Skip to main content

Apakah yang Menyebabkan Gigi Bengkok dan Bagaimana Membetulkannya

Apakah yang Menyebabkan Gigi Bengkok dan Bagaimana Membetulkannya?


Salah satu perkara pertama yang orang perasan tentang anda ialah senyuman anda. Setiap orang mengimpikan untuk memiliki senyuman menawan yang boleh menyerlahkan wajah mereka dan menyampaikan aura positif kepada orang di sekeliling mereka. Mempunyai gigi bergerigi, tidak rata atau bengkok boleh membuatkan kita berasa terlalu sedar diri tentang senyuman kita dan boleh mengempiskan keyakinan kita. Tetapi ada berita baik bagi mereka yang tidak mempunyai gigi yang lurus. Anda boleh menjalani prosedur untuk memperbaikinya! Sebelum kita menerokai pilihan rawatan, marilah kita lihat apakah punca-punca gigi bengkok.

Teori Makanan Lembut yang dilakukan oleh Proceedings of the National Academy of Sciences membuktikan bahawa makanan diproses yang lembut menjadikan rahang kita lebih kecil1. Nenek moyang kita yang dahulunya pemburu dan pengumpul, biasa makan makanan yang lebih keras daripada kita. Hal inilah yang meningkatkan perkembangan rahang mereka dan membantu menyediakan ruang yang mencukupi untuk gigi yang sangat lurus2,3. Melalui evolusi, kita kini mempunyai rahang yang lebih kecil kerana kurang keperluan untuk mengunyah berlebihan. Oleh itu, orang moden mempunyai lebih banyak gigi yang tidak sejajar.

Tabiat Yang Menyebabkan Gigi Bengkok

Gigi bengkok atau senget boleh disebabkan oleh tabiat buruk zaman kanak-kanak. Menurut U.S. National Library of Medicine, menghisap ibu jari, pernafasan mulut dan penggunaan puting atau botol di kalangan kanak-kanak mempunyai peranan dalam hal ini4. Menghisap ibu jari, puting, botol atau objek lain adalah percubaan biasa bagi bayi untuk menenangkan diri dan tertidur5. Ia tidak menjadi kebimbangan selagi tabiat ini tidak berlarutan terlalu lama.

Sebaik sahaja gigi kekal mula tumbuh selepas umur 5 atau 6 tahun, menghisap objek secara berterusan boleh menjejaskan penjajaran gigi dan perkembangan rahang. Ia juga penting untuk memperhatikan cara kanak-kanak bernafas6.

Semasa pertumbuhan, lidah membantu mengembangkan lelangit. Apabila kanak-kanak bernafas melalui mulut mereka, lidah mereka tidak diletakkan di atas bumbung mulut mereka, mengakibatkan rahang sempit yang lebih cenderung untuk mengalami gigi sesak dan masalah kesihatan lain7.

Genetik dan Kebersihan Pergigian Yang Teruk

Gigi bengkok adalah kondisi yang boleh diwarisi melalui ikatan genetik. Jika ahli keluarga anda mempunyai sejarah gigi sesak, ada kemungkinan besar ahli keluarga lain juga akan mengalami gigi bengkok atau senget. Anda juga boleh mewarisi masalah ortodontik lain seperti “overbite” atau “underbite” daripada ibu bapa anda2,3,4.

Masalah pergigian genetik adalah di luar kawalan kita, tetapi masih boleh diperbetulkan. Selain itu, gigi susu adalah penting untuk memastikan ruang tersebut terpelihara sehingga gigi kekal tumbuh. Jika kebersihan mulut kurang baik dan gigi sulung hilang sebelum waktunya disebabkan oleh karies (gigi berlubang) atau jangkitan lain, gigi bersebelahan akan bergerak ke ruang yang dihasilkan oleh kehilangan gigi tersebut8.

Hal ini boleh mengakibatkan terjadinya kehilangan ruang yang akan mengehadkan ruang untuk gigi kekal asas untuk meletus ke penjajaran yang betul. Kesimpulannya, kehilangan awal gigi susu merupakan salah satu punca gigi sesak9.

Cara Membaiki atau Merawat Gigi Bengkok

Seperti yang anda duga, walaupun terdapat cara lain untuk betulkan gigi anda tanpa memakai “braces” atau pendakap gigi, memakai pendakap gigi adalah rawatan yang paling biasa untuk meluruskan gigi dan ia juga merupakan cara membetulkan gigi senget yang sesuai untuk semua peringkat umur.

Memakai “braces” atau pendakap gigi untuk membetulkan gigi anda bukanlah hanya sekadar kehendak estetika, ia juga mengenai kesihatan pergigian yang baik! Jadi jangan putus asa jika anda mempunyai gigi senget atau sesak.

