Skip to main content

Dari Hati ke Hati, dari Seorang Ibu kepada Seorang Ibu

Tanggungjawab ibu bapa terhadap anak, Peranan ibu bapa mendidik anak, cara mendidik anak dengan betul, cara berkomunikasi dengan anak remaja, melembutkan hati anak

Dari Hati ke Hati, dari Seorang Ibu kepada Seorang Ibu

5 Teknik Komunikasi Bersama Anak-Anak

Meniti perjalanan menjadi ibu setiap hari adalah satu pengalaman. Ya, teman di sekeliling banyak memberi tunjuk ajar dan semestinya kita harus berterima kasih kepada mereka. Tunjuk ajar dan ilmu yang dikongsi ini tidak ternilai dengan wang ringgit. Apatah lagi sumbangan tenaga dan keringat saat menghadapi kekalutan menguruskan si kecil dan rumah tangga yang sudah tidak keruan. Kerana itulah kita perlu menghargai sistem sokongan sesama wanita yang kadang kala hadir tanpa di duga. Di saat ibu lain memerlukan, janganlah lokek bertanya khabar dan membantu kerana kita tidak akan tahu bilakah waktunya kita akan memerlukan bantuan dari segi tenaga mahupun wang ringgit. Bantuan yang ikhlas tidak mengharapkan balasan namun cukuplah sekadar doa buat kesejahteraan kita sekeluarga.

5 Teknik Komunikasi Bersama Anak-Anak

Apabila hadirnya teman ibu lain menjengah dan bertanya khabar, terimalah kehadiran mereka dengan hati yang terbuka. Janganlah memandang sinis dan menyangka yang negatif ke atas niat baik mereka itu. Biarpun jauh di lubuk hati mereka tiada siapa yang tahu tujuan sebenarnya, namun dengan aura positif yang kita bawakan, semestinya ini bisa merubah dan melembutkan hati-hati yang nakal saat mereka melangkah masuk ke dalam kehidupan kita ini. Adakalanya kehadiran itu sekadar untuk menghiburkan hati juga menunjukkan betapa mereka mengambil berat akan kebajikan kita yang sedang melalui fasa baru dalam kehidupan.

5 Teknik Komunikasi Bersama Anak-Anak

Terimalah pesanan dan teguran sesama kita dengan hati yang terbuka. Walaupun adakalanya kita sedang runsing memikirkan masalah yang melanda, lontarkan senyuman saat sahabat yang lain memberi buah fikiran agar mereka merasa dihargai dan tidak dipandang remeh. Ingatlah bantuan tidak akan datang selalu dan hargailah apa yang sedang kita lalui saat itu. Tiada ibu lain yang tergamak melihat temannya menderita memikirkan masalah keluarga yang sedang dihadapi. Biarpun sekadar mendengar rintihan dan luahan masalah, itu sebenarnya sudah mencukupi sebagai penenang di kala kerisauan ini melanda.

5 Teknik Komunikasi Bersama Anak-Anak

Sebagai teman yang baik, berilah ruang kepada kami yang sedang dilanda kerunsingan ini untuk berfikir. Usahlah kamu memaksa kami mempraktikan cadangan mu itu terlebih dahulu tanpa usul periksa. Tidak semestinya apa yang terbaik di keluarga mu itu sesuai dengan budaya dan didikan keluarga kami ini. Antara yang memberi nasihat dan menerima nasihat, berlapanglah dada agar hubungan ini kekal jernih hingga ke akhir hayat kelak. Ingatlah bahawa setiap dari kita mempunyai latar belakang dan keluarga yang berbeza, tidak mustahil cara pemahaman dan menyelesaikan masalah pastinya masing-masing punyai gaya tersendiri. Hormat-menghormati adalah katu kunci untuk kita terus rukun dan damai bersahabat selamanya.

Tip-tip Kesihatan Mulut
/
Lain-lain
/
Dari Hati ke Hati, dari Seorang Ibu kepada Seorang Ibu