Jika ia satu temu janji makan malam, berhati-hati dengan makanan yang mengandungi bawang putih atau daging. Bawang putih meninggalkan bau yang kuat di dalam mulut dan cebisan daging boleh tersangkut di celah gigi. Sisa makanan diuraikan oleh bakteria yang menghasilkan bau yang busuk. Anda tidak akan kelihatan dan berbau elok.
Ubat gigi dan berus gigi hanyalah sebahagian barang anda perlu bawa. Gula-gula getah atau pudina membantu menghilangkan bau tetapi kesannya sementara. Jika bau tersebut datang dari lidah, anda perlu mendapatkan bantuan profesional. Sementara itu, dapatkan berus lidah dari farmasi untuk membersihkan lidah dan gigi.
Jika anda terlupa membawa kit penjagaan dental, gunakan produk yang ada di luar sana untuk menjaga kebersihan oral. Gunakan pencungkil gigi yang ada di restoran untuk membuang sisa makanan. Makan snek seperti saderi, timun dan sayuran lain di parti koktail dan gunakan sebagai pembersih natural mulut dan minum air yang banyak. Gunakan bahagian belakang sudu sebagai cermin untuk cek diri anda. Yang penting sekali, adalah menggosok gigi selepas makan cara terbaik mengekalkan nafas segar.