Warna semulajadi gigi bukanlah putih asli tetapi sedikit kuning terang. Setiap gigi manusia adalah berbeza. Walaupun terdapat berbagai cara untuk memutihkan gigi, gigi anda mungkin tidak seputih yang disangka. Terima sesuatu seadanya. Terdapat sebab dalaman dan luaran akibat pigmentasi di atas gigi. Antara sebabnya mungkin enamel dalam gigi atau ibu yang menggunakan antibiotik dengan tidak betul sewaktu mengandung. Kanak-kanak yang mempunyai gigi yang berbekas dan berlubang mungkin disebabkan oleh pendedahan fluorida yang berlebihan sewaktu kecil.
Warna gigi dipengaruhi oleh pelbagai sebab. Anda mungkin tidak tahu bahawa gigi kuning adalah disebabkan merokok, meminum teh dengan banyak, kopi atau wain merah, akan memberi kesan kepada warna gigi. Tapi jika anda tidak mengambil bahan-bahan ini, mungkin anda tertanya-tanya kenapa senyuman tak cukup putih. Antara sebabnya adalah proses semulajadi akan mempengaruhi rupa gigi, dan ini di luar kawalan anda.
Sewaktu usia semakin meningkat, lapisan pelindung pada gigi, dikenali sebagai enamel, akan hilang mengikut waktu dan pendedahan berlebihan dentine di dalam gigi. Enamel yang semakin nipis, semakin kuning warna gigi anda akan kelihatan. Ia sebahagian daripada proses penuaan dan ia diluar kawalan.
Faktor luaran lain termasuk benda-benda berkaitan diet pemakanan. Tembakau, alkohol dan teh menyebabkan kesan pada gigi termasuk juga plak dan tartar yang terkumpul akan menjadikan gigi kurang putih. Kurangkan pengambilan makanan berpigmentasi seperti ceri, blueberi, kari, kicap soya dan cuka Balsamic, akan membantu mengawal kesan kuning pada gigi.