Skip to main content

Proses Tumbesaran Si Kecil Yang Penuh Makna dan Perlu Kita Nikmati

Kebaikan dan keburukan internet,  Peranan ibu bapa mengawal penggunaan internet, cara meluangkan masa dengan anak-anak, Tempat menarik di Selangor, tempat menarik di Klang, Tempat menarik di Kuala Selangor, Tempat menarik di Malaysia, Tempat menarik untuk family day.

Proses Tumbesaran Si Kecil Yang Penuh Makna dan Perlu Kita Nikmati

Proses Tumbesaran Si Kecil Yang Penuh Makna dan Perlu Kita Nikmati

Setiap fasa dalam kehidupan si kecil adalah begitu bermakna buat kedua ibu bapanya. Jika tidak keterlaluan, boleh dikatakan hampir kesemua ibu bapa mahu sentiasa menyaksikan perkembangan si kecil di depan mata mereka. Tetapi tuntutan tugas dan tanggungjawab menjadikan kita terpaksa membuat pilihan yang sukar ini. Namun hari ini dengan hadirnya pelbagai pilihan peranti ia memudahkan untuk kita kekal berhubung dan mengemaskini aktiviti seharian anak-anak. Namun ini bukanlah alasan mudah untuk kita mengambil ringan mengenai tanggungjawab dan membiarkannya begitu sahaja berlalu.

Adakalanya kita perlu membiarkan sahaja mereka mempelajari dan mengalami pengalaman kehidupan dengan sendirinya. Benar kadang kala penat sahaja melihat keadaan ruang yang bersepah tetapi apabila mengenangkan senyuman mereka yang terukir indah kerana gembiranya menikmati saat itu, segalanya menjadi tidak ternilai. Kerana inilah yang dinamakan sebagai proses tumbesaran. Tidak perlulah untuk kita terlalu memaksa mereka melakukan sesuatu yang mendahului usia mereka kerana tidak mustahil kita bakal menyesali tindakan ini kerana si kecil hilang peluang untuk menikmati pahit manis melalui zaman kanak-kanak. Tetapkan had tertentu agar mereka tidak bertindak keterlaluan.

Nikmatilah setiap saat yang dilalui ini bersama pasangan kerana masa yang berlalu pantas meninggalkan kita. Andai mempunyai kuasa hendak sahaja kita memperlahankan detik waktu agar anak tidak membesar begitu pantas. Ini kerana tanpa kita sedari, si kecil yang kita lahirkan dahulu sudah mula mengorak langkah pertama juga menuturkan perkataan pertamanya. Sangat indah apabila kita berada di sisinya dan perkataan pertama yang lahir dari bibir comel itu adalah panggilan buat ibu dan ayah. Tanpa anda sedari anda sudah sibuk hendak mendaftarkan mereka untuk memasuki pra-persekolahan dan kemudiannya sekolah rendah.

Bukan hanya saat manis, kita juga perlu sentiasa bersedia di saat dia memerlukan. Pada ketika dia mendapat keputusan yang kurang memberangsangkan dalam peperiksaan, suntikan semangat positif yang kita berikan adalah pemangkin kepada mereka untuk bangkit kembali dan menebus kekecewaan yang melanda. Benar kita tidak patut memberi ruang kepada terjadinya kesalahan atau kecuaian, tetapi ambilah ia sebagai proses pembelajaran untuk menjadikan kita dan si kecil manusia lebih baik di masa akan datang. Kerana tanpa kesalahan kita tidak akan belajar untuk memperbaiki diri, dan ini merupakan proses semulajadi untuk anak-anak membesar menjadi lebih matang dan bijak membuat keputusan.

Pokoknya, pastikan kita menikmati setiap momen itu dengan senyuman dan hati yang tenang tanpa sebarang tekanan khusus buat si kecil. Ketahuilah apabila mereka dewasa kelak, setiap satu kenangan ini menjadi memori paling berharga bukan sahaja kepada ibu bapa dan anak sahaja, bahkan ia merangkumi ahli keluarga secara keseluruhan.

Tip-tip Kesihatan Mulut
/
Lain-lain
/
Proses Tumbesaran Si Kecil Yang Penuh Makna dan Perlu Kita Nikmati