Skip to main content

Bau Mulut (Halitosis) Adalah Tanda Masalah Organ Tubuh yang Tersembunyi?

Secara amnya terdapat sepuluh jenis penyebab bau mulut.



1. Gigi Reput

Lubang kaviti berlaku pada gigi kerana terdapat banyak bakteria oral dan kurang penjagaan kebersihan oral. Disebabkan terdapat banyak bakteria pada kaviti, memang susah untuk menggosok gigi dengan sempurna. Ini akan menyebabkan bau mulut dan menjejaskan kesihatan oral.


2. Asid Refluks Berlebihan

Terlebih asid di dalam perut akan menyebabkan tekanan di tempat kerja atau tekanan mental yang membuatkan anda sendawa atau muntah dengan rasa yang kurang sedap di dalam mulut. Gunakan pembasuh mulut antibakteria untuk berkumur dan carilah punca asid berlebihan ini.


3. Mulut Kering

Air liur membantu pencernaan, membunuh bakteria dan meneutralkan bahan asid di dalam mulut. Kekurangan air liur akan memperbanyakkan bakteria penyebab bau mulut dan boleh menggugat aktiviti sosial anda. Bernafas dengan mulut dan bukan menggunakan hidung boleh menyebabkan mulut kering. Sila dapatkan rawatan medikal untuk menyelesaikan masalah pernafasan terganggu.


4. Ketakcernaan

Makan terlalu banyak atau mengambil makanan yang susah untuk dihadam akan menyebabkan sembelit atau cirit birit. Pastikan anda mengamalkan pemakanan yang sihat untuk mengekalkan kesihatan dan kebersihan oral.


5. Demam

Apabila anda demam, kahak tekak dan hingus hidung bertambah lebih-lebih lagi jika demam berpanjangan. Anda harus mendapatkan bantuan medikal secepat mungkin. Sayangi tubuh anda dan kurangkan kemungkinan bau mulut.


6. Merokok

Nikotin di dalam rokok dan kimia toksik lain bergolak di dalam mulut dan mengganggu gigi dan lidah. Merokok juga menyebabkan perubahan warna, kerosakan gigi, gusi, lidah dan mulut serta mempengaruhi deria rasa. Ia juga menyebabkan bau mulut. Memakan pudina tidak akan menghilangkan bau rokok jadi berhentilah merokok sekarang!


7. Tidak Menjaga Gigi Palsu Dengan Baik

Secara keseluruhan ia bermaksud meletakkan crown palsu pada gigi bermasalah. Walaupun dengan gigi palsu yang sesuai, masih terdapat banyak ruang antara gigi palsu dan gigi betul. Jika tidak dibersihkan dengan betul dan di jaga dengan baik, ia akan menyebabkan plak terkumpul pada gigi palsu dan menyebabkan masalah dental yang lain. Gigi betul di bahagian bawah juga akan terganggu dengan pereputan gigi dan ini akan menyebabkan bau mulut.


8. Diet Pemakanan dan Tabiat Tidak Sihat

Terlebih alkohol dan tembakau serta kurang tidur, kurang memakan buah dan sayuran segar atau penggunaan ubat akan menyebabkan asid badan serta bau mulut.


9. Makanan Bergula dan Berbau

Makanan begini bukan saja mempengaruhi nafas tetapi juga bau badan. Mengambil makanan tinggi protein, tinggi lemak, makanan goreng dan berasid, gula-gula, minuman berkarbonat, makanan pedas dan alergik dan lain-lain adalah punca utama bau mulut. Lain pula dengan makanan tersebut, saderi, ketumbar, halia dan pudina mempunyai bau segar dan kesan pembersihan. Air bersih juga minuman yang tidak mahal dan boleh membantu membersihkan mulut dengan nafas segar.

Artikel ini adalah untuk tujuan mempromosi pemahaman topik kesihatan oral dan mempromosi pengetahuan yang relevan dan tidak patut digunakan sebagai pengganti nasihat daripada pakar, diagnosis atau rawatan. Jika anda mempunyai pertanyaan tentang masalah medikal atau rawatan, sentiasa dapatkan pendapat daripada doktor gigi atau pakar yang bertauliah.
Tip-tip Kesihatan Mulut
/
Kesegaran
/
Bau Mulut (Halitosis) Adalah Tanda Masalah Organ Tubuh yang Tersembunyi?