Ditapis mengikut matlamat kesihatan pergigian
Topik Popular Lain
Terlalu banyak maklumat di internet yang boleh mengelirukan atau menipu pembaca. Walau bagaimanapun, kaedah pergigian DIY yang berpotensi berbahaya untuk penjagaan pergigian hanyalah salah satu daripada banyak topik yang digunakan untuk mendapatkan lebih banyak klik dan tontonan. Kesalahfahaman ini boleh menyebabkan kerosakan kekal pada kesihatan mulut anda. Teruskan membaca untuk mengetahui kebenaran tentang beberapa mitos kesihatan mulut yang popular dan pelajarilah cara sebenar untuk menjaga kesihatan mulut anda.
Mitos #1: Flossing mewujudkan ruang antara gigi
Sesetengah orang percaya bahawa flos tidak diperlukan, malah boleh merosakkan gigi. Mereka berpendapat flos secara kerap boleh mewujudkan ruang antara gigi. Tetapi mitos ini langsung tidak benar. Memflos sebenarnya membantu menghilangkan sisa makanan di celah-celah gigi1. Jurang yang boleh dilihat selepas flos adalah ruang yang harus diisi oleh gusi selepas ia dibersihkan daripada sisa makanan dan plak. Jika plak gigi tidak dibuang, keradangan gusi dan kemelesetan boleh berlaku, lalu menyebabkan jurang antara gigi menjadi lebih besar2. Flos hanya boleh menjadi buruk jika cara anda memflos salah. Jika anda memflos gigi anda dengan cara yang betul, anda dapat mengurangkan kemungkinan mengalami kaviti gigi. Rujuk kepada doktor gigi anda untuk memastikan anda menggunakan teknik memflos yang betul.
Mitos #2: Alkohol boleh membantu dengan sakit gigi yang disebabkan oleh jangkitan
Menurut Dr Matthew J. Messina, doktor gigi dari Cleveland dan jurucakap American Dental Association, kebanyakan peminum alkohol berpendapat bahawa alkohol boleh membantu mengurangkan sakit gigi yang disebabkan oleh jangkitan3. Tetapi, cara ini sebenarnya hanya akan menghilangkan rasa sakit secara sementara dan kesakitan yang dirasai pasti akan kembali pada keesokan harinya. Prognosis keadaan mulut bertambah buruk jika anda tidak menerima rawatan yang sesuai pada peringkat awal.
Mitos #3: Lemon boleh memutihkan gigi anda
Sesetengah artikel dalam talian mungkin mencadangkan beberapa cara untuk memutihkan gigi di rumah seperti menggosok kulit lemon atau memancutkan jus lemon pada gigi anda, atau mencampurkan jus lemon dengan serbuk penaik (baking soda) untuk mendapatkan gigi yang lebih putih. Namun, artikel ini tidak memberitahu anda bahawa cara pemulihan pergigian ini tidak boleh menggantikan ubat gigi dan adalah tidak selamat untuk enamel gigi!
Jus lemon sebenarnya sangat berasid, jadi jangan biarkan ia bersentuhan dengan gigi anda untuk jangka masa yang lama kerana ia akan menghilangkan lapisan pelindungnya yang dikenali sebagai enamel. Setelah enamel gigi terkikis, anda akan lebih mudah mengalami gigi ngilu.
Bagi campuran serbuk penaik dengan lemon pula, agak sukar untuk mengukur dengan tepat berapa banyak serbuk penaik yang anda perlukan untuk membatalkan keasidan jus lemon. Dan serbuk penaik sebenarnya boleh merosakkan enamel kerana sifatnya yang menghakis1,4, jadi ia bukanlah idea yang bijak.
Walaupun limau baik untuk kesihatan anda, sebaik sahaja enamel terkikis, gigi anda akan menjadi lebih terdedah kepada kepekaan gigi dan juga mudah reput! Jadi janganlah cuba cara-cara memutihkan gigi ini walaupun anda mempunyai semua ramuan yang diperlukan di rumah anda. Idea yang lebih baik dan selamat untuk gigi anda adalah dengan menggunakan ubat gigi pemutih berfluorida yang telah dirumus dengan teliti untuk menghilangkan kotoran dan pastikan gigi anda bebas noda.
