Adakalanya dalam keseronokan menjalani ibadah puasa ini, kita terikat dengan kesibukan menyelesaikan pekerjaan hakiki sehari-hari. Namun dalam masa yang sama kita masih lagi mahukan anak-anak dan ahli keluarga menjamah air tangan yang kita sediakan sendiri untuk memastikan menu yang dihidangkan berkhasiat selain kebersihan yang lebih terjamin. Pada hari tertentu adakalanya dihambat kesibukan kita menjadi buntu untuk menetapkan pilihan menu yang sesuai. Di sini kami kongsikan pilihan menu ringkas yang boleh anda cuba andai kesuntukan masa dengan pilihan bahan-bahan yang mudah dan barangkali sudah tersedia di dapur rumah anda. Sama ada untuk berbuka atau bersahur, ia praktikal dan menjimatkan masa.
Bahan:
Isi Ayam – 500 gram
Sos lada hitam
Biji lada hitam - tumbuk atau kisar separa halus
Sayur mengikut pilihan (brokoli, kacang panjang, lobak merah, capsicum)
Bawang putih
Minyak masak
Kicap pekat
Cara Penyediaan
1) Panaskan minyak kemudian masukkan isi ayam.
2) Tambahkan bawang putih apabila ayam sudah hampir masak.
3) Apabila ia sudah sekata, masukkan sos lada hitam dan lada hitam yang ditumbuk.
4) Sesudah naik bau, masukkan kicap pekat.
5) Tambahkan sayuran.
6) Siap untuk dihidang.
Bahan:
Ayam - 500g
Tepung serbaguna
Sebiji telur - dipukul
Madu - 4 sudu besar
Perahan lemon - 2 biji
Cara Penyediaan
1) Celupkan ayam dengan telur kemudian golek-golek atas tepung sehingga rata.
2) Panaskan minyak, goreng hingga garing, angkat dan ketepikan.
3) Untuk sos, campurkan madu dan jus lemon, kacau sebati dan masukkan ayam, gaul rata.
4) Hias dengan hirisan lemon dan daun sup.
Bahan:
Spaghetti
Sotong -2 ekor dipotong kecil
Udang saiz sederhana– 400 gm
Bawang putih – 6 ulas dihiris
Serbuk lada hitam – 2 sudu teh
Lada benggala – 2 biji dihiris
Cili merah – 5 biji dihiris
Minyak zaitun - 1 cawan
Garam - secukup rasa
Cara Penyediaan
1) Gorengkan bawang putih, lada besar dan cili merah bersama minyak zaitun.
2) Masukkan udang dan sotong.
3) Tambahkan lada sulah, garam dan serbuk lada hitam.
4) Masukkan spaghetti dan gaul hingga sekata.
5) Hiaskan dengan daun parsli.
Seleksi resepi yang dikongsikan ini boleh diubah suai mengikut kesesuaian cita rasa mahupun bahan-bahan yang tersedia di dapur anda. Bahan asas seperti ayam juga boleh digantikan dengan daging. Sayuran juga boleh mengikut kehendak anda sekeluarga. Semoga ia dapat membantu anda mengharungi saat genting seperti sahur dan berbuka yang kesuntukan masa untuk menyediakan juadah. Selamat mencuba!