Tidak kira sama ada ia sebab kesihatan peribadi atau etika sosial, pastikan nafas anda segar supaya anda konfiden dan tidak takut untuk ketawa. Berikut adalah beberapa petua untuk memastikan nafas anda segar setiap hari.
1. Tabiat Pemakanan
Anda suka makan bawang merah dan bawang putih? Baunya melekat dalam mulut dan air liur jadi kurangkan memakan makanan berbau.
2. Memberus sangat Efektif
Sisa makanan meninggalkan bau yang busuk dalam mulut. Ia bukan sahaja menggugat kebersihan oral tetapi menyebabkan pertumbuhan bakteria. Memflos dan menggosok gigi selepas makan menjadikan gigi bersih dan sihat.
3. Air tidak mempunyai Bau
Meminum air menghasilkan air liur, melembapkan mulut dan membersihkan lidah. Jika mulut kering, sel mati akan terkumpul dan apabila anda tidur, rembesan air liur akan berkurang. Inilah sebabnya anda mempunyai mulut berbau selepas bangun tidur. Meminum alkohol dan menggunakan beberapa jenis ubat menjadikan mulut kering dan mengeluarkan bau. Jadi pastikan mulut anda sentiasa lembap, kerap meminum air atau kunyah gula-gula getah tanpa gula selepas makan untuk menggalakkan perembesan air liur.
4. Berhenti Merokok
Merokok menyebabkan nafas berbau. Ia satu tabiat yang tidak elok dan memudaratkan. Nikotin di dalam rokok mengeringkan mulut dan akan menyebabkan penyakit gusi seperti gingivitis. Perokok dinasihatkan untuk mengambil berat tentang penjagaan dental dan kebersihan oral. Secara keseluruhan, berhenti merokok adalah cara terbaik untuk mengekalkan kesihatan oral dan fizikal.
5. Anda Mendapat Mulut Berbau Apabila Mengurangkan Berat Badan
Ramai yang berdiet tetapi tidak sedar akan dehidrasi dan berdiet menyebabkan sembelit dan ketakcernaan serta nafas berbau. Sayangi diri anda dengan memilih pelan diet yang sihat dan mengandungi nutrien secukupnya untuk merangsang metabolisme normal.
6. Cara Semulajadi
Jika anda lebih suka menggunakan cara semulajadi dan tak mahu ke farmasi atau pasaraya untuk berbelanja banyak, anda boleh mengekalkan kesegaran mulut tanpa perlu berbelanja tinggi. Kunyah daun pudina atau pasli atau mencampur serbuk penaik untuk berkumur. Makan buah pala kering, biji bunga matahari atau minum jus nenas.
7. Rujuk pada Pakar
Mereka yang mengalami bau mulut jangka masa lama harus mendapatkan nasihat doktor atau pakar yang lain.