Mitos #4: Meletakkan aspirin terus ke gigi anda akan menghilangkan sakit gigi
Aspirin adalah ubat yang digunakan untuk melegakan kesakitan, demam dan keradangan. Sesetengah orang mendapat idea daripada sumber dalam talian untuk meletakkan aspirin terus pada gigi mereka untuk menghilangkan sakit gigi, tetapi ia hanya mempunyai kesan reduktif sementara dan tidak dapat membantu anda mengatasi masalah tersebut. Kesakitan tersebut akan kembali, dan lawatan ke doktor gigi tidak dapat dielakkan. Selain itu, aspirin adalah asid acetylsalicylic. Asid akan memudaratkan gusi dan tisu lembut lain pada pipi dan lidah, mengakibatkan kesakitan yang berasa seperti mulut dan lidah anda sedang terbakar5,6. Ingat, aspirin hanya berfungsi sebagai ubat penahan sakit. Ia tidak menyembuhkan punca asas dan tidak boleh membantu anda mengatasi masalah sakit gigi. Jika anda mengalami sakit gigi atau sebarang tanda atau gejala sakit gigi, anda amat digalakkan untuk melawat doktor gigi terdekat sebelum masalah pergigian yang lebih teruk berlaku.
Mitos mengenai ubat pergigian telah wujud lebih lama daripada internet. Dengan itu, penyemakan fakta sentiasa diperlukan untuk menjaga kesihatan gigi dan mulut anda. Jika ragu-ragu, semak sahaja dengan doktor gigi untuk mendapatkan nasihat terbaik untuk anda memiliki gigi yang lebih sihat dan senyuman yang cantik!
Sumber Rujukan:
- Dental myths debunked. Welcome. (2019, January 5). Retrieved August 14, 2022, from https://www.clearbrookdental.com/blog/2019/1/5/dental-myths-debunked/
- Smiles, M. D., Smiles, A. A. M. D., & Author, A. (2020, April 20). Common dental myths and misconceptions. Modern Day Smiles Dentistry. Retrieved August 14, 2022, from https://www.moderndaysmiles.com/blog/common-dental-myths-and-misconceptions/
- O'connor, A. (2006, May 2). The claim: A shot of whiskey relieves a toothache. The New York Times. Retrieved August 14, 2022, from https://www.nytimes.com/2006/05/02/health/02real.html
- Gentle Dentistry. (2020, March 19). Don't believe these 3 myths about natural teeth whitening. Gentle Dentistry. Retrieved August 14, 2022, from https://www.gentledentistrykzoo.com/dont-believe-these-3-myths-about-natural-teeth-whitening/#:~:text=It's%20a%20myth%20that%20you,the%20surface%20of%20your%20teeth.
- Dental, D. (2022, February 23). Cure a toothache by putting aspirin on it? Dakota Dental. Dakota Dental | Dakota Dental, Apple Valley Dentists. Retrieved August 14, 2022, from https://dakotadental.com/blog/can-a-toothache-be-cured-by-putting-an-aspirin-on-it-tooth-truth-or-mouth-myth/#:~:text=You%20cannot%20cure%20a%20toothache,soft%20tissues%20inside%20your%20mouth.
- DMD, J. G. (2018, September 24). Myth #4: You can stop a toothache by putting an aspirin on an inflamed tooth. Holladay Family Dental. Retrieved August 14, 2022, from https://myholladaydentist.com/blog/myth-4-you-can-stop-a-toothache-by-putting-an-aspirin-on-an-inflamed-tooth/
- https://www.dentalassociates.com/blog/7-common-dental-myths
- https://www.manhattanbeachdentalcenter.com/can-flossing-create-pocket-gaps/
- https://www.123dentist.com/facts-and-myths-about-flossing/