Mempunyai rutin kebersihan mulut harian yang betul adalah penting dalam mencegah masalah kesihatan mulut seperti sakit gigi. Walaupun anda digalakkan untuk melawat doktor gigi sekurang-kurangnya sekali setiap enam bulan, anda seharusnya berusaha menjaga gigi dan gusi anda sendiri tanpa bergantung sepenuhnya pada doktor gigi. Amalkan tabiat pergigian yang baik di rumah seperti memberus gigi, flos, menggunakan ubat kumur dan pembersih mulut supaya anda mampu tersenyum ceria dan yakin sepanjang hari. Berikut adalah alat penjagaan mulut yang anda perlukan untuk menjaga kebersihan mulut dan gigi.
#1: Berus gigi, sama ada yang tradisional atau elektrik
Berus gigi adalah alat penjagaan mulut yang paling berguna kerana ia dapat menghilangkan plak di gigi dengan berkesan. Apabila memilih berus gigi yang sesuai, sebaiknya gunakan berus gigi yang berbulu lembut kerana bulu keras atau kurang lembut mungkin terlalu kasar untuk gusi anda.
Bagi memenuhi keperluan orang yang berbeza pada hari ini, Darlie mempunyai berus gigi dengan bulu arang dan bulu padat juga. Berus Gigi Bulu Berus Arang dengan 99% anti bakteria# kami dapat melindungi berus gigi dari pertumbuhan bakteria.
Selain itu, Berus Gigi dengan Bulu Berus Padat kami mempunyai jumbai yang padat untuk membantu menghasilkan pembersihan gigi yang berkesan lalu memberi keselesaan pada gusi.
Teknik memberus gigi dengan betul dan efektif juga amat penting. Anda harus memberus gigi dengan perlahan dan tidak kasar serta dengan gerakan membulat bagi memastikan seluruh permukaan gigi dicapai. Itulah cara penjagaan gigi yang betul.
Mereka yang memerlukan bantuan serta konsistensi boleh menggunakan berus gigi elektrik. Anda harus memilih saiz dan bentuk yang sesuai dengan mulut anda kerana penting bagi memastikan penjagaan mulut dan gigi yang optimum. Darlie mempunyai pelbagai jenis berus gigi, termasuk bulu berus padat yang membolehkan anda memberus semua permukaan, terutamanya kawasan yang sukar dicapai seperti gigi geraham.
Anda hanya perlu memilih berus gigi yang sesuai untuk diri sebagai cara penjagaan gigi yang betul. Justeru itu, Darlie juga menyediakan berus gigi dengan bulu berus berhujung tirus dan bulu berus berhujung bulat - selain yang disebut di atas.
#Berdasarkan keputusan ujian pada Escherichia coli dan Staphylococcus aureus, terbukti keberkesanan dalam mengurangkan pertumbuhan bakteria pada bulu berus sehingga 99%.
#2: Ubat gigi, yang mengandungi jenis bahan berdasarkan kesesuaian kebersihan mulut harian anda
Perkara penting semasa anda memilih ubat gigi adalah pastikan ia mengandungi florida ^kerana florida mampu membuat pemineralan semula gigi dan mencegah kaviti.
Seterusnya, pilihlah ubat gigi yang sesuai dengan keperluan anda. Sebagai contoh, jika anda memerlukan ubat gigi yang menghilangkan plak dengan bagus, pilihlah ubat gigi untuk penjagaan gusi dan gigi seperti Darlie’s Gum & Teeth Protect yang menanggalkan plak 3x lebih berkesan^!
Jika anda jenis sentiasa keluar dan berjumpa dengan orang, anda mungkin mahukan ubat gigi yang memberi nafas segar untuk membantu mengekalkan keyakinan diri anda sepanjang hari.
Sementara itu, jika anda ingin mencapai gigi yang lebih putih, gunakanlah ubat gigi yang memutihkan gigi!
Anda juga boleh terus memberus gigi dengan ubat pemutih gigi itu walaupun selepas prosedur pemutihan gigi sebagai cara penjagaan mulut dan gigi!
