Main Menu top

Main Menu top

Privasi

DASAR PRIVASI

 

Hawley & Hazel menghormati privasi pengunjung dalam talian kami. Dasar Privasi yang dinyatakan di bawah telah menerangkan cara kami menggunakan Maklumat Peribadi apabila maklumat ini diberikan oleh anda secara sukerela semasa anda melawati tapak ini.

 

Pengumpulan Maklumat Peribadi

’Maklumat Peribadi’ bermaksud nama, alamat, alamat e-mel, maklumat pembelian dan mana-mana maklumat peribadi lain yang diperoleh dari atau melalui laman ini yang digunakan untuk mengenal pasti anda hanya apabila maklumat ini ditawarkan secara sukarela. Contohnya, apabila anda mengambil bahagian dalam promosi, anda perlu melengkapkan borang pertanyaan untuk memberikan butiran maklumat pembelian. Semua maklumat ini diberikan oleh anda secara sukarela. (Kami mungkin tidak dapat memberikan maklumat, maklumat produk atau perkhidmatan yang diminta jika anda enggan memberikan Maklumat Peribadi anda.)

 

Maklumat Peribadi ini diberikan secara sukarela oleh anda. Kami mungkin tidak dapat memberikan maklumat, maklumat produk atau perkhidmatan yang diminta jika anda enggan memberikan Maklumat Peribadi anda.

 

Penggunaan Maklumat Peribadi

Kadangkala tapak ini termasuk cabutan bertuah atau promosi lain yang sedang ditawarkan atau ditawarkan bersama syarikat lain; dalam sesetengah keadaan kami mungkin akan membenarkan anda menyertai secara elektronik. Sekiranya perkara tersebut berlaku, kami akan menggunakan maklumat yang anda berikan untuk tujuan promosi (contohnya, untuk menghubungi anda sekiranya anda menang) dan dengan kebenaran anda, menawarkan produk dan perkhidmatan kami dan penaja bersama cabutan bertuah ini. Sebagai tambahan, kami mungkin juga mengambil data demografi dan data lain bagi tujuan penyelidikan pasaran, pengiklanan serta promosi.

 

Pendedahan dan Perkongsian Maklumat Peribadi

Kami mungkin akan berkongsi maklumat peribadi anda dengan penjual atau pembekal perkhidmatan seperti syarikat yang membantu kami dalam pengurusan data. Sehingga perkongsian maklumat peribadi anda dengan penjual atau penyedia perkhidmatan, kami hanya melakukan sedemikian jika pihak tersebut bersetuju untuk mematuhi standard privasi kami seperti yang diterangkan dalam dasar privasi ini.

 

Oleh kerana pihak yang dinyatakan di atas mungkin mempunyai perniagaan di luar Malaysia, maklumat anda mungkin akan dipindah keluar dari Malaysia di mana undang-undang privasi data yang berlainan daripada yang dilaksanakan di Malaysia. Kami mungkin juga berkongsi maklumat peribadi anda dengan syarikat-syarikat Hawley & Hazel di negara atau wilayah lain. Dalam semua keadaan tersebut, kami akan mengambil langkah-langkah yang diperlukan untuk melindungi maklumat peribadi anda dan hanya berkongsi maklumat tersebut di bawah terma dan syarat yang mewajibkan penerima untuk melindungi privasi dan keselamatan maklumat peribadi anda.

 

Anda bersetuju dan membenarkan pendedahan dan/atau pemindahan maklumat peribadi anda oleh kami menurut terma dan syarat Dasar Privasi ini. Kecuali jika dinyatakan dalam Dasar Privasi ini atau jika dikehendaki oleh undang-undang, kami tidak akan berkongsi maklumat peribadi anda dengan pihak ketiga melainkan dengan kebenaran anda atau jika anda telah dimaklumkan tentang amalan ini semasa kami mula-mula mengumpul maklumat peribadi anda.