Rujuk kepada doktor gigi dan dapatkan pemeriksaan untuk untuk merancang pelan rawatan yang terbaik untuk menangani masalah pergigian anda dan untuk mengetahui jenis pendakap gigi yang sesuai untuk anda. Ia juga disyorkan untuk membawa anak-anak anda untuk pemeriksaan berkala dengan doktor gigi untuk mengetahui tanda-tanda awal gigi tidak sejajar.

Bagaimana pula dengan penjagaan gigi yang biasa, seperti memberus dan membersihkan gigi? Walaupun rutin dan cara penjagaan gigi anda mungkin berubah kerana gigi bengkok, perubahannya tidak besar:

1. Apabila memilih berus gigi, pilih bulu hujung yang tipis. Gigi bengkok cenderung mempunyai celah yang tidak teratur, jadi berus gigi dengan bulu hujung yang tipis akan dapat merangkumi kebanyakan kawasan.

2. Untuk memastikan celah-celah gigi dibersihkan dengan teliti, tambahkan memflos dan berkumur dengan ubat kumur ke dalam rutin pergigian harian anda.

3. Bagi ubat gigi, sebenarnya terdapat banyak jenis yang terdapat di kedai, termasuk ubat gigi untuk kesegaran, kepekaan dan juga pemutihan yang berpanjangan - jadi pilihlah mengikut keperluan anda. Cuma pastikan bahawa ubat gigi yang anda pilih mengandungi fluorida. Ubat gigi berfluorida memainkan peranan penting dalam mencegah kerosakan gigi.

Gigi bengkok adalah masalah biasa yang dihadapi oleh ramai kanak-kanak dan orang dewasa. Jika gigi anda bengkok dan anda fikir ia boleh menjejaskan kesihatan mulut anda, ataupun anda hanya inginkan senyuman sempurna tanpa perlu merasa malu tentang gigi anda, rancangkan konsultasi dengan doktor gigi atau pakar ortodontik untuk rawatan ortodontik yang terbaik untuk anda hari ini!

References:

  1. The true causes of Crooked Teeth. ADDA. (2017, August 25). Retrieved August 15, 2022, from https://adda.sg/the-true-causes-of-crooked-teeth/#:~:text=According%20to%20the%20results%20of,more%20crowding%20of%20the%20teeth
  2. California Association of Orthodontists. (2019, September 24). Retrieved from https://caortho.org/blog/what-causes-crooked-teeth
  3. Whelan, C. (2019, May 8). Crooked teeth: Causes, concerns, and how to straighten. Healthline. Retrieved August 15, 2022, from https://www.healthline.com/health/dental-and-oral-health/crooked-teeth#causes
  4. WebMD. (n.d.). 4 crooked teeth causes you should know. WebMD. Retrieved August 15, 2022, from https://www.webmd.com/connect-to-care/teeth-straightening/causes-of-crooked-teeth
  5. Smith-Garcia, D. (2021, April 30). Pacifier teeth: Causes, effects, damage, and treatment. Healthline. Retrieved August 15, 2022, from https://www.healthline.com/health/pacifier-teeth#uses
  6. Fox, D. D. (2022, August 11). Pacifier teeth: Does Pacifiers Cause Dental problems: Fox Kids Dentistry. Fox Kids Pediatric Dentistry & Orthodontics. Retrieved August 15, 2022, from https://foxkidsdentistry.com/blog/do-pacifiers-cause-dental-problems/
  7. How does mouth breathing affect teeth? Braceless Choice. (n.d.). Retrieved August 15, 2022, from https://bracelesschoice.com.au/how-does-mouth-breathing-affect-teeth/
  8. Lonestarmanager. (2021, October 22). 7 complications of premature tooth loss. Lone Star Pediatric Dental & Braces. Retrieved August 15, 2022, from https://www.lonestarpediatricdental.com/7-complications-of-premature-tooth-loss/#:~:text=Misaligned%20Teeth%20and%20Crowding&text=If%20the%20original%20tooth%20is,and%20crowded%20with%20the%20others
  9. Orthodontics and the premature or delayed loss of Baby Teeth. Prairie Pines Dental Centre. (2022, May 5). Retrieved August 15, 2022, from https://www.prairiepinesdental.com/orthodontics-and-the-premature-or-delayed-loss-of-baby-teeth/
Being a dentist at the prestigious Tiew Dental, Dr Jacquelyn Lim is one you can rely on for accurate, professional advice. She graduated from University Malaya in 2019, and now has invaluable experience and knowledge, thanks to her time serving at government dental clinics. She has a special interest in Orthodontics and Periodontics. When she’s not treating patients at her clinic, she is either at the gym or travelling to her favourite destination.
Tip-tip Kesihatan Mulut
/
Pergigian
/
Apakah yang Menyebabkan Gigi Bengkok dan Bagaimana Membetulkannya