Skip to main content
Pengkumur Mulut + Ubat Gigi 2 DALAM 1 Darlie Double Action Fresh Protect
Pengkumur Mulut + Ubat Gigi 2 DALAM 1 Darlie Double Action Fresh Protect

Pengkumur Mulut + Ubat Gigi 2 DALAM 1 Darlie Double Action Fresh Protect

      deskripsi
      /
      ciri-ciri

      deskripsi

      Pengkumur Mulut + Ubat Gigi 2 DALAM 1 Darlie Double Action Fresh Protect, kini dengan pembersihan lebih mendalam¹ dan kesegaran berpanjangan.

      Inovasi penjagaan oral 2 DALAM 1 membantu mengurangkan 99.9% bakteria⁵ penyebab bau dan memberikan perlindungan sehingga 12 jam², walaupun selepas makan hidangan yang beraroma.

      Dengan teknologi LiquiDual^, formula ini membersihkan kawasan yang sukar dicapai oleh ubat gigi biasa dan meninggalkan kesegaran esen pudina semula jadi.

      ciri-ciri

      • Pembersihan lebih mendalam setiap kali memberus1.
      • Perlindungan bakteria lebih kuat sehingga 12 jam2.
      • Memberikan 3X kuasa pembersihan plak3.
      • Terbukti secara klinikal membantu mengatasi nafas berbau dan melindungi gusi.
      • Dengan Ekstrak Pudina Asli4 untuk kesegaran berpanjangan.
      • Mengurangkan 99.9% bakteria5.
      ^Rumusan sempurna dengan dua kelebihan: Anti-nafas berbau & Anti-bakteria.
      1Kajian in vitro, membantu menghilangkan lebih banyak kotoran ekstrinsik berbanding dengan kumpulan kawalan kosong menggunakan Ubat Gigi Fluorida Darlie.
      2Terbukti secara klinikal, berbanding ubat gigi fluorida biasa Darlie.
      3Pengurangan indeks plak sebanyak 3X berbanding ubat gigi Darlie biasa tanpa Zink Sitrat selepas penggunaan 3 bulan.
      4Minyak pudina dan spearmint dalam perisa adalah 100% asli daripada tumbuhan semula jadi.
      5Kajian in vitro, mengurangkan 99.9% bakteria dengan efektif (Streptococcus mutans biasanya ditemui dalam rongga mulut).

      Nafas berbau selalu muncul tak kena masa.

      Makan tengahari ada bawang putih?

      Pemandu terus boleh bau.

      Tadi makan snek sotong kering?

      Bau ikut sekali naik lif.

      Baru lepas makan durian?

      Boleh bau dekat luar pintu.

      Tak perlu sorok lagi. Jom hapuskan.

      Perlindungan bakteria sehingga 12 jam2 dengan Pengkumur Mulut + Ubat Gigi 2 DALAM 1 Darlie Double Action Fresh Protect.

      Makan dengan yakin.
      Nafas segar dengan sekali berus.

      Jom tengok cara ia lebih berkuasa, lebih segar dengan Pengkumur Mulut + Ubat Gigi 2 DALAM 1 Darlie

      Memberikan pembersihan lebih mendalam dengan setiap berus1

      Penembusan berkeupayaan tinggi kami membantu menyingkirkan plak dan bakteria dari kawasan yang sukar dicapai.

      Memberikan 3X kuasa penyingkiran plak3

      Rumusan Pengkumur Mulut + Ubat Gigi kami membantu menyingkirkan plak dengan setiap gosokan.

      Menjaga kesihatan oral secara menyeluruh

      Pastikan kesihatan gigi dan gusi anda sentiasa dilindungi.

      Mengurangkan 99.9% bakteria oral5

      Terbukti melawan bakteria yang menyebabkan punca nafas berbau.

      Memberikan perlindungan bakteria yang lebih berkesan sehingga 12 jam2

      Terbukti secara klinikal memberikan perlindungan anti-nafas berbau sehingga 12 jam.

      Nikmati senyuman yang lebih menyegarkan dengan 3 langkah!

      Langkah 1: Picit

      Letakkan ubat gigi sebesar kacang pea pada berus gigi anda.

      Langkah 2: Berus

      Berus gigi anda dengan teliti.

      Langkah 3: Kumur

      Tambah sedikit air, kemudian berkumur selama 5 saat.

      Nafas berbau tak perlu kekal. Nikmati nafas segar tahan lama dan mulut yang lebih sihat dengan Darlie.

      Pengkumur Mulut + Ubat Gigi 2 DALAM 1 Darlie Double Action Fresh Protect BAHARU!
      Dengan teknologi LiquiDual™^, rumusan ini memberikan pembersihan lebih berkesan dengan setiap berusan1 serta perlindungan bakteria sehingga 12 jam2.
      ^Rumusan sempurna dengan dua kelebihan: Anti-nafas berbau & Anti-bakteria.
      1Kajian in vitro, membantu menghilangkan lebih banyak kotoran ekstrinsik berbanding dengan kumpulan kawalan kosong menggunakan Ubat Gigi Fluorida Darlie.
      2Terbukti secara klinikal, berbanding ubat gigi fluorida biasa Darlie.

      Rangkaian Ubat Gigi Darlie Dwiaksi. Kesegaran berpanjangan dan perlindungan untuk seisi keluarga!