 

Menerima maklumat Hawley & Hazel

Kami menghormati pilihan anda jika anda tidak ingin menerima sebarang perhubungan atau maklumat daripada kami. Dalam sebarang kemungkinan keadaan, semasa kali pertaman kami mengumpul maklumat anda, kami akan memberikan anda pilihan (Ya/Tidak) untuk menerima maklumat dari kami pada masa akan datang. Jika anda tidak ingin menerima sebarang perhubungan atau maklumat daripada kami, anda boleh menghantar e-mel kepada: [web_enquiry_my@colpal.com]

 

Penjualan Jenama atau Perniagaan Kami

Berhubung jualan satu atau beberapa jenama kami atau sebahagian daripada perniagaan kami kepada syarikat lain, kami berhak memindahkan maklumat peribadi anda kepada pemilik baharu yang bersetuju untuk menawarkan perlindungan yang sama terhadap penggunaan dan pendedahan maklumat peribadi anda.

 

Cookies

Seperti kebanyakan tapak web lain, penyedia kami akan mengumpul beberapa maklumat teknikal secara automatik seperti alamat IP pengunjung, tarikh dan masa kunjungan atau jenis pelayar Internet yang digunakan. Walau bagaimanapun, maklumat ini tidak mengenal pasti anda sebagai individu.

 

Seperti kebanyakan syarikat lain, kami menggunakan teknologi “cookie”, di mana penyedia kami akan mendepositkan kod khas pada komputer pengunjung. Maklumat ini membantu kami menentukan dalam agregat jumlah pengunjung laman web kami secara berterusan dan jenis pelayar Internet yang digunakan (cth., Netscape Navigator atau Internet Explorer) serta sistem operasi (cth., Windows atau MacIntosh) yang mereka gunakan. Maklumat ini digunakan untuk menambah baik kunjungan dalam talian anda. Kami tidak sekali-kali menggunakan maklumat ini untuk mengenal pasti pengunjung secara peribadi atau merujuk silang maklumat ini dengan sebarang jenis maklumat peribadi yang diberikan secara sukarela pada atau melalui tapak ini. Pengunjung boleh memilih untuk melumpuhkan cookie pada pelayar web mereka atau mengalih keluar atau menolak cookie tertentu daripada tapak web ini, walau bagaimanapun, tindakan ini mungkin akan memberi kesan kepada sebahagian fungsi tapak ini.

 

Anda Boleh Mengakses dan Mengemas Kini Maklumat Peribadi

Anda berhak meminta akses dan pembetulan terhadap maklumat anda yang dipegang oleh kami pada bila-bila masa. Jika anda perlu memeriksa sama ada kami menyimpan maklumat peribadi anda atau jika anda ingin mengakses maklumat anda dan/atau membuat sebarang pembetulan terhadap maklumat ini, anda boleh menghantar e-mel kepada [web_enquiry_my@colpal.com]

 

Dasar Privasi Kanak-Kanak

Kami mengambi berat tentang privasi kanak-kanak. Kami menyedari bahawa penggunaan Internet dan E-mel oleh kanak-kanak menimbulkan kebimbangan khusus tentang privasi dan keselamatan maklumat.

 

Kami ingin mengingatkan dan menggalakkan para ibu bapa untuk memeriksa dan memantau aktiviti anak-anak mereka dalam talian. Bantu kami melindungi privasi anak anda dengan memastikan bahawa mereka tidak menghantar e-mel atau memberikan maklumat peribadi di tapak ini atau tapak lain tanpa kebenaran anda.

 

Ibu bapa berhak menyemak dan memadamkan sebarang maklumat yang dapat dikenal pasti secara peribadi yang kami peroleh daripada anak anda, dan tidak membenarkan pengumpulan maklumat tersebut pada masa akan datang. Untuk memulakan proses ini, sila hantar e-mel kepada: [web_enquiry_my@colpal.com].

 

Peruntukan Umum

Anda bersetuju bahawa terma dan syarat Tapak ini tertakluk di bawah undang-undang Malaysia.

 

Jika sebarang peruntukan tapak ini didapati tidak sah oleh mana-mana mahkamah dengan bidang kuasa kompeten, peruntukan ini dianggap tersingkir tanpa menjejaskan kesahan peruntukan lain pada tapak ini.. Sebarang kegagalan dalam menguatkuasakan atau menggunakan hak atau peruntukan laman ini tidak boleh dianggap sebagai penepian hak atau peruntukan berkenaan.

 

Selamat datang ke tapak web kami!

 

Menyambung
Locations
Pilih negara anda
Menyambung
Locations
HONG KONG
© 2018 Hawley & Hazel (BVI) Co. Ltd. All rights reserved.
Anda sedang melayari Darlie Malaysia