Main Menu top

Main Menu top

Perundangan

TERMA DAN SYARAT PENGGUNAAN TAPAK INI

 

Dengan mengakses dan/atau menggunakan mana-mana bahagian tapak ini, anda bersetuju untuk mematuhi terma dan syarat yang dikemukakan di bawah, dan juga undang-undang di Malaysia.

 

Apabila anda memberikan maklumat peribadi kepada kami secara sukarela melalui akses dan/atau penggunaan Tapak ini, anda bersetuju terhadap pengumpulan, penggunaan, pendedahan dan/atau pemindahan maklumat tersebut oleh kami menurut terma dan syarat Pernyataan Undang-undang/Privasi ini.

 

Tapak ini dimiliki dan dikendalikan oleh Hawley & Hazel (BVI) Co. Ltd. ("Hawley & Hazel", "Kami"). Melainkan jika dinyatakan sebaliknya, "Hawley & Hazel" seperti yang dinyatakan di bawah merujuk kepada Hawley & Hazel (BVI) Co. Ltd.

 

Kandungan tapak web ini (termasuk teks, foto, imej dan grafik) dimiliki oleh Hawley & Hazel. Semua jenama, tanda niaga, gambar rajah, tanda dan rekaan bungkusan ("Bahan") yang dipaparkan pada tapak web ini adalah hak milik kami, anak syarikat atau gabungan kami serta dilindungi oleh hak cipta dan hak harta intelek lain. Anda boleh memuat turun atau mencetak sebahagian daripada Bahan ini hanya untuk kegunaan peribadi dan bukan komersial dengan syarat anda mematuhi notis hak cipta dan proprietari lain. Anda dilarang menjual, melesenkan, menyewa, mengubah, mencetak, menyalin, menghasilkan semula, memuat turun, menyiarkan, mengedar, memaparkan secara umum, mempersembahkan secara umum, menerbitkan, menyunting, mengadaptasi, menyusun atau menghasilkan karya terbitan daripada sebarang Bahan dari Tapak web ini.

 

Maklumat yang terkandung dalam tapak web ini diberikan secara "seadanya" dan "seperti yang tersedia" untuk tujuan makluman pengguna sahaja. Kami tidak membuat sebarang penyaksian atau memberi sebarang jaminan terhadap ketepatan mutlak maklumat yang terkandung dalam tapak web ini. Dengan mengakses dan/atau menggunakan mana-mana maklumat atau bahan yang didapati daripada, atau tersedia di, atau melalui tapak web ini; kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian langsung, tidak langsung atau kerugian akibat (termasuk, tanpa had; kehilangan atau kerosakan data) yang berpunca daripada, atau mempunyai kaitan dengan sebarang penggunaan maklumat dan/atau bahan, sama ada maklumat dan/atau bahan tersebut diperoleh daripada, atau tersedia di tapak web ini atau melalui akses anda terhadap bahan lain di internet melalui pautan daripada tapak web ini.

 

Maklumat yang boleh dikenal pasti secara peribadi yang dikumpul ini diperoleh secara sukarela daripada anda, dan penggunaan maklumat ini dilakukan menurut Dasar Privasi berikut. Sebarang maklumat, komunikasi serta bahan yang dihantar kepada kami melalui tapak ini, atau tapak web subsidiari Hawley & Hazel yang lain, atau melalui e-mel bukan bersifat sulit. Kami bebas menggunakan dan menghasilkan semula sebarang maklumat tersebut untuk apa tujuan sekalipun. Secara khususnya, kami bebas menggunakan sebarang idea, konsep, cara atau teknik yang terkandung dalam maklumat tersebut untuk sebarang tujuan, termasuk pembangunan, pengilangan atau pemasaran produk. Sebarang maklumat yang dihantar ke tapak web ini mestilah benar dan tidak melanggar hak orang lain serta tidak menyalahi undang-undang.

 

Kami berhak mengubahsuai, mempelbagaikan atau menghentikan sebarang kandungan Tapak Web ini atau produk dan perkhidmatan yang disediakan serta Pernyataan Undang-undang ini pada bila-bila masa tanpa pemberitahuan awal.

 

Menyambung
Locations
Pilih negara anda
Menyambung
Locations
HONG KONG
© 2018 Hawley & Hazel (BVI) Co. Ltd. All rights reserved.
Anda sedang melayari Darlie Malaysia