Dengan melayari laman web ini, anda telah setuju dengan pengguna Cookie untuk terus menawarkan iklan dan promosi yang sesuai dengan minat anda, untuk melaksanakan statistik dan memudahkan perkongsian informasi mengenai rangkaian sosial. Untuk maklumat lebih lanjut, klik sini

Adakah Laser Pemutih Gigi Selamat?

Artikel
/
Pemutihan Gigi
/
Adakah Laser Pemutih Gigi Selamat?

How to Have Whiter Teeth?

Terdapat pelbagai cara untuk memutihkan gigi. Pemutihan di klinik, di rumah dan juga produk dari atas kaunter farmasi seperti ubat gigi pemutih, patch gigi, pen dan pembasuh mulut. Secara amnya, doktor gigi anda akan menasihati pilihan yang mana sesuai untuk gigi anda. Satu lagi pilihan adalah dengan pemutihan laser.

Jika Anda Memilih Sinar Laser


Doktor gigi akan menutup gigi anda dengan penghadang getah atau gel pelindung. Gel pemutih kemudiannya dibiarkan untuk bertindak ke atas gigi untuk tempoh tertentu. Laser ultra ungu juga digunakan untuk mengaktifkan bahan pemutih di dalam gel pemutihan. Beberapa lawatan diperlukan untuk mencukupkan rawatan. Cara pemutihan menggunakan sinar laser dijamin memutihkan gigi anda lebih efektif lagi berbanding produk pemutihan di rumah. Di hujung rawatan, anda akan menerima kit pemutihan gigi untuk digunakan di rumah.
Pemutihan tidak disarankan jika anda mempunyai filing gigi berwarna, crown, cap atau perekat di depan gigi – bahan pemutih tidak akan menukar warna kesemua benda ini. Dalam kes begini, anda perlukan pilihan lain seperti, venier atau bonding.