Apakah yang menjejaskan penampilan gigi saya?
Makanan berpigmen seperti ceri dan beri biru ; Kopi, teh atau wain merah
Produk pemutihan gigi yang boleh dibeli di kaunter merupakan cara yang berkesan untuk memperolehi gigi yang lebih putih. Anda juga boleh memilih pelbagai jenis ubat gigi atau gel berflourida yang terkenal dengan manfaat seperti memutihkan gigi atau menghilangkan tartar.
Gemar minum kopi tapi risau tentang kotoran yang ia tinggalkan pada gigi anda? Lihat bagaimana Darlie All Shiny White Baking Soda dapat bantu mencegah kotoran gigi agar senyuman anda terserlah dan menawan.
Sila layari laman ini untuk ketahui lebih lanjut
Serlahkan gigi anda yang putih berseri!
Doktor gigi akan memeriksa gigi anda dan menghasilkan ceper dengan saiz yang disesuaikan, di mana ia akan diisi dengan gel pemutih dan dipakai secara berkala.
Sehingga dua jam setiap hari atau pada waktu malam selama dua minggu
Sejenis gel akan disapu pada gusi anda dan “pelindung” getah akan dipasang pada leher gigi anda. Agen pengoksidaan kemudiannya disapukan pada gigi anda. Lampu khas akan digunakan setiap lima minit untuk mengaktifkan agen pemutih tersebut.
Antara 30 minit hingga 1 jam bagi setiap kunjungan dan anda mungkin perlu membuat beberapa kunjungan.
Anda tidak digalakkan untuk menjalani prosedur pemutihan ini sekiranya anda mempuyai tampalan sewarna, korona, kopiah atau ikatan pada gigi hadapan anda – Bahan peluntur tidak akan mengubah warna bahan-bahan ini. Dalam hal ini, anda mungkin ingin mencari alternatif lain, contohnya venir atau ikatan.