan Ringkas (SMS), pos dan semua caj lain sedemikian dan perbelanjaan sendiri yang mungkin dibelanjakan oleh Peserta semasa atau berhubung dengan Peraduan hendaklah ditanggung oleh Peserta. Penganjur tidak mempunyai kewajiban untuk menggantikan Peserta bagi mana-mana kos dan perbelanjaan yang timbul.

  8. Peserta mengakui bahawa penyertaan mereka dalam Peraduan adalah atas risiko mereka sendiri.

  9. Penganjur, syarikat pegangan, anak syarikat atau syarikat berkaitannya, agensi-agensi, kakitangan, pegawai, para pengarah, ejen, penaja dan/atau wakilnya tidak akan bertanggungjawab dan / atau berkewajiban kepada mana-mana Peserta sehubungan dengan:
    1. sebarang kegagalan untuk memenangi Hadiah dalam Peraduan, Hadiah yang rosak disebabkan oleh kecuaian, perbuatan dan/ atau penyalahgunaan Hadiah atau sebarang kerugian lain, kerosakan, kos, perbelanjaan, tuntutan, liabiliti, kecederaan, kematian, kemalangan yang dialami oleh Peserta semasa Peraduan atau yang timbul daripada atau berkaitan dengan penyertaan peserta dalam Peraduan dan/ atau Hadiah yang diberikan.
    2. sebarang penundaan dan/atau kegagalan dalam menerima dan menghantar Penyertaan sebagai akibat daripada kegagalan rangkaian, komunikasi, ISP atau gangguan sistem, gangguan dan / atau kegagalan yang dialami oleh Penganjur atau penyedia perkhidmatan telekomunikasi Peserta dan / ataupun yang berpunca daripada penyertaan atau muat turun mana-mana bahan dalam Peraduan.
    3. sebarang kesilapan (termasuk kesilapan dalam pemberitahuan kepada pemenang Peraduan), kegagalan, gangguan, penghapusan, kecacatan, kelewatan dalam operasi atau penghantaran, kegagalan jalur komunikasi, pencurian, pemusnahan, pengubahan atau akses penyertaan yang tidak sah, atau penyertaan yang hilang atau tertunda sama ada timbul atau tidak semasa operasi atau siaran sebagai akibat daripada fungsi server, virus, bug atau sebab-sebab yang lain di luar kawalan Penganjur.

  10. Penganjur, ejen, penaja dan/atau wakilnya tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk menunaikan mana-mana kewajipan mereka berhubung dengan Peraduan dan Terma dan Syarat jika mereka tidak dapat berbuat demikian disebabkan keadaan di luar kawalan mereka dan dalam keadaan sedemikian mereka tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk membayar pampasan kepada Peserta dalam apa cara sekalipun.

Kriteria Penilaian

Keputusan Pihak Penganjur adalah muktamad. Sebarang surat menyurat, pertanyaan, rayuan, aduan dan/ atau bantahan tidak akan diterima atau dilayani.


Pengumuman Pemenang Peraduan

  1. Senarai Pemenang akan diumumkan / dimaklumkan melalui telefon, WhatsApp, e-mel atau mana-mana media lain yang dianggap sesuai oleh Penganjur atau pihak ketiga dalam tempoh 60 Hari selepas Peraduan berakhir.

  2. Sekiranya Hadiah dimenangi, semua hadiah mesti ditebuskan dalam tempoh 2 bulan dari tempoh pemakluman/ notifikasi. Penganjur tidak akan melayan sebarang permintaan untuk penundaan tempoh penebusan. Jika tidak, hadiah akan dihantar kepada pemenang melalui syarikat kurier yang diarahkan dalam tempoh 90 Hari selepas Peraduan berakhir.

  3. Penganjur berhak untuk membatalkan kelayakan peserta yang tidak mematuhi prosedur penebusan hadiah seperti yang ditentukan oleh Penganjur.

  4. Penganjur berhak melantik pihak ketiga untuk mengendalikan proses pengesahan pemenang Peraduan dan untuk tujuan penghantaran hadiah.

  5. Semua panggilan atau sesi hubungan mungkin dipantau dan dirakam untuk tujuan penyimpanan rekod, latihan dan tujuan jaminan kualiti sama ada oleh Penganjur atau pihak ketiga yang dilantik.

Pengiklanan

Dengan penerimaan Hadiah Peraduan, Pemenang dianggap kebenaran kepada Penganjur dan agensi-agensinya untuk menggunakan nama dan / atau gambar-gambar peserta bagi tujuan publisiti, pengiklanan dan /atau pemasaran tanpa sebarang notis dan / atau pampasan.


Perubahan Terma & Syarat

Penganjur berhak untuk mengubah, memindah, memadam atau menambah Terma dan Syarat Peraduan ini tanpa notis terlebih dahulu pada bila-bila masa dan Peserta terikat kepada perubahan tersebut.


