Skip to main content

Apakah Penyebab Bau Mulut Halitosis

Bau Mulut juga dikenali sebagai halitosis, dikategorikan sebagai bau busuk daripada mulut. Halitosis adalah satu isu sosial yang besar, ia menyebabkan masalah perhubungan dan interaksi sosial akibat individu berasa malu.

Selain bau busuk di dalam mulut, anda juga akan mengalami rasa payau di dalam mulut, mulut kering, atau selaput putih di lidah. Jika disebabkan oleh masalah kesihatan, gejala ini tidak akan hilang walaupun selepas anda memberus gigi dan menggunakan ubat cuci mulut.

Apabila anda makan sesetengah makanan, ia meninggalkan bau yang kuat di dalam mulut. Gejala ini adalah sementara. Selepas meminum air yang banyak dan memberus gigi, bau tersebut akan hilang. Tetapi ada masanya nafas busuk tidak akan hilang begitu saja. Gigi reput, masalah oral dan teknik menggosok gigi yang salah menyebabkan bakteria membiak di dalam mulut dan menghasilkan bau busuk.

Kajian menunjukkan 90% gejala bau mulut adalah disebabkan oleh bakteria yang mengeluarkan kompaun sulfur mudah meruap (VSVs). Apabila anda makan dan menghadam protein di dalam makanan, VSVs terbentuk secara semulajadi. Apabila ia mencapai satu tahap, bau mulut tidak sedap dikeluarkan sewaktu anda bercakap. Untuk menyelesaikan masalah penyebab bau mulut, anda harus menangani masalah bakteria berlebihan di dalam mulut.

Mahu kekalkan nafas pada tahap paling segar? Terokai penyelesaian Nafas Segar kami.

Artikel ini adalah untuk tujuan mempromosi pemahaman topik kesihatan oral dan mempromosi pengetahuan yang relevan dan tidak patut digunakan sebagai pengganti nasihat daripada pakar, diagnosis atau rawatan. Jika anda mempunyai pertanyaan tentang masalah medikal atau rawatan, sentiasa dapatkan pendapat daripada doktor gigi atau pakar yang bertauliah.
Tip-tip Kesihatan Mulut
/
Kesegaran
/
Apakah Penyebab Bau Mulut (Halitosis)?