Bagi yang sedang mengajar kanak-kanak tentang kesihatan mulut, mendapatkan mereka untuk memberus gigi mungkin merupakan tugas yang sukar, maka carilah ubat gigi yang menyeronokkan dengan rasa lazat untuk menggalakkan mereka memberus gigi.
^3X pengurangan indeks plak berbanding dengan ubat gigi Darlie biasa tanpa Zinc Citrate, mengikut nilai ujian berdasarkan kajian klinikal dengan reka bentuk rawak, dua buta, selari dan terkawal dengan penggunaan ubat gigi berterusan selama 3 bulan.
#3: Ubat Kumur
Ubat kumur adalah satu pembersih mulut. Menambah langkah menggunakan ubat kumur pada rutin kebersihan mulut harian anda adalah idea bagus sebagai pembersihan tambahan! Ubat kumur mengandungi agen anti bakteria yang mampu membunuh bakteria dalam mulut dan mengeluarkan plak sisa. Penggunaan ubat kumur juga adalah cara penjagaan gigi kerana ia mengandungi fluorida yang boleh membantu mencegah kerosakan gigi. Tambahan, kebanyakan ubat kumur mempunyai rasa pudina yang akan membuatkan mulut terasa segar.
#4: Flos gigi
Tanpa flos, anda mungkin terlepas plak sisa di kawasan interdental (kawasan di antara gigi) yang boleh menyebabkan pelbagai masalah pergigian. Flos itu cara penjagaan gigi yang penting. Justeru itu, gunakan flos sekurang-kurangnya sekali sehari dan anda boleh melindungi gigi anda daripada sisa makanan yang mungkin tersekat pada gigi selepas makan.
Terdapat 3 jenis flos iaitu:
i.Flos benang
ii.Flos berlilin/tidak berlilin
iii.Pita gigi
Antara tiga, Dr Jacquelyn mengesyorkan flos berlilin atau flos pita kerana ia boleh menembusi celah-celah gigi yang rapat dengan lebih mudah dan juga lebih senang digunakan. Ia bagi memastikan pembersihan mulut yang optimum.
#5: Pengikis lidah
Tahukah anda bahawa lidah merupakan bahagian mulut yang paling kotor kerana dikerumuni oleh bakteria, dan kita biasanya hanya berus gigi. Terdapat sebuah alat bersihkan lidah yang dipanggil pengikis lidah. Maka, selain daripada gigi, seluruh mulut termasuk lidah juga harus dibersihkan untuk membuang bakteria sebanyak mungkin. Berus gigi boleh membersih dengan baik, tetapi jika anda menggunakan alat bersihkan lidah dalam rutin, anda akan dapat meliputi kawasan yang lebih besar dan membersihkan mulut dengan lebih berkesan.
Adakah anda mencari alat-alat penjagaan oral yang berkesan? Darlie menyediakan berus gigi dan ubat gigi yang mampu menjadi pilihan terbaik!
References:
- Wheeler, R. B., Treiman, S. K., Carter, W., Haney, L., Anand, E., Sherk, H., Gleichmann, N., & McCormack, C. (n.d.). 8 tools for a better smile. EverydayHealth.com. Retrieved December 28, 2022, from https://www.everydayhealth.com/hs/dental-health-guide/tools-for-better-smile/
- Newyorkave. (2018, September 7). 5 top dental hygiene tools to use at home. Ormond Beach Periodontics and Implant Dentistry. Retrieved December 28, 2022, from https://ormondperio.com/blog/5-top-dental-hygiene-tools-to-use-at-home
- Budden, G. (2020, April 4). The 7 best dental hygiene products & practices: Coronavirus dental tips. Oasis Dental Studio. Retrieved December 28, 2022, from https://www.oasisdentalstudio.com.au/dental-articles/best-dental-hygiene-products-tips
- Dentalhealthorg. (n.d.). Oral Care Products. Oral Health Foundation. Retrieved December 28, 2022, from https://www.dentalhealth.org/oral-care-products
- TodayShow. (2020, March 26). Can't make it to the dentist? here's what you should do in the meantime. TODAY.com. Retrieved December 28, 2022, from https://www.today.com/shop/best-oral-care-products-according-dentist-t176779