Skip to main content

8 Cara Semulajadi untuk Mengelakkan Bau Mulut (Halitosis)

1. Amalkan Pemakanan Kabohidrat Rendah

Partikel yang dihasilkan oleh makanan yang tinggi dengan lemak membantu menapai makanan di dalam perut. Bau daripada partikel tersebut kekal di atas lidah menerusi esofogus dan menghasilkan bau yang kurang sedap. Karbohidrat seperti ubi keledek, lobak, brokoli dan lain-lain meneutralkan makanan berlemak dan mengurangkan bau mulut.

2. Makan Lebih Banyak Sayuran dan Buah-buahan

Makanan berasid menghasilkan bau manakala sayuran adalah makanan beralkali yang membantu mengimbangkan asid badan dan mengurangkan bau mulut. Buah-buahan dan sayuran seperti epal, saderi dan lobak baik untuk kesihatan dan dijadikan snek. Tekstur keras makanan ini sesuai dijadikan pembersih gigi untuk menanggalkan sisa di celah gigi.

3. Minum Lebih Banyak Air

Doktor gigi sering menasihatkan perkara ini. Minuman berperisa, sama ada minuman sukan dalam botol, air soda atau minuman sejuk dengan asid sitrik, menghasilkan bau mulut. Air soda berasid dan boleh merosakkan enamel gigi. Minum air putih berlebihan untuk mengekalkan nafas segar dan mengelakkan mulut kering. Minum air putih sebanyak 1.3 liter setiap hari adalah jumlah yang paling ideal.

4. Kurangkan Meminum Kopi

Kopi sangat berasid dan menyebabkan bau mulut jika diminum secara berlebihan. Jika anda mahu mengimbangi kadar pH di dalam mulut, minum jus hijau yang tinggi dengan alkali seperti jus timun dan jus epal hijau.

5. Makan Daun Pudina atau Ketumbar

Jika anda mahukan nafas segar, kunyah daun pudina atau ketumbar. Kedua-duanya membantu menyegarkan nafas. Ketumbar kaya dengan klorofil, satu unsur yang melawan bau mulut yang disebabkan hidrogen sulfida atau methyl mercaptan dari VSVs.

6. Pastikan Lida Sentiasa Bersih

Jangan lupa untuk bersihkan lidah setiap hari. Bakteria melekat pada lidah dan menghasilkan selaput tebal yang menyebabkan nafas berbau. Gunakan alat pembersih lidah atau berus lidah. Menggosok lidah untuk menanggalkan bakteria penting dalam penjagaan kesihatan oral.

7. Gunakan Ubat Pembersih Mulut

Gunakan pembersih mulut tanpa alkohol. Mulut yang lembap dengan air liur secukupnya membantu untuk mengekalkan nafas segar dan mengurangkan bakteria. Pembasuh mulut beralkohol selalu menjadikan mulut kering. Walaupun anda mengambil alkohol, anda disarankan untuk menggunakan pembersih mulut tanpa alkohol untuk penjagaan kesihatan oral.

8. Berhenti Merokok

Mulut anda menjadi kering apabila anda merokok. Kandungan nikotin di dalam rokok mengecilkan peredaran saluran darah dan menyekat pengaliran air liur. Jika mulut anda kering, anda akan mendapat bau mulut. Jadi, berhentilah merokok!

Artikel ini adalah untuk tujuan mempromosi pemahaman topik kesihatan oral dan mempromosi pengetahuan yang relevan dan tidak patut digunakan sebagai pengganti nasihat daripada pakar, diagnosis atau rawatan. Jika anda mempunyai pertanyaan tentang masalah medikal atau rawatan, sentiasa dapatkan pendapat daripada doktor gigi atau pakar yang bertauliah.
Tip-tip Kesihatan Mulut
/
Kesegaran
/
8 Cara Semulajadi untuk Mengelakkan Bau Mulut (Halitosis)