Skip to main content

4 Punca Kehilangan Gigi Disebabkan Usia

4 Punca Kehilangan Gigi Disebabkan Usia



Tubuh kita berubah seiring dengan bertambahnya usia, dan itu adalah perkara biasa. Apabila sel-sel dan organ-organ lama tidak berfungsi dengan baik, perubahan dalam fungsi dan penampilan badan akan berlaku. Perubahan ini mempengaruhi semua bahagian badan, termasuk gigi dan gusi. Jika anda berfikir bahawa kehilangan gigi tidak boleh dielakkan di usia tua tanpa mengira apa yang anda lakukan, tanggapan tersebut sebenarnya salah. Masa dan usia boleh menyebabkan lebih banyak masalah kesihatan gigi untuk warga emas, walaupun kedua-duanya bukan sebab utama berlakunya kehilangan gigi. Bacalah artikel ini untuk ketahui punca kehilangan gigi dan bagaimana mencegah kehilangan gigi apabila anda semakin tua dengan tips dan amalan penjagaan gigi yang baik.
Cedera olahraga tidak boleh diabaikan begitu sahaja

1. Cedera olahraga tidak boleh diabaikan begitu sahaja

Trauma pergigian yang paling biasa adalah gigi patah. Trauma pergigian boleh berlaku kerana pelbagai sebab seperti penyertaan dalam sukan kontak, kemalangan kenderaan bermotor, impak pada muka, terjatuh, atau tergigit objek keras secara tidak sengaja. Trauma pergigian tidak terbatas kepada usia tua sahaja, aktiviti-aktiviti tersebut boleh juga mengakibatkan anda kehilangan gigi pada usia muda. Sekiranya gigi anda tercabut, jangan buangkan ia begitu sahaja. Bersihkan kotoran pada gigi, masukkan ke dalam bekas dengan susu atau air liur anda sendiri, ataupun tekankan gigi kembali ke dalam soketnya jika boleh dan jumpa doktor gigi secepat mungkin. Aktiviti berisiko atau sukan kontak boleh membuat anda lebih mudah terdedah kepada kemalangan yang menyebabkan kecederaan gigi, jadi anda disarankan memakai pengawal mulut untuk perlindungan.

2. Jika anda merokok, anda meningkatkan risiko kehilangan gigi anda

Jika anda seorang perokok, anda pasti lebih berisiko tinggi mendapat penyakit gusi berbanding dengan individu yang tidak merokok. Penyakit gusi yang teruk boleh memusnahkan tisu lembut dan tulang di sekeliling mulut, lalu mengakibatkan kehilangan gigi. Orang yang merokok juga mungkin tidak dapat mengambil langkah mendapat rawatan gusi. Menurut Academy of General Dentistry (AGD), lelaki yang merokok kehilangan 2.9 gigi untuk setiap 10 tahun merokok, manakala bagi wanita ia adalah 1.5 gigi setiap dekad. Mengurangkan penggunaan tembakau dan mempunyai rutin kebersihan mulut yang baik dapat membantu mencegah penyakit periodontal, yang merupakan keadaan yang boleh mengakibatkan kehilangan gigi.

Sekiranya anda tidak menggantikan gigi yang hilang

3. Sekiranya anda tidak menggantikan gigi yang hilang

Menggantikan gigi yang hilang sebenarnya lebih daripada sekadar aspek penampilan, ia merupakan salah satu amalan penjagaan gigi yang penting. Apa yang terjadi jika gigi hilang? Selain menyebabkan kesulitan semasa mengunyah dan bercakap, gigi yang bersebelahan akan bergeser ke celah yang kosong. Tanpa rangsangan daripada akar gigi, gusi dan rahang akan terus merosot lalu melemahkan gigi di sekelilingnya. Gantikan gigi yang hilang secepat mungkin untuk mengelakkan komplikasi selanjutnya.

Breathing through your mouth

4. Bernafas melalui mulut anda.

Terdapat juga segelintir individu yang bernafas melalui mulut dan bukannya hidung. Sindrom ini dikenali sebagai “mouth breathing” manakala individu yang mengalaminya dikenali sebagai “mouth breather“. Ramai orang mungkin tidak sedar bahawa mereka bernafas melalui mulut mereka — terutamanya pada waktu malam. Oleh itu, anda harus perhatikan gejala seperti berdengkur, mulut kering atau nafas berbau pada waktu pagi, sinus dan jangkitan telinga, atau berasa letih walaupun baru bangun pagi. Bernafas melalui mulut boleh dialami oleh sesiapa sahaja, tanpa mengira muda atau tua. Biasanya keadaan ini berpunca daripada tabiat atau halangan saluran udara atas yang boleh mengakibatkan “bruxism”, sejenis keadaan yang mengakibatkan individu menggeretakkan dan menggesekkan gigi secara tidak sedar. Bernafas melalui mulut kerana hidung tersumbat mungkin juga boleh menyebabkan gigi menjadi haus atau retak dalam jangka masa panjang. Jika anda mengalami isu ini, anda disarankan untuk menggunakan semburan hidung saline (saline nasal spray) untuk membersihkan hidung tersumbat anda untuk membantu anda bernafas melalui hidung. Dengan langkah ini, anda dapat mengurangkan keperluan untuk bernafas melalui mulut dan mengelakkan potensi masalah pergigian.

Being a dentist at the prestigious Tiew Dental, Dr Jacquelyn Lim is one you can rely on for accurate, professional advice. She graduated from University Malaya in 2019, and now has invaluable experience and knowledge, thanks to her time serving at government dental clinics. She has a special interest in Orthodontics and Periodontics. When she’s not treating patients at her clinic, she is either at the gym or travelling to her favourite destination.
Tip-tip Kesihatan Mulut
/
Pereputan Gigi
/
4 Punca Kehilangan Gigi Disebabkan Usia