Pengantungan

Penganjur juga berhak untuk membatalkan, mengubah atau menangguhkan Peraduan ini dalam kes keadaan yang tidak dijangka di luar kawalan yang munasabah.


Undang-undang Perlindungan Data Peribadi 2010

Notis di bawah Seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“PDPA”) kepada pengguna Hawley & Hazel Marketing (M) Sdn. Bhd.

Pengguna yang dihormati,
Di bawah PDPA, terdapat beberapa syarat yang mengawal pemprosesan data peribadi anda sebagai individu (“individu”). Ia memaklumkan individu tentang hak-hak anda di bawah PDPA, termasuk tindakan yang boleh diambil oleh Individu untuk melaksanakan hak-hak tersebut dan akibatnya, dan secara khususnya: -

  1. Bahawa kami ["Penganjur"] mengumpul data peribadi Individu daripada Penyertaan Peraduan dan pemilik jenama Darlie [Hawley & Hazel Marketing (Malaysia) Sdn. Bhd.] sebagai rakan niaga diberi kuasa untuk memproses data peribadi anda seperti yang dinyatakan dalam T&C ini;
  2. Data peribadi individu dikumpulkan / diproses untuk tujuan Peraduan dan pemasaran
    • Pengesahan identiti Individu
    • Memaklumkan Individu jika Individu adalah peserta yang dipilih;
    • Melaksanakan urusan Peraduan;
    • Tujuan promosi, pemasaran dan / atau pentadbiran;
    • Statistik dan Pentargetan Semula: melaksanakan analisis data dan statistik anonim dan lebih kerap memaparkan iklan yang relevan kepada Individu apabila Individu melawat laman web lain;
    • Tujuan lain seperti yang dikehendaki mengikut undang-undang, termasuk tetapi tidak terhad kepada prosedur mahkamah, siasatan jenayah atau pendakwaan atau apabila diperintahkan oleh mana-mana pihak berkuasa yang berwenang;
  3. Individu berhak untuk mengakses dan membetulkan data peribadi Individu;
  4. Data peribadi individu dikongsi kepada Agensi / Penganjur yang dilantik untuk tujuan pemprosesan;
  5. Data peribadi yang diminta daripada individu hanya akan digunakan untuk tujuan yang dinyatakan;
  6. Data peribadi yang diminta adalah wajib dan maklumat yang tidak lengkap, akan menyebabkan penyertaan Individu terbatal;
  7. Sekiranya Individu telah disahkan sebagai Pemenang, sebarang perubahan kepada data peribadi individu harus dimaklumkan kepada Penganjur;
  8. Pemindahan Data Peribadi kepada Pihak Ketiga
    • Dengan menyertai Peraduan ini, Individu bersetuju bahawa Penganjur boleh memindahkan data peribadi Individu kepada pihak ketiga dan anak syarikat Penganjur, di antaranya pihak ketiga tersebut dan / atau anak syarikat kami mungkin terletak di luar negara Individu, untuk melaksanakan tujuan yang dinyatakan dalam Terma dan Syarat ini tanpa notis selanjutnya.
    • Maklumat dan data peribadi Individu disimpan dan dikekalkan di [pangkalan data elektronik, kemudahan, pelayan dan pelayan cadangan Penganjur, syarikat berkaitan, dan / atau pihak ketiga yang dibenarkan oleh Penganjur] yang mungkin terletak di luar negara Individu, di mana perlindungan undang-undang dan standard keperluan keselamatan mungkin tidak setara dengan yang disediakan oleh dan diwajibkan secara sah oleh undang-undang dan peraturan yang berkenaan di negara Individu. Individu dengan ini bersetuju dengan pemindahan,penyimpanan, penyelenggaraan dan pengekalan semua maklumat dan data Individu di pangkalan data elektronik, , kemudahan, pelayan dan pelayan sandaran yang ditentukan oleh kami, yang terletak di luar negara Individu untuk tujuan yang dinyatakan dalam Terma dan Syarat ini.
  9. Sekiranya Individu mempunyai sebarang permintaan (termasuk Penarikan Diri), pertanyaan atau komen mengenai perlindungan data peribadi atau amalan kami, sila e-mel kepada [hhdataprivacy@darlie.com].
  10. Untuk maklumat lanjut mengenai pengumpulan dan pemprosesan data dan isu-isu yang berkaitan, sila meneliti laman web kami https://www.darlie.com.my/en/corporate-info/privacy.

Am

Sekiranya terdapat mana-mana peruntukan dalam terma dan syarat-syarat ini yang ternyata tidak tepat atau tidak boleh dikuatkuasakan , maka ketidaktepatan tersebut tidak boleh menjejaskan peruntukkan-peruntukan yang lain yang tetap berkuasa dan kekal di dalam Terma dan Syarat ini.

Terma dan Syarat Peraduan hendaklah diertikan, ditadbir dan ditafsirkan menurut undang-undang Malaysia.


Tip-tip Kesihatan Mulut
/
T&C
/
Buy And Win Ice Watch Contest TNC