Skip to main content

Tips Penjagaan Gigi Untuk Kanak-Kanak

Ketahui apa yang menyebabkan masalah pergigian kanak-kanak dan mempelajari semua yang anda perlu tahui tentang menjaga kesihatan gigi anak anda.

Mulakan Kaedah Memberus Gigi

Ia adalah penting bagi memastikan anak anda mengamalkan rutin memberus gigi yang betul.

Berus Sekurang-kurangnya Dua Kali Sehari

Memberus gigi terlalu kerap boleh menghakis enamel gigi dan merengsakan gusi, menjadikannya lebih cenderung kepada jangkitan dan keradangan.

Amalkan Memberus dari atas ke bawah dan Membulat

Ia adalah penting bagi memastikan anak anda membiasakan diri dengan gerakan memberus gigi secara ke atas dan ke bawah sekeliling gigi dan baris gusi

Peraturan 2 Minit

Anda boleh menggunakan penentu masa untuk mengira masa memberus selama 2 minit.

Mulakan Tabiat Flossing Gigi Anak Anda

Mulakan flossing gigi anak anda pada usia 4 tahun dan ajar mereka cara pemflosan yang betul.

Bagaimana mendorong anak saya supaya menjaga gigi mereka?

Jadikan Memberus Gigi Suatu Hiburan dan Keseronokan

Berus Gigi yang Comel dan Ubat Gigi Berperisa

Berus gigi berwarna-warni, pemegang flos berbentuk haiwan dan pelbagai aksesori lain menjadikan memberus gigi satu aktiviti yang menarik dan menyeronokkan

Carta Pergigian dan Sistem Ganjaran

Carta pergigian harian dan sistem ganjaran boleh mendorong serta menggalakkan anak anda untuk memberus dan memflos gigi setiap hari.

Kesihatan mulut yang baik bermula dengan rutin harian

Biarkan anak anda menyimpan tabiat memberus gigi

Diet yang Sihat

Diet yang seimbang adalah cara yang sesuai untuk memperolehi pelbagai jenis vitamin dan mineral, iaitu penting bagi pembentukan gigi yang kuat dan tahan reput. Anda juga perlu mengehadkan snek anak anda di antara waktu makan.

Pemeriksaan Gigi Secara Berkala

Bawa anak anda berjumpa doktor gigi untuk pemeriksaan secara berkala dan membuat penampalan gigi bagi melindungi gigi daripada kaviti.